Dora World
Hello, World!
I am here!
Nobita | Dorami | Mii-chan | Shizuka | Suneo | Giant | Dekisugi
Level 2
Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link
Level 3
Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link
Level 4
Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link
Level 5
Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link
Muka Depan
Tuesday, June 5, 2012
Blind Date??herm.....
As Salam...Selamat Pagi...
Ha....Post tentang blind date...nape ye..sebabnya aku lately kan rajin ber "chatting" kat Yahoo Messenger..so, faham-faham je la...ada yang nak ajak berjumpa bagai...so far, frankly speaking, aku dah attend lebih kurang 5 blind date semenjak aku kenal YM ni... So, ntah macamana, pada suatu hari, aku terjumpa post yang di update di page Facebook Polis Di Raja Malaysia so aku nak share la dengan korang dan juga untuk diri aku sendiri...ehem!ehem!
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
SHARING IS CARING:
Berikut adalah tips keselamatan jika anda ingin mengadakan janji temu atau ‘blind date’ dengan orang yang baru anda kenali :-
1. Atur pertemuan janji temu anda di tempat terbuka. Elakkan daripada berjumpa di tempat-tempat yang sunyi dan gelap. Anda digalakkan untuk membawa bersama teman jika itu merupakan pertemuan kali pertama anda.
2. Maklumkan kepada ibu bapa, penjaga atau rakan serumah dengan siapa anda keluar. Berikan maklumat seperti nama, nombor telefon atau gambar (jika ada) kenalan yang anda ingin jumpa kepada mereka supaya jika berlaku kecemasan, maklumat tersebut boleh dijadikan rujukan.
3. Jangan menceritakan terlalu spesifik maklumat peribadi anda kepada orang yang baru anda kenali. Cukup sekadar bercerita secara umum mengenai peribadi anda dan pilih topik yang lebih bersifat universal untuk dibualkan.
4. Berhati-hati dengan minuman yang disediakan untuk mengelakkan anda jadi mangsa "drink spiking" iaitu dadah atau alkohol dimasukkan ke dalam minuman tanpa anda sedari.
5. Percaya dengan rasa hati (instincts). Jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena dengan janji temu tersebut, batalkan! Mungkin tindakan tersebut merupakan langkah yang paling baik demi keselamatan anda.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
psssttt...pppsssttt....
So far, blind date aku x menjadi pun....
huhuhu....
Tapi ada aku kisah....
As Long Aku happy dgn life aku kan....
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment