Tuesday, August 6, 2013

Selamat Tinggal Ramadhan...Selamat Datang Syawal...

 Hari ini, 06 Ogos 2013, hari Selasa....sudah tiba kita semua di penghujung Ramadhan Al Mubarak...
Muhasabah diri....Sepanjang Ramadhan ini, apa yang kita lakukan? Apa yang Aku lakukan untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih bernilai dan bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya?
Seperti yang dikatakan oleh Ustaz Mohd Kazim Elias menerusi laman sosial beliau....

~" Diantara manusia yg paling rugi, paling celaka, ialah orang yg masuk dlm bulan ramadhan dan keluar dr ramadhan tanpa mendapat rahmat dan keampunan bg Allah...aku ni orang yg celaka ke?Ampun Ya Allah.."~

Erm....aku? Ya Allah...Subhanallah

Baiklah...hari ini aku last kerja sebelum memulakan cuti selama lebih kurang seminggu untuk meraikan Syawal di kampung halaman..
Tapi rasanya Aidilfitri kali ini mungkin agak kurang seronok sebab raya pertama, adik-adik aku  yang berdua tu beraya di rumah mertua masing-masing. Makanya, yang takde mertua ni, duk la beraya dengan emak, abah dan adik serta ucik tersayang. Doakan aku, Syawal akan datang aku dah jadi isteri orang ye..ahaks!!!

Sekarang...baru pukul 1.25pm...adui...lambat benar masa berlalu....tak sabar nak gerak balik ke kampung halaman.
Aku nak ambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki atas segala salah silap dan kekhilafan aku sama ada secara sengaja ataupun tidak. Halalkan makan minum aku...Aku juga seperti kamu....kamu...dan kamu...manusia biasa yang bukan maksum.
Pesanan aku....pada yang memandu tu, sila memandu dengan cermat...tak perlu nak terkejar-kejar.....rumah kite takkan "larik"...kang elok orang berhari raya di kampung, kita beraya kat hospital tak pun lebih sadis bila orang solat sunat di pagi raya tak pasal-pasal kena sambung dengan solat jenazah plak....sadis sangat!!!
*pesanan untuk diri sendiri juga*

SALAM AIDILFITRI

1 comment: