Friday, July 25, 2014

Dua Hari Lagi...Selamat Tinggal Ramadhan 1435

 Hari ini, 25 Julai 2014, hari Jumaat, Jumaat terakhir untuk Ramadhan 1435/2014.
Cepat benar masa berlalu...Pejam celik...pejam celik...tinggal dua hari je lagi Syawal menjengah tiba...
(nyaris celik semula, kalau pejam tak celik-celik...???)
Keadaan trafik jangan dikatalah, sesak, ada yang dah bergerak balik  ke kampung halaman...
Aku? 
Seperti tahun - tahun yang lepas, aku pasti takkan melepaskan peluang untuk balik ke kampung halaman.
Cuma yang beza tahun ini, aku tak balik kampung bersendirian sebaliknya ditemani suami dan anak-anak tiri aku. 
Tapi, apabila dah bertukar status ni, sudah pasti akan ada sedikit perubahan yang aku kena hadapi dan kena aku biasakan...
Kalau dulu, selama mana aku bercuti, aku tetap bersama Emak, Abah, Unyah, Uyang, Ucik, Adeq, Daud, Aten, Abang Danish dan Awang Tenit Mak Yong tu...
Tapi kali ini, aku terpaksa membiasakan diri untuk membahagikan masa untuk beraya di kampung suami aku yang nyaris tak jauh dari kampung aku.
Kata Unyah, walaupun Yop dia tu yatim piatu tapi aku kena ingat,...aku kena adil...bahawasanya suami aku masih ada kakak-kakaknya.
Herm....satu benda baru dalam hidup aku.
Kata Abah, Abah faham yang anak-anak Abah dah jadi milik orang...
Dah berkeluarga... 
Dah ada komitmen dan tanggungjawab...
Abah tak kisah asalkan anak-anak Abah bahagia dan tak bergaduh hanya kerana HARI RAYA.
Ayong bangga ada Abah macam Abah.
Ha....asal nak raya je banyak lagu raya yang berkumandang di radio. 
Syahdu, sebak dan sedih sebab kali pertama beraya tanpa EMAK.
Antara banyak lagu raya, ada satu lagu yang memberi kesan kat aku. 
Lagu ni aku dah pernah post tahun lepas
Tapi aku nak jugak post lagi tahun ni sebab lagu ni sedikit sebanyak ada kena dengan kisah aku, Unyah dengan Uyang membuat persiapan beraya masa kami kecil-kecil dulu. 
Masa kami masih di bawah tanggungan Emak dan Abah.
Tentu korang pernah dengar lagu ni kan...

Baiklah...Mood nak kerja dah ke laut...Mood nak balik kampung sudah mari...
Sebelum aku stop membebel, aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan:
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.


Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

 

Tuesday, July 22, 2014

7 Hari Menjelang Setahun...

7 hari lagi umat Islam seluruh dunia bakal meraikan kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak...
7 hari lagi, Syawal 1435 akan menjelma...
7 hari lagi tibanya tarikh 29 Julai 2014....
7 hari lagi....pada tahun 2013 aku mengenali "dia"... "Mr. Dia" aku...
7 hari lagi pada setahun yang lalu aku mengenali "Mr. Dia"..
7 hari lagi pada tahun lepas merupakan pertama kali kami bertemu, bersua muka dan bertentang mata.
Satu tempoh yang amat singkat.
Kelakarkan...
Untuk kesekian kalinya, 
Aku menulis tentang kami...
Aku berkongsi tentang kami...
Aku bercerita tentang kami...
Tentang aku dan "Mr. Dia"

29 Julai 2013, aku masih ingat lagi, hari Isnin, bulan Ramadhan pulak tu, kami berdating buat pertama kalinya di parking lot kawasan opis aku. 
Kenapa parking lot? Sebab, aku tak berani nak blind-date kat taman ke, apa ke...bahaya...Baik aku jumpa "Mr. Dia" ni kat kawasan awam, kawasan orang dan kereta lalu lalang. Lebih selamat.
Camne aku boleh kenal "Mr. Dia" aku ni?
Atas kecanggihan teknologi masa kinilah...
Aku mengenalinya melalui features "Look Around" yang terdapat di WeChat
Jika ikhlas dan digunakan di tempat yang betul, makanya tidak akan memudharatkan. Memang takut...memang risau...sebab kenal melalui media sosial ni tapi entah kenapa dengan "Mr. Dia" aku willing untuk berjumpa dengannya. 
Walhal, sebelum dia, aku dah kenal ramai orang tapi hanya setakat di alam maya sahajalah, tidak dibawa ke dunia realiti sebab aku sendiri tak yakin dengan mereka. 
Mungkin inilah yang dinamakan JODOH.

Dalam tempoh tu, macam-macam hadiah yang aku dapat dari "Mr. Dia". 
Semuanya bertemakan DORAEMON. 
Al maklumlah...dalam proses nak tackle akulah katakan...
Sempena Hari Lahir aku pada tahun 2013
Hadiah sebab bergaduh...Untuk memujuklah kononnya
Bantal Doraemon dari Mr. Dia dan juga Unyah dengan Uyang
    Walaupun dari awal lagi "Mr. Dia" sudah memaklumkan kepada aku yang dia sebenarnya duda, aku tetap menerimanya seadanya sebagaimana aku mahukan "Mr. Dia" menerima aku seadanya.
  Lebih kurang 5 bulan selepas tu, kami menginjakkan hubungan kami ke fasa yang seterusnya.
Pada 8 Disember 2014, family "Mr. Dia" datang bertandang ke rumah Emak dan Abah untuk berjumpa family aku bagi tujuan merisik. 
Kebetulan, kami adik beradik memang dah rancang nak sambut Hari Jadi Abah yang jatuh pada hari yang sama. 
Sekitar Sambutan Hari Lahir Abah 
Suapan kek yang terakhir dari Emak untuk Abah sempena Hari Lahir Abah
Suapan kek yang terakhir dari Ayong untuk Abah sempena Hari Lahir Abah sebelum Ayong bergelar isteri
 Dan setelah kedua belah keluarga bersetuju dengan apa yang telah dibincangkan, maka mereka telah memilih tarikh 29 Mac 2014 untuk kami dinikahkan. 
Singkat, terlalu singkat. 
Kami hanya ada masa lebih kurang 3 bulan sahaja untuk membuat segala persiapan. 
Semasa perbincangan sedang berlangsung
Perbincangan antara Abah dengan abang ipar Mr. Dia
Antara Suasana Majlis Merisik dan Sambutan Hari Lahir Abah 
Allahyarhamah Emak Mr. Dia menyarungkan cincin tanda.
Majlis Merisik
I'm Booked!!
Masing-masing nak tunjuk cincin
Kek Hari Lahir Abah dan juga kek dari keluarga Mr. Dia
Kawan - kawan yang sanggup datang dari KL untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
       
Dalam tempoh 3 bulan tersebut, macam-macam dugaan kami hadapi. 
Ujian pertama kami apabila abang iparnya meninggal dunia pada 31 Disember 2014. 
Pada 9 Januari 2014, sekali lagi kami diuji apabila Emak "Mr. Dia" pula menghembuskan nafas yang terakhir. 
Sebulan selepas itu, aku menerima tamparan hebat apabila Emak aku pula telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Hebat benar ujian yang kami hadapi sebelum kami selamat bergelar suami isteri pada tarikh yang telah ditetapkan. 

Kami dinikahkan belumpun setahun usia perkenalan kami.
Kami dinikahkan hanya selepas 8 bulan usia perkenalan kami.
Kuasa Allah S.W.T.
Jemputan ke Majlis Perkahwinan Kami
Penunjuk arah ke Majlis Perkahwinan Kami
Sesudah Selamat Di Ijab Kabulkan
Majlis Resepsi kami pada hari yang sama
   
  Alhamdulillah, majlis pernikahan dan persandingan kami yang diadakan pada hari yang sama berjalan dengan lancar walaupun agak hambar tanpa kehadiran Emak aku dan Emak "Mr. Dia". 
Kebetulan pula pada hari majlis kami, adik ipar aku (Aten, isteri Uyang) bleeding dan terpaksa di tahan di wad.
Hari ini, 22 Julai 2014, sudah 114 hari aku bergelar isteri kepada "Mr. Dia" aku ni. 
Dan, sudah lebih kurang 3 bulan aku bergelar "Mummy" kepada 3 orang anak "Mr. Dia".
Macam-macam dugaan, ujian, cabaran untuk aku sesuaikan diri dengan suasana baru dalam hidup aku. 
Dengan kerenah "Mr. Dia", dengan kerenah diri aku sendiri dan dengan kerenah anak-anak tiri aku. 
I am HIS, I am HERS
Selepas kerja-kerja pindah rumah
Pindah rumah dari Astana Mutiara ke Begonia Kristal
Setelah bergelar suami isteri
Kata Abah, 10 tahun pertama dalam sesebuah perkahwinan memang satu tempoh perkenalan dan penyesuaian ke atas diri masing-masing.
Kata Abah lagi, sedangkan Abah dan Emak kandung pun sukar nak memahami anak yang dilahirkan, dibesarkan sendiri, inikan pula dengan orang yang kita baru kenal dan tiba-tiba tinggal serumah, tidur sebilik.
Alhamdulillah, setelah lebih kurang 3 bulan tinggal bersama, semuanya semakin okay, semakin baik dan berjalan lancar.
Aku berharap agar hubungan kami suami isteri akan berkekalan hingga ke Jannah...
Aku berharap agar aku mampu untuk menjadi seorang isteri yang sanggup bersusah senang dengan "Mr. Dia"...
Aku berharap agar aku menjadi seorang suri hidup yang taat dan setia terhadap "Mr. Dia"....

Ya Allah,
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Kau tabahkanlah kami suami isteri dalam menghadapi semua cabaran..
Kau sabarkanlah kami suami isteri dalam berhadapan dengan segala ujian...
Kau kukuhkanlah ikatan rasa cinta di hati kami suami isteri...
Kau utuhkanlah ikatan kasih sayang antara kami suami isteri...
Kau peliharalah hubungan kami suami isteri agar kami berkekalan hingga ke Jannah