Monday, January 31, 2011

Company Event @ Impiana Resort Cherating_28-30 January 2011

Part I
Haa......ni photo resort tempat aku mandi, tidor, makan, main dan sebagainya selama 3 hari 2 malam bebaru ni. Actually tak banyak photo kawasan persekitaran yang diambil..kami bergerak ke Cherating tepat jam 10 pagi dan sampai di Impiana Resort Cherating lebih kurang jan 2.00 petang. Masa tu hanya kete Faisal (aku, Lenny dan Liza) dan Syukor sefamily je yang sampai. Bos gerak lewat, Hairi pun sama, masing-masing ada hal...Untuk 1st day nothing happen, just check in dan beristirehat di bilik masing-masing. Tapi, yang kurengnya ialah, kete bos plak wat hal....maka, hero2 yang ada (Faisal & Syukor) la yang p tengok dan tolong.
Ada ke patut staf kat Impiana tu bagi bilik aku kat hujung dunia nun.....dah la kami ni anak2 dara pingitan semuanya.....bilik aku, Lenny dan Liza 205, pastu si bujang teruna Faisal dan Faiz 208, Syukor, isteri dan anak dia, Si Comel Rania duk bilik 214, selang beberapa bilik, 222 & 223 Kak Jah sekeluarga termasuk Ayu dan berjiran dengan depa si Hairi sekeluarga kat 225.
So far memang best la percutian ni....al maklumlah....FOC....Cuma share duit tol dan minyak je......

Part II
Lepas solat Subuh tak tidur dah....terus p pantai nak realisasikan impian roommate/officemate aku yang sorang ni, Liza untuk melihat matahari terbit. Almaklumlah...Cik Abang Sayang dia (Abang Syafri) yang btau kalau nak tgk matahari terbit, eloklah sebab kami dah kat Pantai Timur dah pun.....Tunggu punyala lama, sampai lebih kurang 2 jam baru la muncul mataharinya.....sangat indah.....cantik sungguh ciptaan yang Esa ini....terasa syahdu pun ada...alangkah indahnya jika dapat melihatnya bersama-sama kekasih halah....hehehe....berangan.....
Liza tak mau berendam kat pool....dia nak berendam dalam tab je....malas katanya....walhal dia fobia dengan pool....hahaha...macam-macamla...
Pas je breakfast dengan depa ni, aku dgn Lenny ingat nak lepak je dalam bilik manakala Liza duk berendan dalam pool...alih-alih Lenny bersuara....
"Kesian Kak Hanim duk terperuk dalam bilik je...taknak p mandi kolam ke..."...aku jawabla "akak tak kisah, kalau Lenny nak p, jomla...". Rupa-rupanya dia yang nak main kolam, bukan aku......memang enjoy gila la cuma aku takut sket nak p ke tempat yang agak dalam tu....Kak Jah dan Lenny pun sama geng dengan aku, tak reti berenang....huhuhu....syok gila berendam tiba2 kaki aku "krem"....nyaris tak mati lemas aku.....huhuhu....
Kami semua dengan memakai T-Shirt Family Day yang di Sponsor oleh pihak Syarikat. Liza dan Lenny takde dalam gambar sebab depa dah masuk bilik awal.

Petang, lepas lunch, dalam pukul 4.30...kami turun untuk tele-match yang disediakan oleh pihak resort. Aku kumpulan B bersama dengan Liza, Kak Jah, Boss, Hairi dan Suzie(Wife Hairi) serta Fiqi dan Anak sulung Hairi...Nama Kumpulan kami Gula-Gula Kapas...hehehe...kumpulan lawan, A pula dianggotai oleh Faisal, Faiz, Syukor, Tini (Wie Syukor), Lenny, Ayu dan Syiqah...Nama kumpulan depa Jagung.....hahahaha...
Malang sungguh nasib kami sebab Boss tak turun la plak....aduh!!!payah la nak tarik tali kalau gini, harapkan tenaga lelaki Hairi dan Rafiqi je....huhuhu.....memang seperti dijangka, game pertama(Three Legged) group kami yang menang, game kedua sampai game kelima (Carzy Tennis, Coconut Bowling, Tug Of War dan Catch the Water Bomb) kami kalah....tapi game terakhir iaitu Ocean Treasure Hunt, kami menang....tapi...4 balas dua, sah2 kami kalah.....huhuhuhu....yang game terakhir tu, kami terpaksa menyelam di dalam kolam untuk cari dan kumpul seberapa banyak guli yang depa dah balik....grup aku yang turun ialah aku sendiri, Hairi dan Suzi...Yang bestnya, ketiga-tigak kami ni tak reti nak berenang....hahahah....aku plak, ntah datang kuasa dari mana, kawasan yang dalam yang pagi tadi aku tak berani p, tapi tanpa ak sedar, masa game ni, aku dah p pun ke kawasan tersebut, gila siut.....kesimpulannya, dalam keadaan terdesak/terpaksa, macam2 kita mampu buat walaupun sebelumnya kita tak daya....
Lepas game, balik bilik, bersihkan diri terus solat dan sebagainya. Agak kalut la sebab nak kena turun awal untuk event malam ni, Gala Nite(BBQ).....terpaksa la aku kerahkan tenaga rommate aku, Lenny dan Liza untuk menolong aku....kumpul dan labelkan hadiah untuk upacara pertukaran hadiah dan sebagainya...
SAINC Gala Nite 2011.....
Boss dan keluarga serta Syukor sekeluarga dah pun sampai dewan (terpaksa buat kat dewan sebab hujan, kalau tak boleh kami ber BBQ di tepi kolam)...tapi Si Hairi sekeluarga tak sampai2 lagi....hangin tul dibuatnya....mengalahkan VVIP plak....boss plak yang kena tunggu dia....geram aku dibuatnya.....
Aktiviti sepanjang dinner malam ni ialah Lucky Draw, potong kek birthday Kak Jah dan Boss dann juga pertukaran hadiah sesama peserta.
Untuk Lucky draw, penerimanya ialah:
1) Microwave Sumbangan Dari TransNiaga Sdn. Bhd dapat kat Lenny
2) Baucar Tunai RM300 Sumbangan dari ECS Pericomp aku yang dapat....(dah plan nak beli external harddisk 500GB beb....)
3) Wall Mirror Sumbangan Dari SK Tech dapat kat Liza
4) DVD Player Sumbangan Dari ECS Astar dapat kat Hairy
5) Three in One Oil Paint Sumbangan dari Elegant Biz Sdn. Bhd. dapat kat Ayu (actually aku ngidam kan hadiah yang ni tapi dapat kat orang lain, takpelah, dapat duit pun dah okay dah.....huhuhu....)
6) Toaster Sumbangan Izafan Trading & Services Kak Jah yang dapat
7) Iron Sumbanagn Izafan Trading & Services dapat kat Syukor
8) Kettle Pensonic Sumbangan Izafan Trading & Services dapat kat Encik Shamsul (boss merangkap suami Kak Jah)
9) Kettle Noudi Sumbangan AEM dapat kat Faisal.....

Tu untuk Lucky Draw...Untuk pertukaran hadiah plak
1) Aku dapat set tupperware dari Tini
2) Faisal dapat set gelas IKEA dari Kak Jah
3) Syukor dapat set periuk IKEA dari Boss
4) Tini dapat pasu bunga dari Faisal
5) Kak Jah dapat pasu bunga yang aku beli(nyah camna lah hadiah aku dan Faisal boleh sama? pasu bunga....aduhai)
6) Boss dapat set mangkuk dari Liza
7) Liza dapat set tupperware 3 tingkat dari Syukor
8) Lenny dapat lampu meja dari Hairi
9) Ayu dapat lampu meja dari Suzi
10) Suzi dapat set gelas dari Ayu
11) Hairi dapat sepasang bear dari Lenny...


Kami lepak kat bilik Kak Jah untuk upacara membuka hadiah. Selesai buka hadiah, masing-masing balik ke bilik...aku ngantuk sangat2...penat pun ada...sakit bahu la, sakit badan la...macam2.....dah lama tak bersukan...

Part III
Pas Solat Suboh, sambung tidur semula...p breakfast pun dah kul 9.00 lebih, Lenny tak mau p...jadi aku p dengan Liza je...lepas breakfast....terus mengemas untuk check out.....kejap sungguh masa berlalu.....Kami bergerak selepas lunch terakhir kami di Impiana Resort Cherating ni....Kami gerak balik dalam pukul 3.00 petang
Destinasi kami seterusnya ialah mencari dan membeli keropok lekor, keropok dan sebagainya...Pastu Tini ajak p cari T-Shirt plak...Kami pun bergerak ke Cherating Beach...macam2 ada...aku duk pulun beli keychain untuk budak2 praktikal kat opis ni, adik2, mak dan abah. Untuk hero aku yang 2 orang tu, aku belikan T-Shirt je....nyaris la aku tak bawa banyak duit, kalau tak, habis suma aku pulun....rambang mata dibuatnya....masa ni tinggal 3 buah kete je sebab boss dan gerak dulu....Volvo kot....
Setelah settle perabihkan duit, kami pun bergerak balik ke destinasi masing2.....
Kami tiba di rumah Kak Jah (sebab kete aku park kat depan rumah dia) dalam pukul 7.00 malam. Liza di jemput oleh Cik Abang dia la...tinggal Faisal, aku dan Lenny....Kak Jah jemput kami masuk rumah dia dulu, sembang2, gossip2...dalam kul 8.00, kami gerak balik ke rumah masing2...aku kena antaq Lenny dulu....

Penat tak usah dikatalah....tapi best......

Psst...psstt....Faisal dalam entri kat atas ni lah mamat sengal yang aku duk cite tu....Pasni, nanti2 aku nak story pasal dia dan kisah yang berlaku semasa di sana.....tunggu.....

Friday, January 28, 2011

Suka dalam Duka...Gembira dalam Sedih....Teruja dalam kegalauan hati....

Ikutkan tentatif, pukul 8.00-9.00am adalah masa untuk semua staff berkumpul di pejabat untuk cabutan kumpulan dan bergerak bersama-sama tapi aku sampai opis kul 8.36am sorang pun takdak lagi...ntah pukul berapa nak geraknya pun aku tak taw la....
Kami p dalam 12 orang termasuk anak-anak dan pasangan staf yg dah berkahwin...yang bujang p sorang2 je la....termasuklah aku....huhuhu....Yang jadi aku rasa tak best ialah aku akan menumpang mamat sengal yang pernah aku citer sebelum ni...aku kalau boleh taknak tumpang dia tp masalahnya bdk2 yg lainni beriya nak tumpang dia. Kalau ikutkan aku, nak bawa kete opis je....bos pun dah bg green light....tp tu la...depa duk pandang rendah dgn aku, tak berani bagi aku drive jejauh...walhal ke serata alam aku dah p.....aku tak suka kalau orang pandang rendah kepada perempuan...memang ada certain part yang pompuan tak leh tanding dengan lelaki tapi takkan nak drive jauh pun tak boleh....huhuhu...sengal betul...
Bukan apa aku tak mau tumpang dia ni, dari awal aku tak berkenan nak  tumpang dia...nak2 plak aku terdengar dia kata - " muat ke? tengok je la badan Kak H***m tu...."...tak ke macam tut......Dia ingat aku hadap sgt ke nak tumpang dia, ha?Kalau aku cukup budget, dah lama aku drive sendiri, bawa kete sendiri tau x...ni budget tak cukup...nak p servis lagi.....huhuhuhu....
Tapi takpe la....aku taknak "spoilkan" mood bercuti aku ni....aku harus happy....bukan selalu dapat p jalan jejauh ni....
Untuk ke Cherating, ini adalah kali kedua aku ke sana. Kali pertama aku p masa blaja dulu...dengan kawan2 satu course - InTaff @ UUM.....Apit, Awin, Nida, Pija, Safwan, Sham, Zaimah, Hulk....(ada lagi ke ha....lupa dah, yang aku ingat depa ni je) Ayong rindu gila kat korang....Masa bos kata nak p Cherating tu, Ayong jadi sebak teringat kat korang, teringat kat kenangan bersama korang...kenangan terindah bersama dengan korang....huhuhuhu....
Ketika aku duk menaip ni, depa sorang pun tak mai lagi...aku silap tulis ka kat tentatif tu? Aku dah p check dah, betullah aku kata kul 8.00-9.00am masa untuk berkumpul dekat opis, tapi la ni dah kul 9.16am pun, sorang pun tak mai lagi.....aduhai....ni la yang dikatakan janji Melayu....
Okay la, aku nak p tengok apa yang patut, nak siap apa yang tak siap, nak prepare apa yang perlu (walhal suma dah settle pun)...lagipun aku duk pinjam PC budak praktikal ni, aku tak bawa lappy aku...ye lah...dah tumpang orang kan, awal2 dah kena sound jgn bw brg byk2....huhuhuhu...
Nanti aku dah balik aku story kisah kat Cherating pula...

Pssstt....psstt....aku duk wat blog ni hanya ada 1 follower....tapi aku duk karut macam beribu-ribu follower...hahahaha...whatever....

Impiana Resort Cherating.....wait for me....wait for SAINC.....

.........alahai....takleh nak upload pic la plak.....aduh!!!!!......untuk post kali ini, xde pic

Wednesday, January 26, 2011

Siapa Si Pari-Pari Kayangan

Sebelum aku pergi dengan lebih jauh di arena blog ini, aku nak cerita serba sedikit tentang diri aku, siapa aku, apa kerja aku, apa aktiviti harian aku dan sebagainya.
Aku dilahirkan pada era 80an...Aku ada 2 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan dan masih mempunyai Abah dan Mak tercinta. Aku dibesarkan di Batu Gajah Perak sehinggalah pada awal tahun 2010 aku berhijrah ke Kota Metropolitan ini untuk memperjudiakan nasib aku demi masa depan dan juga rezeki. Pernah berada di Sintok Kedah untuk 3 tahun demi ilmu yang tidak ternilai. 
Sebelum berangkat ke Kota Metropolitan ini, aku pernah bekerja kilang, selama lebih kurang 5 tahun dengan 2 kilang yang berlainan(cukuplah, tobat aku tak mau kerja kilang dah, lebih rela gantung diri....huhuhu...)
Di Kota Metropolitan ini, aku melakukan 4 kerja dalam sehari...kira superwomen la ni kan...semua ini aku lakukan demi untuk menampung keperluan hidup aku dan juga keluarga di kampung. 
Bermula seawal 6.00 pagi, sesudah solat Subuh, aku terus buat Sandwich (sardin dan telur) untuk diletakkan di gerai nasi lemak makcik aku seterusnya ke pejabat dan melakukan rutin harianku sebagai seorang pekerja yang terpaksa membayar KWSP melalui potongan gaji aku setiap bulan. Company tempat aku bekerja ni, hanya sebuah company milik Bumiputera sepenuhnya dan tidaklah segah MK Land mahupun konglomerat yang lain namun aku enjoy dengan kerja aku (kekadang je).. 
Habis tugasan di pejabat, aku terus ke gerai untuk meniaga bebola ayam, kentang goreng dan juga goreng pisang (berniaga dengan Cik Said, dengan modal dan upah dikeluarkan oleh Mak Uda aku dan juga Uda. 
Kat bawah ni lah insan yang telah banyak membantu aku sepanjang aku ingin memulakan kehidupan secara berdikari jauh dari keluarga. Dengan merekalah aku menumpang kasih sayang, dan dengan merekalah kadang-kadang aku mengadu susah senang walaupun kasih sayang mereka tak sehebat kasih sayang yang Mak dan Abah aku berikan namun aku tetap sayang dengan mereka berdua. Merekalah Uda dan juga Mak Uda aku, Uda ni adik kandung Abah aku so tu sebab dia macho kurang sikit dari Abah aku...(heheheh...Uda, jangan marah arrr....)
Dah ke laut plak....berbalik kepada aktiviti harian aku, seusainya aku berniaga bebola ayam, kentang dan pisang goreng (budak sekolah menengah balik, akupun habislah berniaga) aku terus ke rumah Uda aku untuk ambil upah meniaga dan terus ke Pusat Tuisyen Mawar cawangan BRP untuk memulakan sesi aku sebagai seorang pendidik sehingga jam 10.00 malam. Settle semua kerja aku, terpaksa memanjat tangga setinggi 4 tingkat untuk sampai ke rumah aku...jenuh memanjat tangga tapi tak juga kurusnya...huhuhu...
Selesai membersihkan diri, aku terus beradu...penat, ngantuk dan sebagainya...Jadi aku akan ikut mood la untuk update blog aku ni..
Walaupun masa siang aku pack dengan pelbagai aktiviti, dan mungkin orang lain akan kata aku ni hamba duit, aku tak kisah sebab aku enjoy, bahagia dan gembira dengan kehidupan aku ni. Bertambah kebahagiaan dan kegembiraan aku jika dapat menggembirakan mak, abah dan adik-adik aku.
Okaylah, masa untuk aku beradu telahpun tiba, esok nak kena bangun awal, konon nak puasa sunat, dah minta tolong housemate aku gerakkan aku, harap-harap tertunailah hasrat aku nak berpuasa sunat ni. 
Nanti ada masa, aku nak story pula tentang kehadiran lelaki-lelaki yang HAMPEH dalam hidup aku sebelum aku bercerita tentang insan-insan kesayangan aku. 
So....check it out soon....
Good Nite...Sweet Dream...
Muarghhhhh!!!!!!!!!!

Monday, January 17, 2011

Lelaki HAMPEH dalam Hidup Pari-Pari Kayangan-Part I

Korang tak lagi malam tadi aku ada btau yang aku nak story morry pasal mamat-mamat yang begitu HAMPEH yang pernah hadir dalam hidup aku ni. Ni salah sorang mamatnya, kalau ikut plan asal, aku nak story ikut kronologi, tapi disebabkan mamat ni pagi2 lagi dh buat aku hangin satu badan, terpaksa aku langkau kronologi yang aku cipta sendiri.
Mamat ni namanya cukuplah aku namakan sebagai MFR, dia ni engineer je kat opis aku ni tapi mengalahkan bos. Apa yang aku tak suka dengan dia ni, sikap dia, terlalu bossy mengalahkan boss itu sendiri. Senang je nak arahkan aku buat itu ini, dia ingat dia apa? Macamlah dia yang bayar gaji aku. Nak kata dia superior aku, tak juga, hanya kerana dia lebih senior dari aku je kat opis ni. Ada ke patut nak suh budak2 praktikal buat modul training yang bukan bidang budak2 tu? Dia ingat dia hebat sangat ke? Masuk opis pun tidak tapi duk canang sana sini dia banyak buat keje, ke hulu ke hilir entah ada projek apa pun aku tak tau...duk citer kat suma orang yang dia je yg byk buat keje dlm department kitaorg ni. Bukannya ramaipun staff teknikal kat dept ni, 3 orang je, aku, dia dan ada sorang lagi. Agak2 la  kalau nak buat statement tu. Kalau ko rasa ko je yang buat keje, tak payah lah bos hire kami ni der...
 Aku tak tau la nak kata pe lagi kat mamat ni, kenapalah kebanyakan mamat yang aku kenal, ada 2 -3 orang yang hampeh ye....Marah dan geram sangat2 aku kat dia ni.
Kalau korang nak tahu, mula2 aku keje kat sini, memang aku SS kat dia ni, tapi tu lah, lama kelamaan aku dah jadi menyampah dan meluat kat dia ni. Teramat sangat2...
Kalau korang nak kenal, mamat ni lah yang aku duk citer....
 Apa pendapat korang? Pernah tak korang jumpa mamat ni...

Psst....psst...Harap2 la dia tak tahu yang aku karut pasai dia ye...kalau dia taupun tak pe la, lagi bagus...moga dia sedar...dan, harap juga lah dia bkn jodoh aku....huhuhuhu....selisih malaikat 44.





Saturday, January 15, 2011

Salam Ke Blogger World....



Malam ni secara rasminya aku telah menjadi seorang blogger(tapi tak pasti part time ataupun fulltime). Aku baru mula berjinak-jinak dengan dunia blog ni. Kredit kepada kawan seuniversiti aku, Hasma Hashim a.k.a