Tuesday, May 29, 2012

APASAL LA AKU MALAS SEMBAHYANG???

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang, 
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, 
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, 
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang, 
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang, 
Pagi Kita sihat petang boleh kejang, 
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, 
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Entry ini aku diambil daripada Facebook
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Tuesday, May 22, 2012

My Firsttime Photoshoot by Newborn Pixs_Part 2

As Salam....Hai.....Selamat Malam....
Gara-gara keterujaan mendapat photo yang telah diedit oleh team Newborn Pix iaitu Muza dan Hadi... Aku sanggup stay-back kat Pusat Tuisyen Mawar ni semata-mata nak post entry baru khas untuk "menayangkan" 10 keping photos tersebut....
Tarrrrrraaaaa!!!!!
Let's Check It Out!!!
 

 Haaa.....Amacam? Ada kelas tak? Of cos la.....So, kalau ada yang berminat, boleh lah hubungi Puan Muza ye....
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Ehem!Ehem!
Macam nak edit lagi blog ni....
Tunggu....
Kalau ada masa pastu aku akan kemaskinikan blog ini....
Walaupun ianya sekadar....
*Blog Syok Sendiri*
Ahaks!
Tunggu!!! 
 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥






 

My Firsttime Photoshoot by Newborn Pixs_Part 1

As Salam....Hello....Hai....
Yeee~~Haa~~
Amacam? Sweet tak pic ni? Gorgeous tak? Haa.....Inilah hasil photo-shoot yang pertama kali aku attend.... Pergh!!!Aku memang suka bergambar....setakat bergambar syok sendiri bolehlah....tapi kali ni bila sesi fotografi itu diadakan oleh seorang yang professional, maka dengan tidak semena-mena aku jadi kaku, macam tak reti nak bergambar/berposing plak...huhuhuhu.....Jenuh jugaklah Encik Photographer kita tu mengajar...cara senyum ikhlas la....senyuman secara jujurlah....hehehe....
Semuanya bermula daripada aku duk sesukahati "liking" status kat FB tu hah....and tak sangka plak ada satu status kat page Newborn Pixs menawarkan satu ganjaran pada "clickers" ke-5 yang "like" status mereka pada masa tersebut dan akulah orang yang bertuah tu...
Hadiahnya???
Ehem...Ehem.....Satu sesi fotografi percumalah....
Newborn Pixs? Apa tu? Siapa tu? Okay, kalau nak tahu....NP ni adalah......satu syarikat persendirian yang ditubuhkan pada September 2011 oleh sepasang suami isteri muda. Majoring dalam bidang fotografi dan kebanyakkan gambar yang diambil adalah untuk majlis perkahwinan, pertunangan, birthday party, etc tetapi untuk friendship theme ni, aku merupakan yang pertamalah...hehehe...so...kalau ada yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut, bolehlah "like" FB Page mereka di Newborn Pixs ataupun "ronda-ronda" kat website mereka ataupun boleh call mereka directly. Teknologi kan sudah semakin canggih. Dunia tanpa sempadan kan...hehehe....
Lagi photo akan menyusul kemudian k.....
Akupun masih menanti dari Puan Muza dan Encik Hadi ni...sangat teruja....
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Nantikan wajah baru untuk blog aku yang tak seberapa ini...
Semuanya hasil dari Newborn Pixs...
Juga gambar-gambar hasil photoshoot aku tempohari...
 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

Friday, May 18, 2012

Hadiah Hari Guru

Wee~~Hu.....
Wink!Wink!
Untuk makluman, aku hanya seorang guru tuisyen sahaja...namun....
sempena Hari Guru kelmarin(16 May 2012).....
Firstly.... Aku dapat panggilan telefon daripada seorang pelajar aku, murid Tahun 6, Muhammad Danial Haziq di Pusat Tuisyen Mawar, Bukit Rahman Putra. Sweet je dia wish "Selamat Hari Guru" kat aku. Ucapan itu sudah cukup buat aku rasa terharu sebab aku bukannya guru yang diiktiraf oleh kementerian. Tetapi aku sedikit sebanyak menabur bakti walaupun secara sampingan. Layakkah aku menerima ucapan tersebut?
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Cha-Cha yang Chubby...
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
Secondly.....semalam....malam semalam aku menerima kejutan yang mana salah seorang student Tahun 4 yang aku ajarkan Bahasa Malaysia, Nur Farisha telah menghadiahkanku sesuatu. Alhamdullillah, ini merupakan tahun ketiga aku bergelar Cikgu tuisyen dan ini hadiah ketiga yang aku terima sepanjang bergelar Cikgu tuisyen...yang mana hadiah pertama aku terima daripada seorang pelajar lelaki Tahun 6 pada 2011 yang merupakan sepasang kerongsang berwarna merah yang aku simpan hingga ke saat ini.
Berikut adalah hadiah yang aku terima daripada Cha-Cha(nama panggilan student Tahun 4 ni)
Actually, BFF aku (Cikgu Dila) pun dapat gak...hadiah yang sama.....
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
 Buat Cha-Cha dan Haziq,
Cikgu ucapkan jutaan terima kasih..
Moga kalian berjaya dalam kehidupan..
Cikgu sayang kalian..
Sayonara!!
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Thursday, May 17, 2012

Ketidaksempurnaan Yang Begitu Indah

As Salam dan Selamat Pagi...
Terpanggil aku pagi ini untuk menulis entri ini setelah mendengar topik hangat slot #hotchat di HOT FM semasa memandu ke pejabat sebentar tadi bersama team #amkrew.
Terdapat seorang pemanggil yang merupakan seoran suami yang menceritakan tentang satu video yang menceritakan tentang ucapan seorang isteri semasa majlis pengebumian suaminya yang mana si isteri tidak memuji suaminya sebaliknya menceritakan kekurangan si suami yang menjadi kerinduannya.
Kat sini aku bawakan video tersebut kerana akupun pernah menonton video yang amat mengusik kalbu ini. 
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Aku tak pasti apa yang kalian rasa apabila menonton video ini, tapi, pada aku, aku amat terharu. Dan, aku pun amta berharap agar andai satu hari nanti aku ditakdirkan bersuami, aku mampu untuk menerima dia seadanya dan diapun mampu menerima aku seadanya.
Insya Allah.....

Wednesday, May 16, 2012

Terima Kasih, Cikgu

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Sebaik-baik GURU adalah . . .
Yang peribadi dan Akhlaknya amat baik untuk ditiru.

Sebaik-baik orang yang memberi Pelajaran
adalah . . .
Orang yang dengan pelajarannya ,
Dirinya Kian Baik & mempesona peribadi akhlaknya.

Sahabat Yang Baik adalah . . .
Orang Yang senantiasa hadir . . .
Disaat Kita Senang ataupun Susah.

Tapi SAHABAT SEJATI tidak hanya . . .
hadir disaat kita bahagia ataupun . . .
ketika duka menimpa.

Mereka itulah (Sahabat Sejati)
Orang yang senantiasa mengingatkan kita . . .
Ketika jauh kepada -Nya &
Senantiasa mengajak Kita . . .
Untuk terus berjuang di Jalan Nya.

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
وَالعَصرِ ﴿١﴾ إِنَّ الإِنسٰنَ لَفى خُسرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَواصَوا بِالحَقِّ وَتَواصَوا بِالصَّبرِ ﴿ ٣


"Demi masa...
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran".
( QS Al-ashr: 1-3 )

Oleh karena itu . . .
Marilah Kita bersyukur kepada ALLH SWT.
Yang telah mempersaudarakan Kita.

Sebaik- baik MURID adalah . . .
Murid yang tahu Etika & Menghormati GURUnya,
Mengamalkan Ilmu Yang Benar Yang Di Dapatkannya. . .
Menjaga nama baik sang guru, dan
Menghiasi dengan DOA kpd
Maha Pemberi Ilmu . . . Agar . . .
Sang GURU Terjaga Terpelihara dari . . .
Ilmu & Amal Yang Menggelincirkan,
Terjaga Terpelihara dari Tipu daya syaithon
yang menjerumuskan.

Terima Kasih Wahai GURU
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
GURU belahan jiwa . . .
Kekasih yang sempurna . . .
Akhlakmu mempesona . . .
Duhai bulan purnama . . .

Bunga-bunga bersemi diatas tanah suci
Mekar Indah Mewangi
Cintamu kan abadi

Keseluruh penjuru . . .
Kau tegakan Agama
jagat Raya Gempita . . .
Menyambut Akhlak Mulia

Kunyanyikan Lagumu
Dengan senandung Rindu
kekasih yang ditunggu
Wahai kau "MAHA GURU"

Berlimpahnya cintamu
Mulianya ajaranmu
Tumbuh subur di qalbu
jantung, darah & nadiku

Guru jalan hidupku
hingga akhir hayatku
Ku ikut agamamu
Jangan tinggalkan aku

Maju bangkitlah jiwa
Hati penuhi cinta

Janganlah kau tergoda . . .
Oleh surga dunia
Karena tujuan kita . . .
Hanya ALLAH SWT semata

Wahai para perindu
tetapkanlah hargamu
Menuju sang petunjuk
Jalan Lautan Biru

Tuk Menggapai Fitrahmu
Makna Kesucianmu
 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat para guruku dari ku menjejakkan kaki di TABIKA KEMAS Batu 3, Jalan Tanjung Tualang, sehingalah aku menamatkan alam pengajianku di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Terima kasih cikgu, para pendidikku, tanpa kalian, aku tidak mungkin akan berada di sini, di tahap ini. Jasa kalian akan kukenang hingga ke nafas terakhirku.

Friday, May 11, 2012

Sudah Cukup Sudah

Ha...Kali ni aku nak share lagu yang menjadi kegilaan aku, buat masa ini....
Ye~~Ha!!!
Lagu daripada Nirwana Band yang bertajuk, Sudah Cukup Sudah. Berikut liriknya...
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Falsafah Cinta Lima Jari

Aku dapat tahu Falsafah Cinta Lima Jari ni dari sebuat drama yang ditayangkan di slot Cerekarama di TV3 dalam 2 - 3 minggu lepas yang bertajuk "Mencintaimu" lakonan Si Manis Sharifah Amani dan Si Macho Eman Manan. Ada satu part tu yang mana Eman Manan menyatakan tentang Cinta Lima Jari kepada anak buahnya, Si Kacak Amar Baharin (kalau tak silap akulah).
So, malam tu aku ingat nak jadikan bahan untuk blog aku, tetapi aku terlupa....So pagi ni baru teringat...Aku cuba gak search, rupa-rupanya, dah ada blog yang post kan falsafah ini. Jadi, di sini aku kongsikan Falsafah Cinta Tiga Jari tu di blog aku untuk bacaan semua.

Kredit to DiariHati.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
Pasangan kita adalah anugerah yang tidak ternilai buat kita. Pernah dengarkah tentang falsafah lima jari? Tahukah mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?

Kini satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan di hujungnya.

1.   Ibu Jari
Cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.
2.   Jari Telunjuk
Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.
3.   Jari Kelingking
Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.
4.   Jari Manis
Dan sekarang, cuba buka jari manis, yang mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan pasangan anda, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargailah pasangan anda!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
Thumb represents parents.
Index finger represents siblings.
Center finger represents own self.
Fourth finger represents your partner.
Last finger represents your children.
- Chinese’s philosophy
Eh!!Lagi satu....kenapa ada ruangan diantara lima jari jemari kita? Sebabnya supaya ruangan tersebut akan diisi oleh jari jemari pasangan kita sebagai pengisi ruangan yang kosong itu...seterusnya melengkapi antara satu sama lain...
 
~~Soo....Sweet!!~~

Ciri - Ciri Suami Awesome

As Salam dan Selamat Pagi.....
Hari ini, Jumaat, 11 May 2012, Penghulu semua hari....
Pagi-pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada on of my uncle...
Untuk maklumkan yang dia nak balik kampung....
Cousin aku yang di PLKN Gopeng tu ada problem....Herm....Apa-apa sajalah...
Okaylah, pagi ni aku nak kongsi sesuatu yang aku dapat dari FB anak buah aku yang dia peroleh daripada seorang Ustaz "glamer"..Ustaz Azhar Idrus.
Apa dia?? Kita nak tahu apa Ciri-Ciri Suami Awesome
Let's check it out!!!
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
 1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥