Thursday, March 31, 2011

Aku dan Pengalaman Itu....

Entry kali ini adalah kesinambungan dari entry aku tidak lama dahulu, tentang program assessment yang perlu aku atend untuk Penguasa Kastam......
Entry yang mana ye?
Ha......Entry yang ni la....
http://ayonghanim.blogspot.com/2011/03/kekalutan-kegabraan-keseronokan.html

Maka, bila tiba masanya, aku pun berangkatlah ke Ayer Keroh, Melaka, bersama-sama dengan Abah aku yang sanggup datang dari kampung semata-mata nak temankan aku....

Kami bertolak dari Sg. Buloh dalam jam 5.00am melalui Lebuhraya Utara Selatan.....
Kami singgah di Hentian Rehat di Ayer Keroh untuk solat Subuh dan juga makan-minum....

Kami tiba di tempat yang dituju dalam jam 8.00am....
Setelah aku turun dengan barang2 yang aku bawa, abah pun p la lepak kat mana2....bukan taknak sewa tempat penginapan tapi, abah yang tak mau, boring sorang2 katanya...
Dia sanggup tdur dalam kete jer......

Pengalaman pertama aku bermula....
Tepat jam 8.30am, 28 Mac 2011, aku memulakan pendaftaran kemudian kami semua di beri BIP....kami disyaratkan supaya memakai BIP tersebut sepanjang masa kerana kami hanya akan dikenali dengan nombor yang terdapat pada BIP tersebut.
BIP aku bernombor 95.
Setelah melepasi kaunter pendaftaran di Kaunter SPA, kami seterusnya mengambil gambar (dengan muka sememeh, bergambar, memang sangat hodoh...huhuuh)
Kemudian, wat urine test.....
Kami di beri pilihan tajuk untuk Public Speaking yang dijadualkan diadakan pada esok pagi.
Setelah memilih tajuk yang dirasakan sesuai, aku diberi bilik untuk aku bermalam selama 1 malam ni.....
Malam ni, aku mandi, rehat dan tidur di Rumah 2, Bilik 3....
Roommate aku namanya Lia....dari Kelana Jaya....
Asal Gopeng, Perak....
Dalam sebuah rumah ada dalam 10 orang....
Yang aku kenal dan ingat nama depa ialah, Lia (tu pun sebab dia ni orang pertama yang tegur aku masa mula2 masuk ke tempat tu), kemudian Leen dan Madonna. Tu je yang aku ingat....

Lepas dah bawa barang2 semua masuk bilik, 
Kami dikehendaki ke Banglo 1 untuk Ujian Fizikal...
Apa Ujian Fizikal ni?
Depa nak cek apa?
Ha.....
Ujian Fizikal ni, mula2 depa check mata, rabun ke tak....buta warna ke tak....
Aku ni biasanya p keje guna contact lens tapi sepanjang sesi ni, aku guna spek mata je...Malas nak guna lens.
Pas check mata, depa check BMI(agak dah, mesti ada punya la dan dah sah2 aku terlebih syarat...hahahaha....xtau plak nak keje gomen ni kena body lawa2...slim2...huhuuh...diskriminasi sungguh!)
Tapi, kali ni lebih better dari yang aku p assessment untuk Penguasa Bomba kat Terengganu dulu. Awal2 dah kena reject sebab BMI ni la.
Time ni juga, depa duk check badan, samada ada tatoo atau tak.

Dah selesai sesi check badan, kami semua kena p dewan semula, untuk taklimat. Ikutkan tentatif, taklimat bermula pukul 12.00pm tapi masa tu baru kul 9.00 lebih, kiranya kami ni awallah....
Bayangkan, dari kul 9.30 tu, kami semua duk melangut kat dewan tu sampai nak tunggu kul 12.00...aduh...dah la mata mengantuk....
Selesai sesi taklimat....
kami diberi makan....
Makanan?okaylah, not bad...makan free...apa mau lagi kan....
Kena bersyukurlah dari tak diberi makan.

Bila perut dah kenyang, kami diberi masa untuk rehat sementara menanti aktiviti seterusnya pukul 2.00pm iaitu Ujian Kecergasan di Mini Stadium AKMAL Bukit Baru.
Tepat pukul 2.00pm, 
kami menaiki 3 biji bas KASTAM yang disediakan menuju ke Mini Stadium AKMAL Bukit Baru untuk Ujian Kecergasan.
Aktiviti pertama ialah, senamrobik, untuk regang2 kan tulang temulang dan urat2 yang dah keras ni...
Ingatkan wat Poco-Poco....
Hahaha....
Dah badanpun berpeluh, kami kena wat sit-up sebanyak 28 kali dalam masa yang telah ditetapkan. Aku tak ingat berapa minit masa yang depa bagi tapi Alhamdulilah, aku berjaya melakukannya dalam masa tersebut walaupun derita dan terseksa.
Habis sit-up, kami kena berlari 4x10m...Yang ni, aku terlajak masa...huhuhuhu...lepas berlari, kena melompat lah pulak melepasi jarak yang sepatutnya. Yang ni, aku tak lepas....even depa bagi 3 kali percubaan...Aduh!!!
Dan, selesai semua tu, adalah aktiviti yang paling azab sekali, iaitu berlari sejauh 2.4km bersamaan 7 kali pusingan padang tu dengan matahari terpacak di atas kepala.
Perit, memang perit tapi aku gagahkan juga.....
Nak kata aku gemuk, itu bukan alasan sebab ada yang lebih gemuk dari aku....
Takkan aku nak sia2kan peluang kan....
Round pertama je aku bersemangat lari, masuk round kedua dan seterusnya, aku melenggang mak limah je.....tak larat kot....
Masa penilai tu kata, "95, last round" aku semakin bersemangat namun, aku terasa bagai nak pitam, nak pengsan dan dah terbayang aku diusung dengan stretcher je....
Kihkihkih....
Jangan tak percaya, aku berjaya menamatkan lenggangan aku walaupun aku bagi masa bonus ....hahahah....
Memang panas terik masa tu, tapi bila turn bebudak lelaki, elok je mendung nak hujan....aduhai....
Aktiviti terakhir ialah aktiviti terakhir petang tu sebelum kami pulang ke sarang ialah aktiviti berkumpulan...dinamakan sebagai Acid River....
Sangat seronok tapi malangnya, kumpulan kami tak berjaya menghabiskannya dalam masa yang telah ditetapkan. 
Penilai tu kata, depa bukan nak tengok sapa yang boleh sampai ke garisan penamat dalam masa yang telah ditetapkan tetapi apa yang mereka nak ialah semangat kerjasama even kami saling tak kenal antara satu sama lain, kemudia depa nak tengok kejujuran/integriti kita sebab kalau kaki terkena lantai, kita semua kena undur semula dan depa nak tengok kesungguhan kita.
Whatever......


Malam tu, lepas Solat Isya, kami kena ke dewan semula untuk Ujian Penaksiran Personaliti selama 1 jam iaitu dari pukul 9.00pm hingga 10.00pm. Kena jawab 185 soalan di dalam OMR form.


Malam tu, aku sempat lagi tengok Trilogi Cinta walaupun lewat 1/2 jam, tapi aku tak kisah sebab aku dah download siri ni...hehehehe....


Pagi esoknya, aku ambil peluang untuk draf text untuk Public Speaking, memang kalut dan tiada idea.
Tajuk apa yang aku pilih?
Ha.....Aku pilih - "Website, Blog and FB".
Macam2 la aku duk tulis tapi ntahlah...kot lemah semangat plak masa tu.


Lepas breakfast, kami ke bilik/rumah yang telah ditetapkan bersama kumpulan masing2 yang telah depa bagi selepas menjawab test semalam.
Aku kumpulan 7 jadi duk kat Bilik 7 la...
 Dalam group aku ada 10 orang, hanya 3 je hero, yang lain semua heroin...
wah!!!
Mula-mula kami diminta untuk buat Kajian Kes, tajuk yang diberi ialah lebih kurang ginilah....
"Sebagai Orang awam, bagaimana anda nak ubah persepsi negatif orang awam mengenai KASTAM"
Uih!!!!!!!!!!
Macam2 idea la yang kuar...semua orang pakat nak bercakap sampai penilai tu duk tegur...hahaha...masing2 nak tunjuk skill....


 Settle tu, kami di beri minum kemudian diteruskan semula dengan Public Speaking....
Memang sangat gementar....
Dah la penilainya 2 orang pegawai wanita yang bermuka ketat....depa muka ketat, kami ni apatah lagi la...kecut perut kot....
Alih2 aku yang depa panggil dulu, Aduh!!!!!
Memang kantoi...
aku leh gagap plak...
kepala lutut menggigil...
Apapun, Alhamdulilah, aku berjaya menamatkan semua sesi ini dengan jayanya...
Kata penilai tu, tiada istilah betul dan salah, gagal dan berjaya cuma yang ada sesuai ataupun tidak...itu jer....
Tak kisahlah apapun...
Pada aku, andakata aku terpilih untuk ke sesi seterusnya - temuduga, ianya merupakan satu bonus dan anugerah yang tak ternilai untuk aku tetapi, andaikata aku dikatakan tidak sesuai, aku redha kerana banyak kelemahan aku, dan yang paling utama BMI aku, kemudian orang suh berlari, aku duk berjalan dan juga public speaking aku...Orang bagi masa 5 minit untuk bercakap, aku guna 3 minit lebih jer....namun, ianya merupakan pengalaman yang amat bermakna buat diri aku dan sekurang2nya aku menunjukkan kesungguhan aku dengan menghadiri program ini.


Aku dan abah bergerak balik ke Sungai Buloh dalam jam 12.30pm, singgah sekejap di R.R Ayer Keroh untuk beli cencalok yang kawan aku pesan dan kami tiba di Sg. Buloh dalam pukul 2.30pm. Lepak kat umah Uda sebab train abah ke Batu Gajah pukul 6.45pm.


pssttt...pppssttt....terasa amat rugi sebab tak de ambil gambar lgsg
sepanjang program ini. Sedihnya sebab takde langsung kenangan sepnajang 
program tersebut. 
So, xdapatla nak share dengan korang semua.



Aku dan Kegelapan

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Aku sepatutnya tulis entry ni masa aku tengah duk bergelap, tetapi, atas sebab-sebab tertentu, aku terlewat untuk update entry ini....kiranya dah basi lah...tapi aku peduli apa...aku nak update gak....
Aku bergelap bukan kerana black-out mahupun bekalan elektrik dipotong akibat tak bayar bil...tetapi....gara-gara aku dan housemate aku support untuk.
"Earth Hour 2011" pada 26 March 2011 (Sabtu).
Mula-mula, aku ingatkan depa ni tak support....ye lah, aku ni baru je dalam setahun lebih duk kat umah ni n kenal depa...mana tau kot2 depa pun tak ambil tahu tentang semua ni....
Tetapi aku silap.....
Yang paling bestnya,
Akibat terlalu excited,
habis je siaran Doraemon kat NTV7....
aku terus wat kecoh....
suh housemate aku tutup lampu.....
Housemate aku ada gak sound...
kul 8.30pm baru tutup,
tapi aku degil....
Aku kata kul 8.00....
hahahaha....
kamipun duk bergelap la.....
depa duk bilik masing2....
Aku on lappy....sedangkan dah kata takleh on sebarang brgn elektrik, tapi aku degil....hahaha...janji dah bergelap....hikhikhik....
Leh dan lagi aku duk VC dengan adik aku kat Kulim tu....
Tak caya?
Ha!!!!!!tengok pic kat bawah ni....
Minah ni memang tak support Earth Hour langsungla.....
Orang duk bergelap, dia leh terang benderang.....
Aduh!!!!!!!!!

Berbalik dengan kisah aku duk bergelap tadi....
Saat2 begini, aku sangat menikmati keindahan alam...
Betapa syahdunya.....
Sebelum aku duk VC dengan adik aku,
sempatlah aku p basuh kain dalam gelap tu....
Mandi pun dalam kegelapan malam....
Dalam kegelapan malam juga aku nampak KLCC berbalam-balam dari tingkap rumah aku....
Aduh!!!Betapa indahnya malam itu...
Syahdu hatiku ini.....
Chewah!!!!!!

Yang kelakarnya,
betullah kata housemate aku tu.....
Patutnya kami switch off semua lampu kul 8.30pm....
Ni kami kul 8.00pm dah gelap, semua gara-gara aku teruja nak duk gelap....
Orang lain bergelap selama 60 minit atau 1 jam, 
tapi kami bergelap selama 90 minit, bersamaan 1 jam 30 minit.
Kira dah extra support dah ni.....
hehehe.....
Aku call adik aku yang bongsu di kampung,
Saja nak tanya, dia padam ke tak lampu....
Aku amat berbangga apabila dia kata dia duk sorang2 kat umah malam tu sebab abah p surau, mak keje petang, Uyang keje malam dan Ucik p camping....
Dan dia juga turut memadamkan lampu...
Abah aku balik dari surau terkejut tengok adik aku duk dalam gelap....
Huhuhuhu....
Abah pun terlupa....
Nyaris adik ingat dan aku tabik spring kat adik aku yang bernama Saadatul Shakira tu atas keberanian dia duk dalam gelap sorang2....
Baru sekolah darjah 3....
Tahniah Adeq!!!!!
Ayong ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ Adeq sangat2

Apapun,
Earth Hour kali ini, amat bermakna....
Memberi aku satu pengalaman yang cukup indah buat aku secara peribadi...
Berikut aku sertakan dua video clip tentang Earth Hour ni untuk tatapan korang....
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Lelaki itu.....part V



AsSalam....
Agak lama aku tak update blog aku ni atas sebab yang tidak dapat dielakkan...
Aku upload video klip ni bukan sebab aku suka lagu ni....
Tak pernah dengar pun...
Tapi....disebabkan oleh model video klip ni....
Thanks a lot untuk salah seorang penjenguk di blog aku ni....
Dia yang beritahu wujudnya klip ini dan lelaki itu menjadi modelnya....
Wah!!!
Aku sangat suka....
 Tajuk lagu ni Serampang Laut - nyanyian Herman Tino...
Apapun, korang layan la yer...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

 
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Saturday, March 26, 2011

Permintaan seorang teman lama_part I

Entry kali ini adalah berikutan request dari seorang teman lama yang merupakan orang terawal yang tahu aku ada blog....
Teman lama ini meminta aku membuat entry tentang 
"Rahsia Tahi Lalat"
dan 
"Makna Tindik Telinga"
Akupun luangkanlah sedikit masa menyiapkan "assignment" yang telah diberikan ini...
Tapi, untuk malam ini, aku hanya akan menulis tentang
"Rahsia Tahi Lalat" sahaja dulu...
Berikut ada beberapa artikel mengenainya...

Mari-mari kita sama-sama mengetahui rahsia tahi lalat. 
Semua orang ada tahi lalat. Tetapi tak tahu la aku kalau-kalau ada orang yang langsung tiada tahi lalat ini.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Rahsia Tahi Lalat Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita
Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kiri - Malas dan suka duduk
Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros
Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap
Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya
Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
Rahsia Tahi Lalat Pada atang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Rahsia Tahi Lalat Pada Pada hidung - Banyak rezeki
Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kanan- Jujur dan baik hati
Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
Rahsia Tahi Lalat Pada Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
Rahsia Tahi Lalat Pada Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kiri - Baik budi
Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kiri - Ramai yang suka
Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kanan - Suka menolong
Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
Rahsia Tahi Lalat Pada Pipi kanan - Ramai teman
Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kanan Ramai yang suka
Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman
Rahsia Tahi Lalat Pada Ubun-ubun - Kurang jujur
Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Okaylah....Nampaknya...hanya ini sahaja info yang aku dapat untuk dikongsikan bersama semua terutamanya teman lama aku yang memberi idea dan inspirasi untuk aku mengetengahkan tentang hal ini....

psssttt....ppsssttt...Harap teman lama aku tu berpuas hati dengan artikel aku ni...
Erm...agak2nya, dia tengah nak menilik tahi lalat bakal permaisuri hidup dia x...
Ops...sorry...just kidding...
Jangan marah ar...nanti kena babab  

Wednesday, March 23, 2011

Lelaki itu.....part IV

 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Ya Allah....
Perasaan apakah ini....
Mana mungkin aku suka kat dia....
Mana mungkin aku syok kat dia....
Mana mungkin aku sayang kat dia...
Mana mungkin aku cinta kat dia...
Aku tak kenal siapa dia....
Aku tak tahu asal usulnya...
Aku tak tahu apa2 tentang peribadi dia...
Apakah sama dengan dia yang aku kenali...
Apakah sama dengan apa yang aku lihat tentangnya...
Apakah sama dengan apa yang aku dengar tentangnya...
Apakah....
Apakah....
Apakah....
Apakah wujud orang seperti dia yang aku kenali....
Apakah ada lelaki seperti dia yang aku tahu....
Apakah ada lelaki seperti dia yang aku impikan....

"Sy x Sama dgn ***"
aku jawab...
"Tak pe...itu semua kita yang cipta...cuma rekaan kita, be urself"

Itulah bait-bait tulisan dia kepada aku pagi tadi....
Hanya bersemuka di alam cyber....
Hanya bersembang di alam YM....
Semua itu sudah mampu membuatkan hariku ceria....
Semua itu sudah cukup untuk membuatkan hariku terasa indah...
Aku amat menghargai moment itu.....

Ya Allah....
Perasaan apakah ini?
Apakah aku menyintainya?
Apakah aku menyukainya?
Apakah aku menyayanginya?
Atau....
Apakah aku sekadar meminatinya?
Entahlah....
Hanya perasaan ini sahaja yang tahu....
Biarlah ianya beredar mengikuti arus masa....

Ya Allah....
Perasaan apakah ini?
Kala aku berYM dengan dia.... 
Hatiku sungguh gembira....
Jiwaku sungguh terusik....
Alahai....
Inilah yang dikatakan....
Syok Sendiri....
Gila Bayang...
Mana mungkin semua itu akan berlaku...

Ya Allah....
Perasaan apakah ini?
Andai Allah SWT mengkehendaki sesuatu perkara itu berlaku
Maka, tidak mustahil ianya akan terjadi....

Ya Allah....
Perasaan apakah ini?
Aku sering berdoa....
Agar jika aku menyukai/menyintai/menyayangi orang yang tidak sepatutnya,
Maka jauhkanlah perasaan ini...
Hapuskanlah perasaan ini....
Padamkanlah perasaan ini....
Agar aku tidak kecewa ......
Aku sering berkata....
Tolonglah buat sesuatu yang boleh membuat aku membenci kamu...
Mulut kata begitu...
Namun hati berkata.....
Izinkan aku menyimpan perasaan indah ini....

Hanim.....
Tolong berpijak di bumi yang nyata....
Tolong jangan bermimpi di siang hari...
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
 ♥   pssttt...pssttt...aku memang suka sangat kat dia...
 ♥                                  Aku pasti akan merindunya....
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Tuesday, March 22, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA


BUAT PEDOMAN BERSAMA.
Jika kamu memancing ikan.... 
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... 
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... 
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........  
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... 
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... 
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... 
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... 
Cukuplah sekadar keperluanmu.... 
Apabila sekali ia retak.... 
Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... 
Akhirnya ia dibuang....  
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, 
TERIMALAH seadanya.... 
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... 
Anggaplah dia manusia biasa. 
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... 
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA .....
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... 
Yang kamu pasti baik untuk dirimu. 
Mengenyangkan. 
Berkhasiat. 
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. 
Terlalu ingin mengejar kelazatan. 
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. 
Kamu akan menyesal.  
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... 
Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. 
MENYAYANGIMU... 
MENGASIHIMU... 
Mengapa kamu berlengah...
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. 
Terlalu mengejar kesempurnaan. 
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.... 
Kamu juga yang akan MENYESAL....
Sampaikan kebenaran walaupon ianya perit 

Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !


Aku tahu kewujudan blog Ben Ashaari ni melalui blog kawan aku, ***.::dgurlinred::.***
Aku berminat untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh beliau:

3. Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan .. 
--Jawapan aku: Kenangan yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Mak hampir - hampir dibuang kerja. Hanya kerana menemani aku yang pada ketika itu sungguh "berong" akibat putus tunang. Mak tak dapat cuti daripada majikannya namun hati seorang ibu, mana mampu dia meninggalkan anak gadisnya kesunyian ditemani kekecewaan. Mungkin mak takut aku melakukan perkara-perkara yang bodoh (walaupun pada hakikatnya aku tak terfikir langsung nak buat keje bodoh), maka mak sanggup bercuti tanpa mendapat keizinan dari majikannya. Kesian mak...tapi, apakan daya, aku sendiri tak mampu nak berfikir secara waras ketika itu. Akibat daripada putus tunang. Aku terasa dunia aku kelam, aku rasa seperti aku dah gila/sewel dan sebagainya. Namun, aku masih bernasib baik kerana aku mempunyai mak yang sanggup bersama-sama aku.
Mak, terima kasih mak...kalau mak tak berkorban, tak tahulah apa yang akan terjadi pada ayong....

4.  Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ? hehehe... 
--Jawapan aku: Abah....emak seorang yang bekerja kuat jadi masanya agak terhad untuk kami adik beradik...huhuhu

5. Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ? 
--Jawapan aku: Sudah tentu tak sanggup....Ya Allah, lindungi lah aku daripada melakukannya....

6. Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka .. 
--Jawapan aku: Anak-anak tersebut tidak mendapat pendidikan yang sempurna dari ibubapa, tetapi, pada anak-anak yang berfikiran matang, mereka tak sepatutnya berebut. Adakah lebih indah jika memiliki harta hasil dari titk peluh sendiri...Lebih manis rasanya

Inilah mak aku....Mak, Ayong SAYANG Mak sangat2



Petua Mendapatkan Pasangan

AsSalam....
Untuk entri kali ni, aku nak share cara-cara atau petua untuk mendapatkan pasangan...
Khas untuk aku yang masih single mingle ni, dan juga kawan aku yang mengenalkan aku dengan dunia blog ni : - Hasma Hashim...
Tak lupa juga buat kawan-kawan yang sudi menjenguk blog aku yang tak seberapa ni....
Aku rasa entry ini amat berguna untuk dikongsikan bersama.....
So, tolong luangkan masa anda untuk membaca petua-petua ni....
I would like to thank anyone willing to spend time to read this entry

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥ ♥  


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.


4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥   

Di sebabkan korang sudi meluangkan masa untuk membaca entry ini...aku berbesar hati untuk share klip video kat bawah ni....
So...sweet moment....
I really hope that I can feel it