Monday, August 27, 2012

Salam Aidilfitri Pada 9 Syawal

 As Salam.....
Salam Aidilfitri 1433h....
Masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan masih tidak terlambat untuk aku memohon jutaan ampun dan maaf atas semua salah dan silap aku selama ini sama ada yang aku sedar mahupun tidak.
Sesungguhnya aku manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Yang buruk itu, datang dari aku sendiri dan yang baik molek itu sesungguhnya dari-Nya...
Sebenarnya aku dah pun memohon maaf sebelum kehadiran Syawal ni lagi....
Sebelum aku balik ke kampung halaman....
Ucapan melalui Facebook aku...
So, hari ini, pada 09 Syawal 1433 bersamaan Isnin, 27 Ogos 2012, aku baru berkesempatan untuk update blog aku ni dan menyampaikan ucapan Salam Lebaran walaupun aku tahu blog ni mungkin tiada pengunjung...huhuhuhu....
Kali ni aku nak kongsikan Lagu Raya yang menyentuh sanubari bukan sahaja aku, malah adik-adik aku..
Aku memang dah biasa dengar lagu tersebut kat radio...
Tapi aku kurang menghayati lirik lagu tersebut..
Cuma bila adik aku, Uyang beritahu bahawa lagu tersebut 99.99% "kena" dengan ceritera kami adik beradik pada zaman kanak - kanak kami, maka aku terpanggil untuk menghayati lirik lagu tersebut. 
Kebetulan masa 1 Syawal 1433, semasa kami empat beradik (Aku, Uyang, Ucik dan Adeq) keluar ke Greentown Mall, Ipoh untuk membeli handphone Ucik (Hasil upah basuh pinggan di surau sepanjang Ramadhan), lagu tersebut berkumandang di radio (xpasti radio apanye). Setelah dihayati...memang aku akui, lagu raya tersebut memang tepat kena dengan kami...
So, kat sini, aku nak kongsi lagu raya tersebut...

No comments:

Post a Comment