^^||^^MisZ Gula^Gula Kapas^^||^^
Dora World
Hello, World!
I am here!
Nobita | Dorami | Mii-chan | Shizuka | Suneo | Giant | Dekisugi
Level 2
Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link
Level 3
Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link
Level 4
Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link
Level 5
Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link
Muka Depan
Thursday, November 6, 2014
Welc0me To The Family, Cik Pea..::~NewBie~::..
Alhamdulillah....
Hari ini, 06 November 2014, sudah 24 hari ahli baru keluarga kami menghirup udara segar di bumi bertuah ini...
Hari ini, 06 November 2014, sudah 24 hari ahli baru keluarga kami menghirup udara segar di bumi bertuah ini...
24 hari yang lalu, aku dan Abah serta adik-adik yang lain, kami sekeluarga begitu teruja dan gembira menyambut kelahiran seorang lagi ahli baru keluarga kami sampaikan tak lena nak tidur malam 13hb tu. Siang 13hb dah tak senang duduk gara-gara Mak Bo0oo0o dah masuk wad.
So, ahli keluarga kami telah bertambah menjadi 13 orang (termasuk Allahyarhamah Emak). Syukur kehadratMu Ilahi..
Pada 14 Oktober 2014 ataupun 14.10.14 (cantik tak? cantik tak?), adik ipar aku, Aten telah selamat melahirkan seorang puteri yang beratnya pada masa itu hanya 2.4kg...
Tapi sekarang?? Dah masuk 3kg lebih hokey! Syabas!!!
Tapi sekarang?? Dah masuk 3kg lebih hokey! Syabas!!!
Selepas pada itu, Aku selaku Mak Yong nya, Atoknya, Aciknya apa lagi...Terus hapdet Facebook...ngeh~ngeh~ngeh~...hebat tak kami....
Sebelum hadirnya Cik Pea kami ni...kami dah ada dua orang hero...
Muhammad Danish Arfan ataupun aku timangkan dia "Pau Di Muka" sebab pipinya semakin gebu macam pau...hahaha
Yang seorang lagi adiknya, Muhammad Daniel Zafran tapi aku timang dengan panggilan "Awang Tenit Mak Y0ng tu" sebab dia ni ketot je aku tengok...haha
So, sekarang kami dah dapat seorang heroin...
Memang kami sekeluarga duk impikan ada heroin tecik yang hadir dalam hidup kami dan Alhamdulillah..kelahiran Cik Pea telah menunaikan impian kami.
Terima Kasih Allah SWT.
Hanya selepas 2 hari barulah Mama ngan Papa Cik Pea ni mengumumkan nama penuh Cik Pea melalui media sosial Facebook mereka suami isteri...
Dan feeling-feeling retis plak kan....ambik masa nak umumkan nama baby...ahaks!!!
Uyang n Aten jangan marah ar...xmo!xmo!xmo!xmo marah-marah..
Tu dia...namanya...
SITI NURSAFFIEYA AMNI BINTI MOHD SHUKERY...
Nasib lah bakal suami Cik Pea ni...
Tetapi kenapa Cik Pea?
Aku pada mula dapat tahu nama baby ni, aku dah set nak panggil Cik Pea...sebab nampak macam comel dan cute je...macam Mak Y0ng dia...hehehehe...
Rupa-rupanya Atok dengan Mak Sunya pun panggil Cik Pea sebab katanya macam muka salah seorang peserta realiti TV yang namanya pun Cik Pea. Cuma Mak Nyah dengan heroes je panggil Baby Fieya...
Whatever it is...Kami sayang Cik Pea...Kami sayang semua-semuanya...
Welcome to our family, Cik Pea, Baby Fieya....
Allah ambil seorang perempuan dari hidup kami dan Allah telah gantikan dengan seorang perempuan walaupun semuanya berbeza dan takkan sama.
Gambar? Gambar Cik Pea?
Maaf, tak boleh nak publish tanpa keizinan Mama ngan Papa Cik Pea, nanti Mak Yong Cik Pea kena saman...Takuttttt....
So, surprise!!!!!!
Tunggu sampai Mama ngan Papa Cik Pea sendiri yang dedahkan....retis katanya...ahahaha...
==============================================
Untuk Pau Di Muka,
Untuk Awang Tenit Mak Yong,
Untuk Cik Pea,
Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah..
Semoga menjadi anak yang taat terhadap Mama, Daddy dan Papa..
Semoga menjadi anak yang hormat terhadap orang tua...
Semoga menjadi anak yang patuh atas ajaran Rasulullah SAW dan agama Islam..
Semoga menjadi anak yang cerdik pandai..
Semoga menjadi anak yang petah berkata-kata untuk membela keluarga, agama, bangsa dan negara..
Semoga menjadi insan yang berguna dan berbakti..
Untuk Pau Di Muka,
Untuk Awang Tenit Mak Yong,
Untuk Cik Pea,
Semoga Allah merahmati kehidupanmu..
Semoga Allah memberkati setiap detik nafasmu..
Semoga Allah melindungi setiap langkahmu..

Tuesday, November 4, 2014
Siapakah Beliau ..::Al Fatihah Muhammad Syazwi Nazri::..
Siapakah beliau?
Siapakah beliau si empunya nama Muhammad Syazwi Nazri.
Terus terang, aku pun tak begitu mengenalinya...
Aku hanya mengenalinya sebagai kawan se"gym" di IronGym Hardcore, Damansara Damai..
Aku masih ingat, mula-mula aku menjejakkan kaki kat gym tu, Mr. Dia (yang pada masa tu kami masih berkawan) memberitahu aku, bahawa Muhammad Syazwi Nazri ni merupakan seorang model dan beliau sanggup habis beribu untuk maintain kan kegagahan dan kecantikan tubuh badannya.
Kisah beliau tu berlalu macam tu je lah...
Sekali sekala kalau terserempak kat gym kami hanya akan bersedekah senyuman, langsung tak pernah bersembang dan lepak sama-sama selepas selesai workout seperti yang biasa aku lakukan dengan dua tiga orang kawan-kawan gym.
Tapi, siapa sangka, siapa menduga..
Pagi tadi, melalui WhatsApp Group - IronGym, salah seorang trainer memaklumkan bahawa beliau yang kami kenali telah dijemput Ilahi awal pagi tadi.
Muhammad Syazwi Nazri telah kembali ke Rahmatullah setelah menderita menghidapi leukemia selama 5 tahun.
Tetapi, Allahyarham sangat kuat, sangat tabah melawan penyakitnya itu.
Hanya segelintir dari kami yang mengetahui bahawa Allahyarham menghidapi penyakit itu.
Aku cuba meng"Google" nama Allahyarham, dan berikut antara yang aku dapat:-
Semoga Allahyarham ditempatkan di dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh serta Ahli Syurga.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.
Monday, November 3, 2014
Hanya Selepas 81 Hari
Hanya selepas 81 hari,
Aku berpeluang untuk mengemaskini "rumah" Aku ni...
Hanya selepas post terakhir Aku pada 13 Ogos 2014 Aku kembali
Aku manusia biasa, tiada apa yang menarik untuk Aku kongsikan..
Aku bukan sapa-sapa..
Aku cuma Ayong kepada Abah, Allahyarhamah Emak, Unyah, Uyang, Ucik, Adeq, Daud ngan Aten...
Aku cuma Mak Yong kepada Abang Danish, Awang Tenit ngan Cik Pea..
Aku cuma Sayang kepada Suamiku, Abang...
Aku cuma Mummy kepada anak-anak tiriku...
Aku cuma Hanim bagi kawan-kawanku...
Alhamdulillah,
Aku punya mereka dalam hidup Aku
=============================================================
Hari Ini, 03 November 2014,

Hari ini, telah berlalu 253 hari kami tanpa Allahyarhamah Emak...
9 hari lagi hari lahir Allahyarhamah Emak yang ke 52...
Allahyarhamah Emak lahir pada 12 November 1962...
Tapi Allahyarhamah Emak sudah takde untuk meraikannya...
Allahyarhamah Emak telah pergi meninggalkan kami..
Tahun lepas merupakan tahun terakhir Allahyarhamah Emak menyambut hari jadinya...
Tapi...masa tu hanya ada Abah, Ucik ngan Adeq je...Ayong, Unyah n Uyang takde...
Kalaulah kami tahu itu merupakan sambutan yang terakhir Allahyarhamah Emak...
Sudah pasti kami akan meluangkan masa untuk meraikannya...
Apakan daya, kami tak tahu...
Itu semua Allah dah aturkan
=============================================================
Selepas Allahyarhamah Emak pergi,
Tahun 2014 seolah-olah bukan tahun yang baik bagi kami...
Macam-macam yang tak berapa elok berlaku...dan yang terkini, Abah ngan Adeq eksiden motor depan rumah masa nak masuk simpang selepas balik dari kubur Allahyarhamah Emak...
Alhamdulillah..mereka tak apa-apa, cuma luka-luka.
Tapi, Abah mengalami sakit dada sampai sekarang, nak batuk sakit, nak bernafas sakit, nak bersin lagilah sakit katanya..rasa macam nak pecah dada kata Abah.
Aku? herm....Alhamdulillah Aku mempunyai Suami yang memahami.
Beliau tak pernah menghalang untuk Aku balik kampung, jenguk Abah ngan Adek, teman Abah ngan Adek...
Cuma, prestasi kerja Aku agak "kureng" menarik untuk tahun ini.
Aku sendiri dapat rasakan Aku mempunyai masalah kedatangan, tapi Aku nak buat camne, Aku taknak menyesal lagi...Abah ngan Adeq adalah aset yang paling bernilai yang Aku ada, merekalah nyawa Aku, selain dari Unyah, Uyang, Ucik, Daud, Abang Danish, Awang Tenit Mak Y0ng, Aten, Cik Pea Mak Yong ngan Suami Aku.
Ya Allah...
Kau peliharalah Kami sekeluarga,
Kau lindungilah Kami sekeluarga,
Kau rahmati dan berkatikanlah Kami sekeluarga,
Kau sihatkanlah Abah Kami..

Keluarga Aku pada Aidilfitri 2013 |
Keluarga Aku pada Aidilfitri 2014 |
Wednesday, August 13, 2014
UUM.....Kamu Tunggu Aku Datang ..::Congrats Ucik::..
Dag!Dig!Dug!Dag!Dig!Dug!
Tu bunyi degupan jantung aku, Abah, Unyah, Uyang ..nak nak lagi Ucik....
Tapi degupan jantung tu sebelum pukul 12.00 tengahari semalam, 12 Ogos 2014, Selasa.
Degupan jantung tu sebelum kami dapat tahu keputusan kemanakah Ucik akan pergi selepas ini.
Bukan takat aku up status, tuan empunya badan, Ucik apatah lagilah
Hehehehe.....
Seperti biasa, rutin harian aku, pepagi on the way ke tempat kerja, pasti akan telefon Abah. Dapat dengar suara Abah pagi-pagipun dah buat Aku bersemangat nak kerja. Pagi-pagi Abah dah warning Aku supaya jangan memandai-mandai menyemak status permohonon ke IPTA sesi 2014/2015 lepasan STPM Ucik.
Ala....Abah ni macam tahu-tahu je Aku memang ada simpan No. Kad Pengenalan Ucik dan adik-adik aku yang lain.
Dush!!!!
Tapi, nama lagi kakak sulung kan....ketegaq bak hang (kata orang utara)...Gatal tangan jugakla nak check online...alih - alih...kena ada Angka Giliran...padan muka Aku....ngeh! ngeh! ngeh!
Tapi, Ucik kemudian bagi izin untuk semak melalui SMS sebab dia semak tapi lambat. Aku apa lagi....jeng!jeng!jeng! Siap dah sent SMS ........Tunggu punya tunggu tak de reply...sampai Aku keluar lunch pun masih tak dapat apa-apa, walhal dada dah macam nak pecah bergendang.....
Balik dari lunch, tengok HP ada SMS....
Taraaaaaa
Alhamdulillah...
Akhirnya, hasrat Abah supaya Ucik dapat sambung belajar ke Universiti Utara Malaysia tercapai jugak apabila Ucik ditawarkan untuk menyambung pengajian dia di sana dalam bidang Pengurusan Pembangunan.
Ucik....Atau Muhammad Saiful, anak ke 4 dari 5 adik beradik. Memang terserlah bakat kepimpinan dia walaupun dia anak bongsu lelaki Abah dengan Allahyarhamah Emak. Entah macamana lah Ucik kat asrama nanti.
Buat julung-julung kalinya dia berjauhan dari kami dalam tempoh yang agak lama.
Buang julung-julung kalinya dia hidup berdikari...cari makan sendiri, bangun tidur sendiri, basuh pakaian sendiri...semua sendiri...sebak plak mengenangkan...
(hati tisu sungguh Ayongmu ini, Ucik)
Alahai Ucik...Adik Ayong...
12 tahun yang lalu, pertama kali Abah, Emak dan adik-adik kecuali Adeq Domok (masa tu Emak sarat mengandungkan dia) menjejakkan kaki ke bumi Sintok untuk urusan kemasukan Aku menyambungkan pengajian di UUM.
Kini, selepas 12 tahun kami kembali ke sana semula tapi kali ini tanpa kehadiran Allahyarhamah Emak sebaliknya dengan kehadiran Adeq Domok.
Kalau Emak ada pasti Emak bangga dan gembira, macam Abah yang meluahkan rasa gembiranya kat Facebook.
Aku pun tak kurang jugak...perasaan bercampur aduk, gembira, bangga, suka, sebab Ucik berjaya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda tapi sebak, sedih dan syahdu sebab Allahyarhamah Emak tiada bersama-sama kami untuk meraikan Ucik. Tapi Aku tahu, Allahyarhamah Emak mesti tersenyum bangga di "sana".
Sekali lagi, syukur Alhamdulillah, syukur ke hadratMu Illahi..
Untuk Ucik, Sekalung TAHNIAH Ayong ucapkan...
Semoga berjaya dunia akhirat...
Jaga Diri..Jaga Peribadi...
Jaga Maruah keluarga...
Jaga Nama Baik Keluarga...
Jaga Tingkah Laku...
Jadi anak yang baik, pelajar yang berdisiplin..
Silap-silap Ucik boleh kurus tau...
(tapi Ayong 3 tahun duk sana tak jugak kurus beb) hehehe
Friday, July 25, 2014
Dua Hari Lagi...Selamat Tinggal Ramadhan 1435
Hari ini, 25 Julai 2014, hari Jumaat, Jumaat terakhir untuk Ramadhan 1435/2014.
Cepat benar masa berlalu...Pejam celik...pejam celik...tinggal dua hari je lagi Syawal menjengah tiba...
(nyaris celik semula, kalau pejam tak celik-celik...???)
Keadaan trafik jangan dikatalah, sesak, ada yang dah bergerak balik ke kampung halaman...
Aku?
Seperti tahun - tahun yang lepas, aku pasti takkan melepaskan peluang untuk balik ke kampung halaman.
Seperti tahun - tahun yang lepas, aku pasti takkan melepaskan peluang untuk balik ke kampung halaman.
Cuma yang beza tahun ini, aku tak balik kampung bersendirian sebaliknya ditemani suami dan anak-anak tiri aku.
Alhamdulillah...doa aku dimakbulkan apabila tahun lepas aku berharap agar tahun ini aku diberi peluang beraya sebagai seorang isteri.
Tapi, apabila dah bertukar status ni, sudah pasti akan ada sedikit perubahan yang aku kena hadapi dan kena aku biasakan...
Kalau dulu, selama mana aku bercuti, aku tetap bersama Emak, Abah, Unyah, Uyang, Ucik, Adeq, Daud, Aten, Abang Danish dan Awang Tenit Mak Yong tu...
Tapi kali ini, aku terpaksa membiasakan diri untuk membahagikan masa untuk beraya di kampung suami aku yang nyaris tak jauh dari kampung aku.
Kata Unyah, walaupun Yop dia tu yatim piatu tapi aku kena ingat,...aku kena adil...bahawasanya suami aku masih ada kakak-kakaknya.
Herm....satu benda baru dalam hidup aku.
Kata Abah, Abah faham yang anak-anak Abah dah jadi milik orang...
Dah berkeluarga...
Dah ada komitmen dan tanggungjawab...
Dah ada komitmen dan tanggungjawab...
Abah tak kisah asalkan anak-anak Abah bahagia dan tak bergaduh hanya kerana HARI RAYA.
Ayong bangga ada Abah macam Abah.
Ha....asal nak raya je banyak lagu raya yang berkumandang di radio.
Syahdu, sebak dan sedih sebab kali pertama beraya tanpa EMAK.
Syahdu, sebak dan sedih sebab kali pertama beraya tanpa EMAK.
Antara banyak lagu raya, ada satu lagu yang memberi kesan kat aku.
Lagu ni aku dah pernah post tahun lepas.
Tapi aku nak jugak post lagi tahun ni sebab lagu ni sedikit sebanyak ada kena dengan kisah aku, Unyah dengan Uyang membuat persiapan beraya masa kami kecil-kecil dulu.
Masa kami masih di bawah tanggungan Emak dan Abah.
Tentu korang pernah dengar lagu ni kan...

Baiklah...Mood nak kerja dah ke laut...Mood nak balik kampung sudah mari...
Sebelum aku stop membebel, aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan:
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.
Tuesday, July 22, 2014
7 Hari Menjelang Setahun...
7 hari lagi umat Islam seluruh dunia bakal meraikan kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak...
7 hari lagi, Syawal 1435 akan menjelma...
7 hari lagi tibanya tarikh 29 Julai 2014....
7 hari lagi....pada tahun 2013 aku mengenali "dia"... "Mr. Dia" aku...
7 hari lagi pada setahun yang lalu aku mengenali "Mr. Dia"..
7 hari lagi pada tahun lepas merupakan pertama kali kami bertemu, bersua muka dan bertentang mata.
Satu tempoh yang amat singkat.
Kelakarkan...
Untuk kesekian kalinya,
Aku menulis tentang kami...
Aku berkongsi tentang kami...
Aku bercerita tentang kami...
Tentang aku dan "Mr. Dia"
29 Julai 2013, aku masih ingat lagi, hari Isnin, bulan Ramadhan pulak tu, kami berdating buat pertama kalinya di parking lot kawasan opis aku.
Kenapa parking lot? Sebab, aku tak berani nak blind-date kat taman ke, apa ke...bahaya...Baik aku jumpa "Mr. Dia" ni kat kawasan awam, kawasan orang dan kereta lalu lalang. Lebih selamat.
Camne aku boleh kenal "Mr. Dia" aku ni?
Atas kecanggihan teknologi masa kinilah...
Aku mengenalinya melalui features "Look Around" yang terdapat di WeChat.
Jika ikhlas dan digunakan di tempat yang betul, makanya tidak akan memudharatkan. Memang takut...memang risau...sebab kenal melalui media sosial ni tapi entah kenapa dengan "Mr. Dia" aku willing untuk berjumpa dengannya.
Walhal, sebelum dia, aku dah kenal ramai orang tapi hanya setakat di alam maya sahajalah, tidak dibawa ke dunia realiti sebab aku sendiri tak yakin dengan mereka.
Mungkin inilah yang dinamakan JODOH.
Dalam tempoh tu, macam-macam hadiah yang aku dapat dari "Mr. Dia".
Semuanya bertemakan DORAEMON.
Al maklumlah...dalam proses nak tackle akulah katakan...
Sempena Hari Lahir aku pada tahun 2013 |
Hadiah sebab bergaduh...Untuk memujuklah kononnya |
Bantal Doraemon dari Mr. Dia dan juga Unyah dengan Uyang |
Walaupun dari awal lagi "Mr. Dia" sudah memaklumkan kepada aku yang dia sebenarnya duda, aku tetap menerimanya seadanya sebagaimana aku mahukan "Mr. Dia" menerima aku seadanya.
Lebih kurang 5 bulan selepas tu, kami menginjakkan hubungan kami ke fasa yang seterusnya.
Pada 8 Disember 2014, family "Mr. Dia" datang bertandang ke rumah Emak dan Abah untuk berjumpa family aku bagi tujuan merisik.
Kebetulan, kami adik beradik memang dah rancang nak sambut Hari Jadi Abah yang jatuh pada hari yang sama.
Sekitar Sambutan Hari Lahir Abah |
Suapan kek yang terakhir dari Emak untuk Abah sempena Hari Lahir Abah |
Suapan kek yang terakhir dari Ayong untuk Abah sempena Hari Lahir Abah sebelum Ayong bergelar isteri |
Dan setelah kedua belah keluarga bersetuju dengan apa yang telah dibincangkan, maka mereka telah memilih tarikh 29 Mac 2014 untuk kami dinikahkan.
Singkat, terlalu singkat.
Kami hanya ada masa lebih kurang 3 bulan sahaja untuk membuat segala persiapan.
Semasa perbincangan sedang berlangsung |
Perbincangan antara Abah dengan abang ipar Mr. Dia |
Antara Suasana Majlis Merisik dan Sambutan Hari Lahir Abah |
Allahyarhamah Emak Mr. Dia menyarungkan cincin tanda. |
Majlis Merisik |
I'm Booked!! |
Masing-masing nak tunjuk cincin |
Kek Hari Lahir Abah dan juga kek dari keluarga Mr. Dia |
Kawan - kawan yang sanggup datang dari KL untuk bersama-sama memeriahkan majlis. |
Dalam tempoh 3 bulan tersebut, macam-macam dugaan kami hadapi.
Ujian pertama kami apabila abang iparnya meninggal dunia pada 31 Disember 2014.
Pada 9 Januari 2014, sekali lagi kami diuji apabila Emak "Mr. Dia" pula menghembuskan nafas yang terakhir.
Sebulan selepas itu, aku menerima tamparan hebat apabila Emak aku pula telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Hebat benar ujian yang kami hadapi sebelum kami selamat bergelar suami isteri pada tarikh yang telah ditetapkan.
Kami dinikahkan belumpun setahun usia perkenalan kami.
Kami dinikahkan hanya selepas 8 bulan usia perkenalan kami.
Kuasa Allah S.W.T.
Jemputan ke Majlis Perkahwinan Kami |
Penunjuk arah ke Majlis Perkahwinan Kami |
Sesudah Selamat Di Ijab Kabulkan |
Majlis Resepsi kami pada hari yang sama |
Alhamdulillah, majlis pernikahan dan persandingan kami yang diadakan pada hari yang sama berjalan dengan lancar walaupun agak hambar tanpa kehadiran Emak aku dan Emak "Mr. Dia".
Kebetulan pula pada hari majlis kami, adik ipar aku (Aten, isteri Uyang) bleeding dan terpaksa di tahan di wad.
Hari ini, 22 Julai 2014, sudah 114 hari aku bergelar isteri kepada "Mr. Dia" aku ni.
Dan, sudah lebih kurang 3 bulan aku bergelar "Mummy" kepada 3 orang anak "Mr. Dia".
Macam-macam dugaan, ujian, cabaran untuk aku sesuaikan diri dengan suasana baru dalam hidup aku.
Dengan kerenah "Mr. Dia", dengan kerenah diri aku sendiri dan dengan kerenah anak-anak tiri aku.
I am HIS, I am HERS |
Selepas kerja-kerja pindah rumah |
Pindah rumah dari Astana Mutiara ke Begonia Kristal |
Setelah bergelar suami isteri |
Kata Abah, 10 tahun pertama dalam sesebuah perkahwinan memang satu tempoh perkenalan dan penyesuaian ke atas diri masing-masing.
Kata Abah lagi, sedangkan Abah dan Emak kandung pun sukar nak memahami anak yang dilahirkan, dibesarkan sendiri, inikan pula dengan orang yang kita baru kenal dan tiba-tiba tinggal serumah, tidur sebilik.
Alhamdulillah, setelah lebih kurang 3 bulan tinggal bersama, semuanya semakin okay, semakin baik dan berjalan lancar.
Aku berharap agar hubungan kami suami isteri akan berkekalan hingga ke Jannah...
Aku berharap agar aku mampu untuk menjadi seorang isteri yang sanggup bersusah senang dengan "Mr. Dia"...
Aku berharap agar aku menjadi seorang suri hidup yang taat dan setia terhadap "Mr. Dia"....
Ya Allah,
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Kau tabahkanlah kami suami isteri dalam menghadapi semua cabaran..
Kau sabarkanlah kami suami isteri dalam berhadapan dengan segala ujian...
Kau kukuhkanlah ikatan rasa cinta di hati kami suami isteri...
Kau utuhkanlah ikatan kasih sayang antara kami suami isteri...
Kau peliharalah hubungan kami suami isteri agar kami berkekalan hingga ke Jannah
Subscribe to:
Posts (Atom)