Wednesday, August 13, 2014

UUM.....Kamu Tunggu Aku Datang ..::Congrats Ucik::..

Dag!Dig!Dug!Dag!Dig!Dug!
Tu bunyi degupan jantung aku, Abah, Unyah, Uyang ..nak nak lagi Ucik....
Tapi degupan jantung tu sebelum pukul 12.00 tengahari semalam, 12 Ogos 2014, Selasa.
Degupan jantung tu sebelum kami dapat tahu keputusan kemanakah Ucik akan pergi selepas ini.
Bukan takat aku up status, tuan empunya badan, Ucik apatah lagilah
Hehehehe.....
Seperti biasa, rutin harian aku, pepagi on the way ke tempat kerja, pasti akan telefon Abah. Dapat dengar suara Abah pagi-pagipun dah buat Aku bersemangat nak kerja. Pagi-pagi Abah dah warning Aku supaya jangan memandai-mandai menyemak status permohonon ke IPTA sesi 2014/2015 lepasan STPM Ucik. 
Ala....Abah ni macam tahu-tahu je Aku memang ada simpan No. Kad Pengenalan Ucik dan adik-adik aku yang lain. 
Dush!!!!
Tapi, nama lagi kakak sulung kan....ketegaq bak hang (kata orang utara)...Gatal tangan jugakla nak check online...alih - alih...kena ada Angka Giliran...padan muka Aku....ngeh! ngeh! ngeh!
Tapi, Ucik kemudian bagi izin untuk semak melalui SMS sebab dia semak tapi lambat. Aku apa lagi....jeng!jeng!jeng! Siap dah sent SMS ........Tunggu punya tunggu tak de reply...sampai Aku keluar lunch pun masih tak dapat apa-apa, walhal dada dah macam nak pecah bergendang.....
Balik dari lunch, tengok HP ada SMS....
Taraaaaaa
Alhamdulillah...
Akhirnya, hasrat Abah supaya Ucik dapat sambung belajar ke Universiti Utara Malaysia tercapai jugak apabila Ucik ditawarkan untuk menyambung pengajian dia di sana dalam bidang Pengurusan Pembangunan.
Ucik....Atau Muhammad Saiful, anak ke 4 dari 5 adik beradik. Memang terserlah bakat kepimpinan dia walaupun dia anak bongsu lelaki Abah dengan Allahyarhamah Emak. Entah macamana lah Ucik kat asrama nanti. 
 
Buat julung-julung kalinya dia berjauhan dari kami dalam tempoh yang agak lama.
Buang julung-julung kalinya dia hidup berdikari...cari makan sendiri, bangun tidur sendiri, basuh pakaian sendiri...semua sendiri...sebak plak mengenangkan...
(hati tisu sungguh Ayongmu ini, Ucik)
Alahai Ucik...Adik Ayong...
12 tahun yang lalu, pertama kali Abah, Emak dan adik-adik kecuali Adeq Domok (masa tu Emak sarat mengandungkan dia) menjejakkan kaki ke bumi Sintok untuk urusan kemasukan Aku menyambungkan pengajian di UUM. 
Kini, selepas 12 tahun kami kembali ke sana semula tapi kali ini tanpa kehadiran Allahyarhamah Emak sebaliknya dengan kehadiran Adeq Domok.
Kalau Emak ada pasti Emak bangga dan gembira, macam Abah yang meluahkan rasa gembiranya kat Facebook.
Aku pun tak kurang jugak...perasaan bercampur aduk, gembira, bangga, suka, sebab Ucik berjaya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda tapi sebak, sedih dan syahdu sebab Allahyarhamah Emak tiada bersama-sama kami untuk meraikan Ucik. Tapi Aku tahu, Allahyarhamah Emak mesti tersenyum bangga di "sana".
Sekali lagi, syukur Alhamdulillah, syukur ke hadratMu Illahi..
Untuk Ucik, Sekalung TAHNIAH Ayong ucapkan...
Semoga berjaya dunia akhirat...
Jaga Diri..Jaga Peribadi...
Jaga Maruah keluarga...
Jaga Nama Baik Keluarga...
Jaga Tingkah Laku...
Jadi anak yang baik, pelajar yang berdisiplin..
Silap-silap Ucik boleh kurus tau...
(tapi Ayong 3 tahun duk sana tak jugak kurus beb) hehehe