Wednesday, May 22, 2013

Wink!Wink!I'm Back!!!!

As Salam....Hi....Ya Allah.....
Lama sungguh aku tak update dan menjenguk "rumahku" ini....Post terakhir aku ialah pada 27 Ogos 2012, iaitu hari Isnin....La ni dah 22 Mei 2013, hari Rabu, dah hampir setahun aku meninggalkannya...erm...without any reason. Sibuk...busy...sibuk...busy...bla...bla...bla...
Dalam tempoh ini, macam-macam dah berlaku dan aku alami. Pelbagai perubahan dalam hidup aku dan setakat ini, kesemuanya menggembirakan hati aku dan menceriakan hidup aku.  Jadi, kat sini, hari ini, aku nak ambil peluang untuk berkongsi suka suki hidup aku selama beberapa bulan aku tak "ke sini".

Yang pertamanya, di penghujung tahun 2012, kami sekeluarga pergi bercuti-cuti Malaysia ke Kelantan. Apa lagi, borong sakanlah kami...Sapa sponsor? Sapa taja? semuanya omak den yang taja okay....Mekasih mak....lenkali belanja lagi erk...siap bagi duit belanja lagi...ehem...ehem...Jadi, boleh dikatakan penghujung tahun yang best lah bagi kami sekeluarga. Kebetulan pula masa tu aku memang dah nak clearkan cuti aku kat company tu memandangkan aku pun dah nak resign dari situ.. 
Satu-satunya gambar semasa Cuti-cuti di Kelantan
Selepas itu, aku berjalan lagi tapi kali ini aku dengan Adeq je, kami ke Penang. Duk kat umah unyah...so, round d' Penang dan menghabiskan duit kat situ lah pulak kami...
Antara gambar semasa di Penang
Lagi satu...
 Lagi satu, aku juga telah menunaikan impian aku untuk menukar "sport-rim" Mr. Bam-Bam Blue aku tu...Alhamdulillah...ada rezeki lebih kan...Makanya, Mr. Bam-Bam Blue berkaki hijau...hahaha...gara-gara Uyang la...yang memilih.

Bermulanya permulaan tahun 2013, aku memulakan kerjaya aku di tempat baru. Suasana baru, skop kerja baru, kawan-kawan dan serba serbi baru....Pada 2 Januari 2013 aku memulakan kerjaya aku di Qube Intergrated (M) Sdn. Bhd. sebagai seorang "tea lady"....ahaks!!!! Setakat ini, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, kawan-kawan semua okay walaupun kaum Melayu merupakan kaum minority kat company ini tetapi pada aku, aku happy dan sangat enjoy berada di sini. Kawan-kawan sekerja yang berbangsa Cina pun baik dan memberikan kerjasama yang sebaiknya.
Here I Am, maybe for 5 years...In Shaa Allah
Pada April 2013 pula, keluarga kami telah menerima kehadiran orang baru. Adik lelaki aku, Uyang dah jadi suami orang. Dengan sekali lafaz je, Uyang dah jadi suami yang sah kepada Aten pada 13 April 2013.  Pada keesokan harinya, kami ke Sungkai untuk menghadiri majlis kenduri/ majlis bertandang ke rumah menantu baru mak n abah aku. Majlis terima menantu di side kami pula pada minggu selepas itu iaitu 20 April 2013. Malam tu kami sambut 4 majlis serentak iaitu birthday anak buah aku yang ke 4, Muhammad Danish Zafran(17 April), dengan sepupu aku, Nina yang ke 19 (22 April), pastu ulangtahun perkahwinan emak abah yang ke 32 tahun(21 April) juga meraikan pengantin baru. Syukur Alhamdulillah...berkembanglah keluarga kami dengan bahagianya.
Detik Dap!Dip!Dup!
Antara keluarga yang hadir ke kenduri di sebelah pihak perempuan

Minggu seterusnya, adik-adik aku, Unyah, Daud, Danish, Zafran, Uyang, Aten, Ucik dan Adek turun KL. Wah!!!!Such a wonderful day...Kali ini Unyah sponsor plak. Mekasih Unyah. Makanya walaupun xlama tapi kami bergumbiralah....dengan sesat nak p hotel bagai...hahaha...Kat bawah aku kongsikan antara gambar kami bersukaria kat KL
Aku, Ucik dengan Adeq
Hero Nombor 2 - Zafran
Mama dan Daddy sibuk nak bergambar sedangkan anak2 mengamuk
Hero No. 1 - Danish
Pengantin Baru - Uyang & Aten
Adeq Bucuk
Semestinya aku dengan Cik Mon
Ucik
 Bulan seterusnya, aku berjaya menunaikan salah satu impianku juga iaitu untuk memiliki peti ais dan mesin basuh. Makanya pada 15 Mei 2013, rumah sewaku sudah ada peti ais dan mesin basuh....yeee~~~haaa~~~
Peti Ais baru aku
Mesin Basuh baru aku
 Sebelum tu plak, aku, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, buat kali keduanya menunaikan tanggungjawab aku dengan membuang undi. Kali ini aku pergi dengan Unyah dan Uyang.
Orang pertama kali mengundi
Kami dah Dua kali...
 Dan bila esok, aku balik kampung....wo0ot!w0ot!tiket ETS sudah kubeli dari awal lagi....
tak sabar nak jumpa emak...
tak sabar nak jumpa abah...
tak sabar nak jumpa unyah...
tak sabar nak jumpa uyang...
tak sabar nak jumpa ucik...
tak sabar nak jumpa adeq...
tak sabar nak jumpa daud..
tak sabar nak jumpa aten..
tak sabar nak jumpa abang...
tak sabar nak jumpa adek...

Jadi...mungkin ada citer-citer menarik untuk aku kongsikan nanti...In Shaa Allah....

Da....




No comments:

Post a Comment