Thursday, May 23, 2013

Aku yang Gayat!!!!!



Wink!!Wink!!!
Dah tengok video ni??
Amacam? Ada berani??
Aku...memang tak berani la citer nya...Aku ni "penggayat" orangnya...
Psssttt...pppsssttt...guna escalator pun xberani....sanggup guna tangga atau lift....hehehe....alkisahnya...

Wednesday, May 22, 2013

True Love...


 Sebenarnya, aku ni bukanlah romantik orangnya, cuma ada masa n peluang ni, nak la share something.....

Hampir semua yang kita lakukan, berhubungan dengan material. Namun, ternyata kita masih merindukan dan menginginkan dunia lain, dunia spiritual yang penuh emosi samada kita sedar atau tidak. Misalnya, waktu hendak mencari hadiah untuk diberikan kepada seseorang, seboleh -bolehnya kita ingin hadiah itu merefleksikan apa yang dia rasakan. Jadi apa yang semua orang inginkan saat ini dan selamanya ialah cinta.

Cinta, ada dalam pelbagai bentuk : ghairah, nafsu, memuja, pesona, kagum, menerima, bukanlah sesuatu yang boleh dicatatkan, dituntut atau diminta begitu sahaja. Dan nampaknya antara memberikan dan mendapatkan cinta, sama rumitnya.

Bagaimana caranya? Melalui perilaku sederhana yang dilakukan sehari-hari, bertukar fikiran serta menghilangkan kebiasaan buruk adalah antara cara yang boleh dilakukan. Kita boleh memulakan dengan banyak cara kerana cinta merupakan sumber yang tak terbatas. Seperti ungkapan penyair Rainer Maria Rilke, “keajaiban terjadi setiap saat pada mereka yang benar-benar mencintai. Makin banyak memberi, lebih banyak lagi yang mereka perolehi”

Berikan cinta anda dengan ……..

1. Memberikan waktu luang anda sepenuhnya

- berikan sesuatu secara ikhlas dan tanpa merungut.

- Ambil waktu luang yang biasa anda gunakan untuk jalan-jalan ke kompleks membeli – belah atau berbual kosong dengan teman lain. Berikan kepada pasangan dengan mengajaknya berjalan-jalan. Tapi jangan campurkan hal peribadi dengan pekerjaan. Jangan sampai anda ponteng kerja hanya untuk menemani si dia.

2. Menunjukkan perasaan anda

- Mahatma Gandhi pernah mengatakan, “seorang pengecut tidak mampu menunjukkan cintanya. Itu (cinta) hak istimewa bagi orang yang berani” Jika anda takut dianggap bodoh ketika menyatakan perasaan anda, cuba nyatakan dengan cara lain.

- Misalnya, dengan sedikit tambahan lawak jenaka atau dengan menulis surat. Jangan takut dianggap sentimental atau “jiwang”. Tak ada salahnya mengekspresikan apa yang kita rasakan.

3. Saling melengkapi

- Cubalah berkongsi pekerjaan yang sukar dengan pasangan anda. Dengan begitu, beban anda akan terasa berkurang dan itu juga cara praktikal menunjukkan setia kawan.

- Misalnya, anda mempunyai ibu yang cerewet dan selalu mengkritik, ada baiknya meminta suami atau isteri anda mencarikan hadiah ulang tahun untuknya. Pasangan anda tidak merasa bimbang dan dengan cepat boleh menentukan hadiah yang sesuai.

4. Memberikan orang lain lebih dari yang mereka harapkan

- Anda boleh menyembunyikan anak patung kesayangan anak anda di bawah bantalnya. Cubalah berbicara manis pada rakan sekerja yang biasanya menyebalkan, misalnya “Selama ini kita banyak bercanggah pendapat, tapi saya mesti katakan bahawa kerja yang awak buat kali ini memang bagus.”

- Cubalah untuk tidak mengeluh selama 24jam dan lihat sekeliling anda dengan gembira, sehingga tanpa sedar anda boleh kembali pada diri anda dalam keadaan tenang.

5. Membiarkan sahaja

- Kadang-kadang ada suami yang mempunyai masalah tetapi mengambil tindakan mendiamkan diri sahaja.

- Salmah cthnya, punya masalah yang sama dengan suaminya. “Saya tahu ia punya masalah, mungkin di pejabat atau keluarganya, yang tak dapat diceritakan. Perkara terbaik yang boleh saya lakukan untuknya ialah dengan mengatakan saya tahu ia mempunyai masalah dan tak perlu berpura-pura seakan-akan semuanya baik-baik saja. Paling tidak, dia tahu saya tidak mengharapkan dia bertingkah normal. Kadang-kadang dengan cara demikian, suami saya boleh relaks dan berbual tanpa beban” begitulah cerita Salmah.

6. Jangan kedekut pujian

- Pujian, salah satu bentuk cinta yang paling sederhana. Memuji orang lain, rakan sekerja, teman atau keluarga boleh dilakukan dalam dua bentuk.

- Boleh terus memujinya atau ketika anda mendengar orang lain memuji seseorang, anda berusaha mengulangi pujian itu dengan menanyakan kembali pada yang memberi pujian. Siapa yang tidak merasa bangga mendapat pujian, walau sekecil mana sekali pun ?

7. Memberikan kejutan pada pasangan

- Melakukan sesuatu di luar kebiasaan, selain mengejutkan, ternyata boleh menyenangkan. Kalau anda sudah mengenali pasangan, tentu anda tahu apa yang disukainya.

- Misalnya, ketika Rini tidak boleh tidur, suaminya menyalakan lampu dan membacakan cerita sampai Rini tertidur. Bukan cerita dongeng kanak-kanak tapi novel pengarang kegemarannya.

8. Berkongsi ilmu

- Kalau anda tahu sesuatu, sebarkan pada teman-teman anda. Seperti yang dilakukan oleh Iskandar yang memang ulat buku dan suka melayari Internet. Hobinya mengumpulkan artikel menarik dan mengirimkannya pada orang-orang yang dirasakan perlu. Pada isterinya, Iskandar akan mengirimkan artikel romantik seperti puisi, bagaimana menyemai perasaan cinta antara mereka dan lain-lain.

Suka Duka Seorang Budak Pompuan, Anak Gadis, Anak Dara, Wanita, Ibu

Syok aku dengar Ustaz Kazim ni berceloteh tentang kehidupan orang perempuan...Dialog yang menyakitkan hati ...tapi aku nak share kat sini.....
Masa tengah single mingle - " Bila nak ada boyfren ni...?"
Bila dah ada boyfriend - " Bila nak kawen..?"
Bila dah kawen - " Bila nak ada anak..?"
Bila dah ada anak - " Bila nak terima menantu...?"
Bila dah bermenantu -" Bila nak ada cucu...?"
Bila dah ada cucu - "Bila nak bercicit plak ni..?"
Aduh!!penat gak la nak menjawabnya....
Susah ke senang jadi pompuan ni? Ada yang x suka jd pompuan sebab pada mereka, orang pompuan banyak bebanan tp tdk bg aku....Aku suka,aku bangga menjadi seorang WANITA,PEREMPUAN,ANAK DARA...sebab apa....sebab, aku adalah aku...aku tak perlu jadi sapa2...
Agak2nya la...sampai bila dialog itu akan berterusan?
Aku juga pernah mengalami nasib yang sama...dialog yg slalu aku kena ialah dialog yang pertama tu....aduh!!!penat n lenguh aku nak menjawabnya...
"Makcik, kalau nak beli ikan kat pasar pun, kena pilih ikan yang segar, elok dan tak busukkan...ni kan pulak nak pilih orang yang jadi teman hidup kita...payah woooo!!!kalau la senang, semudah A,B,C malam ni juga saya akan kawen makcik oi....nak nak plak dah pernah terbeli ikan busuk dan beracun sebelum ni, sudah pastilah saya serik dan perlu berhati supaya tak keracunan lagi"
Tapi tu lah kan, dah jadi lumrah kehidupan, soalan/pertanyaan yang sama pasti akan berulang sampai aku lah kawen dan aku harus akui hakikat ini walaupun pahit untuk aku telan....aku redha...
Aku pernah terbaca bahawa setiap insan dimuka bumi ini telah ditetapkan jodoh masing2, cuma cepat atau lambat sahaja...walaubagaimanapun, jika jodohnya itu telah "pergi" dulu, maka ianya akan ketemu jua "disana"...dia akan menanti kita "di sana"..
Bukan senang jadi perempuan dan bukan susah jadi perempuan...

9 Sebab Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang Salah

Aku rasa aku muda lagi, tapi dalam tempoh "kemudaan" aku ni, aku dah pernah rasa bagaimana sakitnya putus cinta, putus tunang dan sedefinisi dengannya...sadis...tapi adanya family dan kawan-kawan yang menjadi tunggak kekuatan aku dan berjaya menempatkan aku di mana aku berada sekarang. 
Aku nak share input yang aku dapat, kenapa Allah ketemukan kita dengan orang yang salah sebab dalam umur aku ni, dah ramai orang yang salah aku dah jumpa....
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Cintailah ALLAH dengan sepenuh hati, maka ALLAH akan memberi yang terbaik sesuai dengan cinta anda kepadaNYA. 
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja…
Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang. 

 1) Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA. 
2) Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. 
3) Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. 
4) Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA. 
5) Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan… 
6) Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. 
7) Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. 
8) Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH. 
9) Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL. 

 Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. 
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan apa jua laranganNYA, dan meninggalkan laranganNYA. 
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

..♥~ALLAH knows BESt!~♥..

Wink!Wink!I'm Back!!!!

As Salam....Hi....Ya Allah.....
Lama sungguh aku tak update dan menjenguk "rumahku" ini....Post terakhir aku ialah pada 27 Ogos 2012, iaitu hari Isnin....La ni dah 22 Mei 2013, hari Rabu, dah hampir setahun aku meninggalkannya...erm...without any reason. Sibuk...busy...sibuk...busy...bla...bla...bla...
Dalam tempoh ini, macam-macam dah berlaku dan aku alami. Pelbagai perubahan dalam hidup aku dan setakat ini, kesemuanya menggembirakan hati aku dan menceriakan hidup aku.  Jadi, kat sini, hari ini, aku nak ambil peluang untuk berkongsi suka suki hidup aku selama beberapa bulan aku tak "ke sini".

Yang pertamanya, di penghujung tahun 2012, kami sekeluarga pergi bercuti-cuti Malaysia ke Kelantan. Apa lagi, borong sakanlah kami...Sapa sponsor? Sapa taja? semuanya omak den yang taja okay....Mekasih mak....lenkali belanja lagi erk...siap bagi duit belanja lagi...ehem...ehem...Jadi, boleh dikatakan penghujung tahun yang best lah bagi kami sekeluarga. Kebetulan pula masa tu aku memang dah nak clearkan cuti aku kat company tu memandangkan aku pun dah nak resign dari situ.. 
Satu-satunya gambar semasa Cuti-cuti di Kelantan
Selepas itu, aku berjalan lagi tapi kali ini aku dengan Adeq je, kami ke Penang. Duk kat umah unyah...so, round d' Penang dan menghabiskan duit kat situ lah pulak kami...
Antara gambar semasa di Penang
Lagi satu...
 Lagi satu, aku juga telah menunaikan impian aku untuk menukar "sport-rim" Mr. Bam-Bam Blue aku tu...Alhamdulillah...ada rezeki lebih kan...Makanya, Mr. Bam-Bam Blue berkaki hijau...hahaha...gara-gara Uyang la...yang memilih.

Bermulanya permulaan tahun 2013, aku memulakan kerjaya aku di tempat baru. Suasana baru, skop kerja baru, kawan-kawan dan serba serbi baru....Pada 2 Januari 2013 aku memulakan kerjaya aku di Qube Intergrated (M) Sdn. Bhd. sebagai seorang "tea lady"....ahaks!!!! Setakat ini, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, kawan-kawan semua okay walaupun kaum Melayu merupakan kaum minority kat company ini tetapi pada aku, aku happy dan sangat enjoy berada di sini. Kawan-kawan sekerja yang berbangsa Cina pun baik dan memberikan kerjasama yang sebaiknya.
Here I Am, maybe for 5 years...In Shaa Allah
Pada April 2013 pula, keluarga kami telah menerima kehadiran orang baru. Adik lelaki aku, Uyang dah jadi suami orang. Dengan sekali lafaz je, Uyang dah jadi suami yang sah kepada Aten pada 13 April 2013.  Pada keesokan harinya, kami ke Sungkai untuk menghadiri majlis kenduri/ majlis bertandang ke rumah menantu baru mak n abah aku. Majlis terima menantu di side kami pula pada minggu selepas itu iaitu 20 April 2013. Malam tu kami sambut 4 majlis serentak iaitu birthday anak buah aku yang ke 4, Muhammad Danish Zafran(17 April), dengan sepupu aku, Nina yang ke 19 (22 April), pastu ulangtahun perkahwinan emak abah yang ke 32 tahun(21 April) juga meraikan pengantin baru. Syukur Alhamdulillah...berkembanglah keluarga kami dengan bahagianya.
Detik Dap!Dip!Dup!
Antara keluarga yang hadir ke kenduri di sebelah pihak perempuan

Minggu seterusnya, adik-adik aku, Unyah, Daud, Danish, Zafran, Uyang, Aten, Ucik dan Adek turun KL. Wah!!!!Such a wonderful day...Kali ini Unyah sponsor plak. Mekasih Unyah. Makanya walaupun xlama tapi kami bergumbiralah....dengan sesat nak p hotel bagai...hahaha...Kat bawah aku kongsikan antara gambar kami bersukaria kat KL
Aku, Ucik dengan Adeq
Hero Nombor 2 - Zafran
Mama dan Daddy sibuk nak bergambar sedangkan anak2 mengamuk
Hero No. 1 - Danish
Pengantin Baru - Uyang & Aten
Adeq Bucuk
Semestinya aku dengan Cik Mon
Ucik
 Bulan seterusnya, aku berjaya menunaikan salah satu impianku juga iaitu untuk memiliki peti ais dan mesin basuh. Makanya pada 15 Mei 2013, rumah sewaku sudah ada peti ais dan mesin basuh....yeee~~~haaa~~~
Peti Ais baru aku
Mesin Basuh baru aku
 Sebelum tu plak, aku, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, buat kali keduanya menunaikan tanggungjawab aku dengan membuang undi. Kali ini aku pergi dengan Unyah dan Uyang.
Orang pertama kali mengundi
Kami dah Dua kali...
 Dan bila esok, aku balik kampung....wo0ot!w0ot!tiket ETS sudah kubeli dari awal lagi....
tak sabar nak jumpa emak...
tak sabar nak jumpa abah...
tak sabar nak jumpa unyah...
tak sabar nak jumpa uyang...
tak sabar nak jumpa ucik...
tak sabar nak jumpa adeq...
tak sabar nak jumpa daud..
tak sabar nak jumpa aten..
tak sabar nak jumpa abang...
tak sabar nak jumpa adek...

Jadi...mungkin ada citer-citer menarik untuk aku kongsikan nanti...In Shaa Allah....

Da....