Monday, July 29, 2013

Menjelang Syawal Masa Tu....

Hari ini, 29 Julai 2013 hari Isnin untuk minggu ke 31 bagi tahun 2013 dan hari ini juga merupakan Ramadhan ke 20. Maknanya tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum Syawal menjelma.
Masih segar diingatan masa kecik-kecik dulu, mak dengan abah bawa aku, Unyah dan Uyang p shopping baju raya. 
Masa tu, Ucik dan Adeq belum ada di dunia ni lagi. 
Masa tu kami mana ada kereta...kehidupan pun tidaklah sesenang sekarang ni. 
Masa tu kami p shopping naik teksi la.....naik bas la...
Masa tu jenuh....penat puasa...kena jalan sana sini...panas...
Masa tu bukan macam sekarang, shopping kat AEON(Jusco) atau mana-mana shopping mall..
Masa tu p shopping kat Pasar Minggu Batu Gajah...
Masa tu shopping tengah panas...takde aircond...
Masa tu kami tak banyak pilihan....
Masa tu mak beli kain 2 pasang untuk baju kurung dengan corak yang sama cuma warna yang berlainan
Masa tu aku dengan Unyah kena pilih saja lah apa yang ada...
Masa tu kalau aku ambik kain A, Unyah terpaksalah ambik kain B...
Tapi....semuanya yang berlaku masa tu merupakan kenangan terindah buat kami....
Aku nak share lagu raya ni....Yang pernah aku share tahun lepas...
Lagu ni memang kena dengan kami masa tu....
Unyah...Uyang...korang ingat tak masa tu....
Best kan....best sangat-sangat.....
Okaylah...kalau sudi, dengarlah lagu kat bawah ni...then baru tahu masa tu macam mana kehidupan kami masa tu yang membawa kepada kehidupan kami sekarang....

Kalau aku tak sempat nak wish, makanya aku ambil peluang ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua...maafkan segala kekhilafan aku sama ada secara aku sedar ataupun tidak.
Selamat Hari Raya Aidilfitri daru Aku....Shahizatul Hanim Binti Zakaria.

No comments:

Post a Comment