Monday, February 28, 2011

Sepotong SMS di pagi yang damai

Pagi tadi, ketika aku tengah drive sambil layan radio Hot FM untuk menuju ke opis aku...Tiba-tiba...
"tweet!tweet!tweet!tweet!SMS..."
Aku pun buka la SMS tu, dari Adik aku, Unyah rupanya...apahal plak dia duk SMS pepagi ni?
Hah!Biar betul?!Apa yang berlaku sbnrnya ni? Teruk ke dia? Ya Allah...selamatkanlah adik aku tu...walaupun selalu gaduh, tapi, aku sayang kat adik2 aku...depala nyawa n harta yang paling berharga yang aku ada. Tapi...kalau dia teruk, cedera ke, apa ke, takkan dia leh SMS aku?
Dengan perasaan gelabahnye, aku pun call dia...ala....nangis la plak dia ni.....aduh!!!jangan la nangis....
Dia takut rupanya...ada minah rempit ni duk sondol kete dia dari belakang. 
Yang aku nak minat rempit ni tahu →
Dah ko tahu Penang Bridge tu jem pepagi, yg p merempit pe hal? Kan dah tak pasal2 ko terbang cam superman....kalau nyawa ko yang terbang melayang camna? Sapa yang nak dipersalahkan? Dah sah2 la family ko duk kata adik aku yang salah. Punya la sengal adik aku p bagi duit kat ko! Marah sungguh aku kat ko tau x? Kalau kete yg ko sondol tu kete aku, jgn harap la aku nak bagi sesen pun kat ko...dah ko yang  cari penyakit...
Sampai je opis, terus aku post kat FB adik aku .........

Fuh!!!!!!!!!lega aku bila dia pun duk reply post aku....Dan thanks a lot kat andak aku(adik abah aku), bapa kepada sepupu aku, Atyn
Thanks a lot...

Bila dah jadi gini, baru aku teringat kata2 aku kat cousin aku, Amal masa dia dapat offer blaja kat Kolej Komuniti Sungai Siput.
Betapa perlunya kita sedara mara, adik beradik mak bapa kita....
Kenapa Allah SWT aturkan Unyah duk kat Kulim dan kerja di Penang? sebab Dia telah tempatkan Andak di sana bila masa kita perlukan pertolongan, Andak ada.
Kenapa Allah SWT letakkan Amal kat Sg. Siput? Sebab, kalau Amal mengalami sebarang kesukaran atau kesusahan, Alang (Abah aku) kan ada, dia boleh tolong Amal..
 Kenapa Allah tempatkan Ayong (akulah tu) kat sini? Sebab, dekat dengan Uda & Mak Uda, jadi, kalau ada sebarang masalah, mereka ada untuk membantu Ayong.
Sesungguhnya, Allah SWT telah mengaturkan semuanya dengan cantik sekali. Cuma kita je yang tak sedar. Kita sendiri ego, sombong tak mau berjumpa/menghubungi pak sedara ato mak sedara atopun sepupu2 kita...Tak semestinya masa susah je kita hubungi mereka, masa senangpun sama gak...kita kan keluarga.....
Apa2pun, Allah SWT la yang akan membantu kita.

Psst...psst....aku tak kisah siapa yang tak suka kat aku sebab yang aku kisahkan ialah sapa yang sayangkan aku sebab akupun sayang orang yang menyayangi aku...

Nilai sekeping note RM5

Nilainya amat besar bagi mereka yang kurang mampu. Dengan RM5, kita boleh mendapatkan sebungkus nasi lemak ayam + teh O, kita boleh beli roti Gardenia + Kaya @ air kotak dan kita juga boleh makan tengahari hanya dengan RM5.
Tetapi, masih bernilaikan RM5 ini jika ianya terkoyak seperti gampai di atas? Malang sungguh kepada sesiapa yang mempunyai RM5 tetapi koyak...Menyakitkan hati sungguh.
Situasi ini berlaku semasa aku nak bayar duit Sardin di kaunter Speed Mart 99 di Bandar Baru Sungai Buloh. Apakah perasaan aku ketika itu? Sungguh sakit hati + marah + bengang!
Bayangkan kalau situasi ini terjadi kepada seseorang yang hanya mempunyai sekeping note RM5 di dalam poket atau dompetnya? Sungguh menyayat hati.
Kalaulah aku merupakan seorang yang berkepentingan atau pihak yang bertanggungjawab....aku akan tarik balik duit ni. Dah takde nilai...nak tukar kat bank pun depa tak mo....habis tu, camna? Nak simpan je buat kenangan? Oh!Tak mungkin!
Aku ambil inisiatif di mana aku cantumkan semula duit tu. Hasilnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 Agak-agaknya, laku lagi tak duit ni kalau p beli pe2 barang kat kedai....
Erm....bukan aku je yang bersungut, ramai lagi yang bersungut tahap kualiti duit RM5 versi baru ni..Banyak forum yang membincangkan isu ini tapi masih tiada tindakan susulan yang diambil...Apa orang - orang besar ni takde surf internet ke? Tak baca paper atau apa sahaja medium yang menghubungkan pengguna dengan mereka? Harap agar isu ini tidak berlanjutan. Bukan sedikit yang menggunakan RM5 ni....ramai......
Cakap lebih2 pun takde guna...bukan ada orang yang jenguk blog aku ni pun....sekadar luahan hati aku je....
Adios!!!!!!!

Friday, February 25, 2011

Berita Harian Online | Saham lelaki berusia

Berita Harian Online | Saham lelaki berusia

LELAKI muda perlu bersaing dengan lelaki lebih berusia untuk 'menawan' hati wanita. - Gambar hiasan
LELAKI muda perlu bersaing dengan lelaki lebih berusia untuk 'menawan' hati wanita. - Gambar hiasan
Lelaki tua lebih menjadi pilihan wanita muda

SENARIO wanita muda memilih lelaki berusia sebagai pasangan kini seakan menjadi trend. Andaiannya, mungkin mereka ingin mencari jalan pintas dan mudah untuk menikmati kesenangan, kemewahan, meningkatkan status daripada lelaki lebih matang serta berpangkat yang memiliki segala galanya dalam kehidupan.
Perbezaan usia tidak menjadi hal, walaupun ada antaranya layak dipanggil bapa atau datuk. Semua itu diketepikan! Yang penting tidak perlu bersusah payah untuk berusaha keras mendapatkan semua itu, khususnya jika tidak mempunyai sebarang kelulusan tinggi.
Wanita muda menjadikan aset berwajah cantik, seksi dan manja untuk ‘memancing’ lelaki tua yang sedia menerima cintanya. Bagi lelaki tua pula, ini pula bagaikan ‘pucuk dicita ulam mendatang’. Kalau dah wanita muda yang berperwatakan sebegitu hadir menyerah dalam hidupnya sudah pasti tidak ditolak. Padah yang bakal dihadapi wanita muda bersuamikan lelaki tua atau menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, sebaik saja berkahwin kemudian tidak diambil kira.

Namun, ada juga wanita muda ini tidak bercadang menjadikan lelaki berusia itu sebagai pasangan hidupnya, tetapi sekadar sebagai ‘sugar daddy’, ‘perempuan simpanan’ atau ‘kekasih gelap’ yang dapat membiayai kehidupannya untuk hidup mewah. Begitu juga dengan lelaki tua ini, tidak semua yang mahu memperisterikannya, cuma ingin mencari ‘hiburan’. Tidak dinafikan, bukan saja orang biasa tetapi kaya, ahli politik, pegawai berpangkat tinggi, ahli perniagaan sering kali menjadi sasaran utama wanita muda.

Justeru, dek rupa paras yang lebih menawan dan bijak, ia memberikan satu kelebihan kepada wanita muda mencari lelaki yang ‘berstatus’ bagi memenuhi keinginan material.

Ahli perniagaan juga seorang ibu, Jenni Aznah-Lander, 40-an, ketika diajukan senario itu, beliau tegas menafikan tidak semua wanita muda begitu, sebaliknya ia terpulang kepada matlamat seseorang itu.
Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatiannya, senario itu agak membimbangkan terutama di bandar besar ada wanita muda menggunakan kelebihan mereka yang cantik, bergaya dan seksi untuk ‘memancing’ lelaki tua yang kebanyakan sudah beristeri yang antaranya sudah melebihi 30 tahun usia perkahwinan mereka.

“Oleh itu, tidak mustahil, banyak perceraian berlaku membabitkan pasangan tua ataupun warga emas bahana kewujudan orang ketiga yang terdiri wanita muda itu. Senario sebegini secara tidak langsung memberikan impak besar kepada lelaki muda kerana terpaksa bersaing dengan lelaki yang lebih tua. Jika dibandingkan dari segi kewangan dan karier, lelaki muda memang jauh ketinggalan,” katanya menerusi e-mel, baru-baru ini.

Jenni berkata, ada banyak sebab mengapa wanita muda lebih tertarik kepada lelaki tua, selain daripada dapat menikmati kekayaan, mereka juga mempunyai sifat romantis, bertolak ansur, tenang, suka mengalah, bergaya dan kehidupan lebih teratur berbanding lelaki muda.

Sementara itu, Pengurus Senior Penjualan Teknologi, Iqbal, Abdul Wahab, 47, berkata tidak dinafikan wanita muda memerlukan kewangan sebagai aset terutama yang hidup di kawasan bandar. Gaya hidup yang tinggi selain semuanya mahal dan harga meningkat, mereka memerlukan seseorang yang memahami apa yang dimahukan dan mampu menjaganya.

“Bagi lelaki yang sudah berumah tangga yang mempunyai kenalan di luar mungkin ia adalah ‘trofi’ mengenali wanita muda. Tetapi, mungkin hanya atas dasar kerja. Tidak dinafikan juga yang mempunyai hubungan itu atas beberapa sebab, antaranya sudah bosan dengan isteri dan tidak lagi menjaga penampilan untuk suami.

“Isteri yang kurang mengambil hal ehwal suami kerana terlalu sibuk dengan kerja harian atau di pejabat serta mengurus anak dan cucu hingga lupa suaminya juga memerlukan belaian kasih sayang,” katanya.

Namun ia bergantung kepada setiap individu untuk memilih pasangan hidup masing-masing. Dalam apa juga keadaan, masing-masing mempunyai alasan tersendiri untuk mencari pasangan. Baik si lelaki tua mahupun wanita muda. Tepuk dada tanya selera.

Komen rambang.

Pelajar Pengurusan Hotel dan Perniagaan, Amy Mimie - “Kebanyakan mereka lebih matang, understanding dan loving,”.

Pegawai Perhubungan Awam: Ikaika Zaa - “Mereka akan memastikan wanita muda berasa selamat dan mempunyai kedudukan kewangan yang stabil. Malah mereka lebih matang, memahami dan bijak mengawal perasaan”.

Pelajar Universiti, Dyna Latib - “Lelaki tua pandai melayan kerenah, stabil dari segi kewangan, pandai memujuk dan tidak cepat naik angin,”.

Pegawai bank, Farah Diba Yusoff - “Matang, easy calm, romantic, rasional, give and take, ada karier, caring, manja, penyayang and more experience. The leader, I just love to be with them in term of stability and comfortability.

Jurutera, Chieha Salihah Hashim - “Mereka lebih cool. Lelaki muda sangat menggelabah. Semua benda nak marah langsung tak fikir panjang. Saya pernah bercinta dengan lelaki muda dan sekarang berumur 37. Anda boleh lihat banyak perbezaan antara lelaki muda dan tua. Sebagai wanita, kadang kala bercakap, berfikir atau membuat keputusan tidak menggunakan akal fikiran sebaliknya ikut perasaan. Jika pasangan kita pun sama cara berfikir ia boleh menimbulkan perselisihan sehingga adanya kes pukul, dera dan sebagainya. Tidak seperti lelaki berusia, mereka lebih romantik dan tak menggelabah. Trust me!



####################################################################################

Pendapat Aku..... 

Memula aku dengar topik ni masa aku tengah drive nak p opis pagi tadi melalui radio Hot FM.
Dari mula aku dengar topik ni, aku dah berkenan. Aku tertanya2 pd diri sendiri. Apa pdpt aku dgn artikel ini? Apa rs hati aku mengenai topik ini?Secara jujr aku mengakui bahawa kenyataan ini ada juga benarnya.

Secara peribadi, setelah apa yang aku alami(kekecewaan, kesakitan etc), aku lebih prefer kpd lelaki yg lebih tua dr aku...Aku makin hilang kepercayaan terhadap lelaki yang muda ataupun sebaya dengan aku. Aku tak yakin dengan mereka. Adakah mereka juga yakin terhadap diri mereka sendiri? Pada aku, lelaki yang lebih berusia ini lebih matang dan banyak pengalaman hidup. Mereka lebih menghargai pasangan mereka.

Aku pernah membuat statement kepada makcik aku yang sibuk2 nak cari pasangan hidup utk aku...aku katakan padanya bahawa aku sanggup jika jodoh aku itu seorang duda yang kematian isteri. Kenapa? Kerana pada aku, mereka seorang yang jujur dan ikhlas di dalam perhubungan. Mereka lebih mempunyai matlamat. Dan yang lebih penting, bukan duda yang bercerai hidup dengan isterinya sebab kalau cerai hidup ni pasti ada yang tidak kena.....

Memang benar, ada segelintir perempuan/wanita/gadis memilih lelaki yang lebih berusia sebagai short-cut untuk hidup senang, hidup mewah. Tetapi, bukan aku...Apalah erti kemewahan andai hati tak senang, diri tak bahagia?

Apapun, tepuk dada, tanya selera....Tak suma lelaki muda dan yang sebaya tak bagus...ada juga yang bagusnya...andai diberi pilihan, memang aku inginkan lelaki yang lebih berusia untuk menjadi pasangan hidup aku, namun, aku redha dan pasrah andai Allah SWT telah menetapkan sesiapa jua pasangan hidup aku. Cuma aku impikan kebahagiaan dan kegembiraan di dalam kehidupan aku.

Thursday, February 24, 2011

Aku Tak suka

Bulan lepas, aku ada plan dengan bebudak opis aku utk men badminton. Motifnya - untuk mengurangkan lemak2 yang dah park kat dlm badan aku ni...depa pun ON je la...awalnya nak men pd awal Feb tapi depa takde raket la plak jd kena tgu depa p beli raket...akupun dah semangat dah...tarikhpun dah ditetapkan....dah set nak p men pada sabtu ni (26 Feb 2011). Pada awalnya aku memang teruja sbb aku yang duk plan semua ni, tapi bila aku terbaca je post FB oleh salah sorg bebudak opis ni, aku pun jadi "terkujat". Rasa cam nak cr alasan utk tak mo p...nak tau sbb pe? Sbb dia p ajak plak minah2 ex-ofismate aku yg aku tak brapa berkenan ni join sama...aduhai....bikin gue stress aja!!!
Aku dah syok2 nk p alih2 jd tak syok sbb benda ni...apa alasan yg aku nak cipta utk tak p men badminton dgn minah 2 org ni ye...
Akupun manusia biasa...punya hati dn perasaan dan adalah menjadi HAK aku tidak menyukai sesiapa dan sesiapa juga punya HAK untuk tidak menyukai aku...ada aku kisah? Kat sini aku sertakan sekali post yg bdk opis aku ni letak kat FB dia...
Aku tak suka!!!!!!!!
Camna ye....apa alasan yg aku nak bagi lusa ni?
- kucing aku nak bersalin?
- Ayam aku masuk wad?
- Itik aku eksiden?
- Raket aku senggugut?
- Kasut sport aku dah lari dari umah?
Aduhai.....payah gini....camna la aku nak enjoy klu org yg aku menyampah ada sama?
Sigh!!!!~~~~~~

Sunday, February 20, 2011

Weekend Aku Yang best

Sabtu 19 Februari 2011

Part I: Aku dan Cousin2 Aku
(11.30am - 2.30pm)

Tgh duk bz melayan customer yg ramai dtg ke gerai nasi lemak Mak Uda, dtg sorg mamat ni...eh!eh!mcm aku knl je....rupanya makcik, pakcik n sepupu aku mai dr Wangsa Maju.....tak dpt nk layan sgt sbb customer tgh ramai....
Cousin aku, yang kami panggil Apik ni ajak p The Store, nak p cr neck tie dia....aku p dn cousin yg lg sorg ni, Nina....
Konon2 nk cr tie utk Apik, tp ke lain plak kami p...mula2 p tgkt atas skli...men game....dgn 1/2 jam kat situ, kami nak cr escalator utk turun beli tie, alih2, lalu dgn pusat karaoke apa tah namanya...apa lagi...melencong ke situ la kami bertiga.....
Mula2 sejam je...bila dh nk hbs sjam....tmbh lg....hahahaha...tgh syok2 nyanyi, makcik2 kat umah sibuk duk col, suh blk....ala...nk blk mendenya....tak cukup ms lagi.....rugi klu kuar awal....dh byr....
dlm hati aku...siap la pas ni...mesti aku yg kena bambu nih.....Mak Uda siap sound lg dalam tepon....
"Kak Yong...yang kamu duk ikut ckp adik2 tu apsal?Kamu tu kakak...paling tua depa tu....aduh!!!!!!!Cam budak2 juga dia nih...."
Aku balas la...
"Ala Mak Uda ni...bukan slalu pun....sekali sekala...hehehe"
Pas tu, hati mula tak sedap...alahai..lambat plak nak habis masa nih....
Tie x p cari lagi ni .....hahahaha.....Setel nyanyi, setel cr tie...(tak pasai2 aku n Nina jd perunding imej...besar hati la juga sbb jadi perunding imej cousin sdri....hehehe)
Sampai je umah....makan tengahari sudah terhidang....depa tgh duk makan....pergh!!!Langkah kanan beb...aku dgn muka tak malunye terus ambik pinggan kat dapur..(wpun bukan umah sdri tp umah Mak Uda n Uda aku, tp aku dh tak malu dh dgn depa ni...dh mcm umah aku juga)...
Dapat kena perli sedas
  "Hai.....Ingatkan dah kenyang berkaraoke td...."
Hehehe...
"Mana da kenyang...lapo ni...hahahah "

Entry aku belum habs lagi nih....scroll lagi ke bawah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 
Part II: Aku dgn bebudak bawah umur & 1stime dalam hidup aku .....
(4.00pm - 7.00pm)

Hari ni memang tak rest lgsung, biasa lps habis tolong Mak Uda niaga, aku blk umah terus tidur, tp tidak untuk hr ini....Mana taknye, pas je niaga, p The Store, men game n karoke, balik umah Mak Uda terus makan pastu rehat2 n sembang2 jap dgn Makcik (Kakak Abah Aku), then balik umah aku mandi2, solat n terus bersiap p men futsal.....penat gila...
Nak p futsal punya pasal, aku terpaksa jd drebar kpd 5 org budk di bawah umur...hahahha...tak kisahla...sekali sekala terasa cam budak2 nak amik SPM....hehehe...
Buat julung2 kalinya selama hampir 29 thn (alamak!!!!dh nak masuk 29 thn rupanya aku ni....) aku menjejakkan kami ke gelanggang futsal dan bermain futsal walaupun dengan bebudak skolah.....bila dh lama tak bersenam dan melakukan pergerakan lasak seperti berlari dan menendang bola, stamina akupun tak kuah...mengah aku dibuatnya....agak2nya kalau tiap2 mgu aku men futsal...leh kurus tak?hehehehe....Mentang2 aku cam gula2 kapas, gebu dan manis, depa suh aku jaga gol....lbh kurang 10 biji bola masuk ke gol aku...hahahaha....amek kau.....tapi kami main bukan utk berlawan, hanya sekadar suka2 n enjoy....
Walaupun aku penat, tapi aku happy n enjoy sangat2....harap2 dapat men lagi dengan depa....cousin aku pun duk ajak gak aku join depa lagi....hehehe...ok deh....kalau takde aral, pe salahnya....tapi kenalah aku jd drebar depa.....
Aduhai.....

Friday, February 18, 2011

(RAMFC): Sutera Bidadari ‘Akhirnya Kita Menemui Jalan Pulang’ – Sebuah Prapapar Khas dari Ramlee Awang Murshid

(RAMFC): Sutera Bidadari ‘Akhirnya Kita Menemui Jalan Pulang’ – Sebuah Prapapar Khas dari Ramlee Awang Murshid

Tak sabar2 nak tunggu kelahiran novel ni....untuk ketiga-tiga novel yang sebelum ni memang dah ada di dalam simpanan.....akan kumilikinya sejurus selepas ianya diterbitkan...rindu sangat pada Laksamana Sunan/Saifudin....

Layan Lagu nih......


kenapa aku suka lagu2 dari Indon?Aku layan lagu2 dari Indon? Sebab lagu2nya best, irama, melodi dan iramanya sungguh syok....
Lagu ni, kalau orang yang baru pas frust menonggeng duk dengar, maunya menangis melolong2...mendengu2....nyarisla masa aku frust dulu, aku x dengar lagu ni,kalau tak...maunya.....oh!tidak.....
Nothing important pun lagu ni....just nak share je....

Thursday, February 17, 2011

Tetamu dari jauh....

Aku ada tetamu dari luar negara? Sapa lah yang sudi nak jengok blog aku yang syok sendiri ni....?Aku tak caya....tetamu dari mana? Hong Kong? Singapore? Biar betul?!! Kalau Hong Kong tu, I really no idea...tapi kalau Singapore tu, aku memang ada sorg kawan la blajaq kt sana...Memang aku tahu yang dia duk baca blog aku ni
Selamat datang ke blog Ayong wahai encik Apit...thanks a lot sebab sudi membuang masa untuk membaca entry2 ayong ni...Agak2nya Apit ada mai lagi x kat blog ayong?
Hai Apit....

Nampakkan?Aku tak tipu...orang Hong Kong singgah dan jenguk blog aku....agaknya dia tersesat kot...reti ke dia nak baca blog aku ni?
Sebenarnya aku tak kisah sapa nak jenguk blog aku pun sebab aku ni boleh dikatakan baby lagi la dlm dunia blog ni....lama2 jd syok plak....duk wat entri itu dan ini...takde sapa yang nak baca pun takpe....tu sbb follower aku hanya 3 org je...hahaha...agaknya bila lah nak bertambah ye..... :-) 

Suka, Gembira, Happy, Teruja .....tapi.......

Tiap kali tengok drama bersiri Trilogi Cinta di TV1 dan menatap wajah Fauziah Gous aku pasti akan teringat pada ex-roommate aku masa kat UUM dulu...masa kat Blok C, Blok D dan Blok E....Aku tak ingat la aku dengan Adie duk sebilik sampai sem berapa tapi yang Pasti, mula je sem 2 sampai la sem akhir, May sentiasa duk sebilik dengan aku....sepangjang tempoh tu juga la kami sering bergaduh....tapi, sayang...tetap sayang...
Siti Hadijah a.k.a Adie

Adie....Gambar May xdak dalam simpanan soft copy, yg hardcopy kena amik kat kg la plak.....

Pagi tadi, sampai je opis, aku terus check FB...ternampak update dari Adie...perasaan rindu kat depa ni semakin membuak2...lantas aku p tepon dia...Alhamdulilah...dia masih menggunakan nombor yang lama...agak lama jugalah kami berborak....kesian dia...dah bertahun kawen tapi masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata...
"Ayong, call ni ada pe2 ke....nak jemput Adie ke...."
"Takde maknanya....BF pun xdak lg ni...Adie plak camna? Dah ada pe2 ke? Baby?"
"Erm....Belum ada rezeki lagi Yong...Ayong ada petua ke...Ubat ke...?"
"Uish!!!Merepek je Adie ni. Ayong ni BF pun xde lagi, ni kan pula Adie nak Tya petua itu....Usaha Tangga Kejayaan La Adie....heheheh"
Itulah antara dialog perbualan aku dengan Adie....sembang punya sembang tak sedar dah terlanjur masa....Aku pun mengundurkan diri setelah memberikan nombor telefon baru aku....
Pas siap bersembang dengan Adia, aku kalih ke May pulak....Akupun cuba mendail nombor May....Alhamdulilah...dia menjawab panggilan aku....Suaranya tak berubah langsung...
Bila aku memperkenalkan diri aku, ucapan pertama yang keluar dari mulutnya
"Subhanallah"
Betapa terkejutnya dia aku cal....dia sambung lagi
"Ayong nak tau x, bebaru ni masa dalam bas, May ada nampak sorg pompuan ni, Sebijik cam ayong, gaya dia, muka dia, guna spek dan tgh duk baca novel, Ayong kan suka baca novel...Alih2 pagi ni Ayong call May..."
Betapa syahdunya kata2 dia pada aku....Aku sayangkan Adie, Aku Sayangkan May...Aku rindu Kalian...selesai berborak....aku terpaksa minta talian diputuskan....nanti2 sembang le lagi....
Nak wat keje, aku tak banyak keje nak buat, dah boring tahap cipan...almaklumlah...awal2 tahun gini...projek tak masyuk banyak....
Elok aku tengah nak update status kat FB, Opismate Aku Si Lenny ni mai kat aku....gabra je rupanya....
"Kak Hanim, mlm td saya mimpi, akak nak resign ujung bulan ni, alih2 Syukor yg nak resign"
Hah!!!Apa???!!!Syukor nak resign? Biar betul?
Memang betullah...Tini, isteri dia yang kerje sebagai penolong pegawai farmasi kat Hospital Sungai Buloh dapat transfer ke Kedah...kembali ke kampung halaman...Bila dia kena lapor diri? Ujung bulan ni....maknanya...minggu depan je la Syukor last keje sini?Huhuhuhuhu.....Sedihnya aku, sebak aku dibuatnya...payah lah aku nak wat keje gini...dia banyak dah tolong aku, aku bukannya reti sangat bab2 ICT ni...serverla...bakbone la...macam2....sedih sungguh aku....
Sapa nak bagi kami coklat dari Langkawi lg...?
Sapa nak supply ubat sapu untuk aku lagi...?
Sapa nak explain kat aku kalau aku tak faham...?
Sapa nak......Sapa nak....Sapa nak...?
Camna nak jumpa si comel Rania...?
Tapi, duk keje sini pun bukannya ada masa depan, kenaikan gaji pun payah nak ada, bonus apatah lagi la...almaklumlah...company 100% Bumiputera...tak sebesar dan segah mana pun....
Takpelah Syukor....kau pergilah dik...bina kehidupan baru bersama keluarga di sana..akak doakan semoga kau berbahagia dan mendapat kerja yang lagi mantap di sana...Tapi...Jangan kau lupakan kami di sini ye Syukor.....
Ni dia Syukor yang aku duk sebut2 tu, dengan puterinya, Rania...

Ni plak Tini, Isteri Syukor....orang yang selalu supply krim kat aku...dah 2x dia supply....pasni takdak sapa nak supply dah


Sob......Sob.....Sob.......
Isk.....Isk.......Isk......
Menangisi pemergian/penghijrahan Mohd Syukor Bin Mansor bersama isterinya, Rostini Binti Ali juga anaknya, Rania Saffiah....Akak akan merindui kalian semua nanti....
Aku? Aku tinggal dengan Faisal je la team Teknikal...adakah aku juga harus mencari kerja lain sebelum terus dibebani kerja2 tanpa ada yang membantu? 

Aku Sayang Mereka....Aku Rindu Mereka

Danish, Abah & Zafran
Adeq,Zafran & Danish..


Ha....ni dia antara wajah2 kesayangan aku...Aku sangat merindui mereka...Aku teramat rindukan AdeQ, Danish, Zafran, Abah, Unyah, Uyang, Mak dgn Ucik....Aku rindu mereka sesangat....tak tau bagaimana nak dirungkai dengan kata2...
Kehadiran mereka telah mewarnai dan menceriakan serta membahagiakan hidup aku...Tanpa mereka, aku pun tak tahu apa yang akan terjadi.... Aku nak mereka tahu bahawa aku teramat merindui dan menyayangi mereka...
당신이 그리워요, 당신 모두 사랑하는 모든

Wednesday, February 16, 2011

Suka Duka Seorang Budak Pompuan, Anak Gadis, Anak Dara, Wanita, Ibu

Syok aku dengar Ustaz Kazim ni berceloteh tentang kehidupan orang perempuan...Dialog yang menyakitkan hati ...tapi aku nak share kat sini.....
Masa tengah single mingle - " Bila nak ada boyfren ni...?"
Bila dah ada boyfriend - " Bila nak kawen..?"
Bila dah kawen - " Bila nak ada anak..?"
Bila dah ada anak - " Bila nak terima menantu...?"
Bila dah bermenantu -" Bila nak ada cucu...?"
Bila dah ada cucu - "Bila nak bercicit plak ni..?"
Aduh!!penat gak la nak menjawabnya....
Susah ke senang jadi pompuan ni? Ada yang x suka jd pompuan sebab pada mereka, orang pompuan banyak bebanan tp tdk bg aku....Aku suka,aku bangga menjadi seorang WANITA,PEREMPUAN,ANAK DARA...sebab apa....sebab, aku adalah aku...aku tak perlu jadi sapa2...
Agak2nya la...sampai bila dialog itu akan berterusan?
Aku juga pernah mengalami nasib yang sama...dialog yg slalu aku kena ialah dialog yang pertama tu....aduh!!!penat n lenguh aku nak menjawabnya...
"Makcik, kalau nak beli ikan kat pasar pun, kena pilih ikan yang segar, elok dan tak busukkan...ni kan pulak nak pilih orang yang jadi teman hidup kita...payah woooo!!!kalau la senang, semudah A,B,C malam ni juga saya akan kawen makcik oi....nak nak plak dah pernah terbeli ikan busuk dan beracun sebelum ni, sudah pastilah saya serik dan perlu berhati supaya tak keracunan lagi"
Tapi tu lah kan, dah jadi lumrah kehidupan, soalan/pertanyaan yang sama pasti akan berulang sampai aku lah kawen dan aku harus akui hakikat ini walaupun pahit untuk aku telan....aku redha...
Aku pernah terbaca bahawa setiap insan dimuka bumi ini telah ditetapkan jodoh masing2, cuma cepat atau lambat sahaja...walaubagaimanapun, jika jodohnya itu telah "pergi" dulu, maka ianya akan ketemu jua "disana"...dia akan menanti kita "di sana"..
Bukan senang jadi perempuan dan bukan susah jadi perempuan...


 Psstt...psstt...doakanlah agar aku bertemu jodoh yang menyayangi aku dan keluarga aku, menghormati aku dan keluargaku, menyintai aku dan keluargaku, menerima aku dan keluargaku seadanya, boleh membimbing dan memimpin aku ke jalan yang benar...Amin...

Disleksia...bikin aku stress!!!!

Aku memang stress!!!!Stress sesangat!!!!Stress yang amat sangat!!!!!Xtau nak kata/explain/describe camna lagi tahap kestressan aku ni...
Asal tiba je kelas hari Isnin dan Rabu...aku mula jd tension+stress....semua gara2 kelas tuisyen yang aku ajar di Mawar .Aku dapat sorg "anak" yang mengidap penyakit disleksia.
Penyakit ni sebenarnya merupakan penyakit dimana budak itu lembab...payah nak diajar dan payah untuk dia fahami apa yg dia pelajari...Tapi depa ni bukan golongan sindrom down. Mana tak nya aku hangin satu badan...aku ni mana la ada basic ngajar budak2 yang berkeperluan khas gini, tiba2 kena ngajar plak...aduh!!tekanan aku dibuatnya...mula2 memang okay....tapi lama kelamaan.....boleh wat darah tinggi je....
Bukan aku tak kesian...aku kesian dengan budak ni....masalahnya, nape dr thn lepas aku asyik dpt bdk2 yg gini je? Yang aku xtahan, pengetua tu leh kata:-
"awaklah cikgu yang paling tabah yang saya pernah ada"
aduh!!!!Ayat xleh blah...lembut hati aku dibuatnya....
Masa dinner hujung tahun lepas, dia kata tak mau ambil bebudak yang bermasalah gini...tapi, nape dia ambik gak tahun ni? jawapan dia teramat mudah
" saya tak sampai hati nak tolak permintaan parents"
dan yang jd mangsanya sapa? aku juga...huhuhu....
Hari ini kelas intensif matematik...aku dah siap bawa rotan yang aku ambil dr umah sewa aku....mula2 dulu, blh la nak main2...tp, lelama,aku dah makin nak hangin je dgn bdak ni....Tahun lepas, student aku yang bermasalah ni namanya Mohd Aidil Iskandar Bin Azumi, sekolah tahun 2 masa tu...tahun ni dia takde ambil tuisyen kat situ. Ingatkan hilang dah beban, rupa2nya, mai lagi 1 bala...datang plak Muhammad Farlique Adam...tahun 3....penat fikiran aku....takkan aku kena wat research plak?erm......
Kekadang aku terfikir juga,....apa yang menyebabkan Adam leh jadi gini...Ayah keje engineer, mak plak lawyer....bukan calang2 org tuh...tapi anak.....alahai....hasil dr pbacaan aku, salah satu faktornya kurangnya pendidikan dan amalan agama dalam institusi kekeluargaan. Aku pernah nampak mak dia mai jemput dia, pakai maxi singkat je...(baju tidur) dengan rambut berkarat...pergh!!!
Encik Pengetua kat tempat aku ngajar tuisyen ni..pernah cakap kat seorang cikgu lelaki yang ngajar kat situ:-
"Awak, kalau nak cari perempuan utk dijadikan isteri dan ibu kepada anak2 awak, biarlah dia merah di bibir dan bukannya merah di kuku ataupun di rambut".
Apa maksudnya tu? pepandailah fikir ye...
Pastu, aku pernah la tanya dekat adam ni, antara mama dan papa, sapa yang suka marah2/garang? dia kata mak dia....aku tya lagi....biasa mama marah cmna?pukul ke? dia jawab, pukul ada, marah mulut pun ada,,....kata/cakap macam2...aku tanya lagi....cakap mcm2 tu, mcmana....betapa terkejutnya aku bila dia kata mama dia kalau marah dia suka cakap a*j**g,b**i,b*d*h  dan yang seerti dengannya....MasyaAllah...betapa tegarnya seorang ibu yang melahirkan Adam mengeluarkan kata2 begitu....Mungkin dia dah hilang sabar kot sebab dikurniakan anak seperti Adam...Secara jujurnya, aku sendiri dah hilang sabar dengan Adam, tapi bila memikirkan tanggungjawab dan hasil yang aku perolehi, aku redha...mungkin ini cabaran untuk aku...juga peringatan untuk aku....Matlamat aku cuma satu dalam usaha untuk mendidik  Adam ni...aku akan pastikan, dia boleh membaca dengan lancar bila habis saja sesi persekolahan 2011 ni...Doakan aku.......

psssttt...pssstttt....Selisih Malaikat 44...aku berdoa agar aku tidak dikurniakan anak sebegini rupa...Ya Allah...makbulkanlah doa ku ini...Amin....

Salam Maulidur Rasul Vs. Valentine Day

Salam Maulidur Rasul buat semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Actually, aku ni dah ketinggalan/terlewat untuk wish kan ucapan ini kepada semua...12 Rabiulawal 1432 Hijrah jatuh pada 15 February 2011 Masihi iaitu bersamaan dengan hari Selasa. 
Sehari sebelum tu adalah Hari Valentine....Akupun tak teringat langsung Valentine ni...tak alert pun tarikh 14 Februari...Bukannya apa, selain dari tak berminat dan takde someone special(guy) adalah tidak elok untuk kita sebagai umat Islam meraikannya. Seolah-oleh kita memperingati paderi depa plak...apa ke hal nya....haaaaa.....Pada aku, kalau nak memperingati orang yang tersayang, xpayah la duk tgu Valentine day ni...tiap2 hari kita leh sambut....Orang tersayang?Sapa orang tersayang dalam hidup aku? Ahhhaa....orang tersayang dalam hidup aku sudah semestilah watak2 di dalam blog aku ni....iaitu Mak, Abah, Unyah, Uyang, Ucik, Adeq, Danish, Zafran, Daud, kekawan opis, kekawan di mana sahaja, sepupu sepapat aku, kmak2 sedara, pak2 sedara dan mereka yang sayang kat aku...
Entri kali ni bukan nak story mory tentang Valentine Day...Say No To Valentine Day



Entri kali ni aku nak citer tentang aktiviti aku semasa cuti sempena Maulidur Rasul....Aku dengan housemate aku yang lagi 4 orang tu (Kak Cik, Kak Mar, Liza dan Ida) buat keje bodoh p
+ gila...Nape aku kata gitu? Sebabnya, kami terpaksa bersusah payah membawa turun majalah2 lama dan suratkhabar lama dari umah kami di Tingkat 4 ke parking lot bawah blok tu...semata-mata nak anta p jual...Sebelum kami memulakan operasi, aku dgn Liza duk pulun la timbang dulu semua majalah n paper lama tu, kira punya kira, bolehla kami dapat dlm RM50...lepaslah nak wat makan2 seisi rumah ni...hehehe...
Kami pun p la ke tempat jual tu, menaiki 2 buah kete Viva...(kete aku dgn kete Liza)...Mula2 kes sengalnya, aku duk follow dia dengan jalan yang salah...aduh!!!dia salah masuk simpang la plak....Kak Cik n Kak Mar yang naik kete aku dh ngekek ketawa...lucu pun ada....
Bila dah sampai ke destinasi yang dituju, mamat bangla tu duk angkutla majalah dgn paper lama dari kete aku dgn kete liza untuk dibawa timbang...Alih2 kami just dapat RM30 je....hahahaha....punya la tak berbaloi....kelakar+lucu+sengal betul la hari ini....
Kemudian kami terus ke The Store Sungai Buloh, untuk apa? Ha....kami berlima p shopping untuk masak2 ptg ni...aku masak apa?Aku dengan rela hatinya nak masak ayam masak halia dengan kailan ikan masin, Kak Cik? Dia masak tom yam ayam dengan sambal belacan special, Liza/Ida masak ikan siakap kukus....pergh!!!!sedap gila...best tak terkata....(rugi plak aku tak snap 1-2 gambar masa lauk pauk dah dihidang...time tu x ingat lain dah...ingat makan je...huhuhu) 
Selesai memasak, kamipun menjamu selera...sengkak perut kami semua....kekenyangan....bila perut dah kenyang....matapun mulalah berat je....aduh!!!ngantuk la plak....masing2 masuk ke bilik masing2....meneruskan aktiviti seterusnya....hehehe...apa lagi....T.I.D.U.R.....sebelum tu, aku duk tepon adik aku, Unyah citer aktiviti aku hari ni tapi selebihnya taknak dia bosan sbb husband dia outstation p Sweden selama 3 bulan...dia leh wat statement apa tau dak:
"wei.....kiranya hari ni hari korang menambahkan lemak di badan la ye....mana janji2mu Ayong?"...
"Hahahahaha....janji Ayong....ada....masih ku ingat....tak lupa punya....hehehe"
Pas habis bersembang dan menanya khabar hero aku yang berdua tu, aku baca novel jap....ni suma gara2 drama Trilogi Cinta kat TV1 tu la...aku dah kemaruk balik baca novel2 yang telah diadaptasi ke drama bersiri tu...baru baca novel pertamanya yang bertajuk Tak Seindah Mimpi...habis yang ni, sambung edisi kedua plak... Tak Semanis Impian dan seterusnya novel yang terakhir Tiada Lagi Mimpi...Nyarislah aku ada ketiga-tiga koleksi ni dan ada bawa ke sini...kalau tak, maunya aku balik kampung p amik....hahahah....tak dan beberapa bab, aku dah lena.....Hujan lebat plak tu, kilat, petir guruh sabung menyabung....sedap tidur ni....
 
pssstt....psssttt,.....camna la azam aku nak kuruskan badan ni kalau dah pas makan terus tidur....huwaaaaa
 


 


 

Monday, February 14, 2011

Nak Jumpa Kawan2 masa kat Sintok dulu...

Yeay...Yeay.....
Nak jumpa kekawan nanti...tak sabar rasanya ni...harap2 apa yang telah dirancang akan menjadi kenyataan...InsyaAllah...
Semuanya gara2 aku duk komen post si Apit kat FB la pagi tadi....Sebenarnya aku dah lama rindu kat kawan2 aku masa kat UUM dulu....perasaan itu semakin membuak2 masa company aku wat trip ke Cherating bebaru ni. Macam2 yg aku duk rasa, teruja, suka, sebak, sedih dan sebagainya. Tapi, perbualan kami melalui FB pagi ini telah mencetuskan idea spontan untuk mengadakan reunion dengan kekawan.
Ni la antara perbualan aku dgn Apit melalui FB pagi tadi sehingga boleh mencetuskan idea untuk menganjurkan reunion
Tak payah plan lelama...spontan je...dalam beberapa minit saja...kami bahagikan tugasan, aku SMS kekawan via HP manakala Apit duk invite via FB....Aku nak lagi advance...aku create Event kat FB dan ivite semua kekawan masa belajar InTaff dan juga lectures kami.
Alhamdulilah, ada juga yang reply SMS aku...
(Thanks Radzi, Yanti, Firdaus and Hasma Hashim sebab korang balas SMS Ayong tu...)
Kekadang, kalau plan lelama, ianya akan menjadi semakin complicated maka apa yg dirancang pun tak menjadi kenyataan, wat penat je...huhuhu... 
Elok2 je dah mendapat kata sepakat, akupun terus create event kat FB...hehehe...glamour sket....heheh....
Ni la hasil/rupa event yang aku berjaya create kat FB dan berjaya menjemput kekawan dan juga lecturers....
Untuk Eddy dan Awin, thanks a lot sebab korang bagi respon via FB....teruskan bagi sokongan ye....next gathering, kita wat T-Shirt plak ye.....maybe boleh buat souvenir yang lain plak ke....banyak plan ni....hehehe...
Aku dah tanda kat table calendar aku...depa, aku tak tau la...depa tanda gak kot....aku ni short term memory jadinya kenalah tanda....hehehe...kalau tak, aku plak yg lupa...tak ke haru kalau organizer yang lupa event....Aduh Mak.......
Okaylah....aku pun xtau nak duk ngomel apa lgi ni....c ya again next time......dadadada...

psstt....psssttt..psssttt....aku kangan banget sama kalian semua...