Monday, January 17, 2011

Lelaki HAMPEH dalam Hidup Pari-Pari Kayangan-Part I

Korang tak lagi malam tadi aku ada btau yang aku nak story morry pasal mamat-mamat yang begitu HAMPEH yang pernah hadir dalam hidup aku ni. Ni salah sorang mamatnya, kalau ikut plan asal, aku nak story ikut kronologi, tapi disebabkan mamat ni pagi2 lagi dh buat aku hangin satu badan, terpaksa aku langkau kronologi yang aku cipta sendiri.
Mamat ni namanya cukuplah aku namakan sebagai MFR, dia ni engineer je kat opis aku ni tapi mengalahkan bos. Apa yang aku tak suka dengan dia ni, sikap dia, terlalu bossy mengalahkan boss itu sendiri. Senang je nak arahkan aku buat itu ini, dia ingat dia apa? Macamlah dia yang bayar gaji aku. Nak kata dia superior aku, tak juga, hanya kerana dia lebih senior dari aku je kat opis ni. Ada ke patut nak suh budak2 praktikal buat modul training yang bukan bidang budak2 tu? Dia ingat dia hebat sangat ke? Masuk opis pun tidak tapi duk canang sana sini dia banyak buat keje, ke hulu ke hilir entah ada projek apa pun aku tak tau...duk citer kat suma orang yang dia je yg byk buat keje dlm department kitaorg ni. Bukannya ramaipun staff teknikal kat dept ni, 3 orang je, aku, dia dan ada sorang lagi. Agak2 la  kalau nak buat statement tu. Kalau ko rasa ko je yang buat keje, tak payah lah bos hire kami ni der...
 Aku tak tau la nak kata pe lagi kat mamat ni, kenapalah kebanyakan mamat yang aku kenal, ada 2 -3 orang yang hampeh ye....Marah dan geram sangat2 aku kat dia ni.
Kalau korang nak tahu, mula2 aku keje kat sini, memang aku SS kat dia ni, tapi tu lah, lama kelamaan aku dah jadi menyampah dan meluat kat dia ni. Teramat sangat2...
Kalau korang nak kenal, mamat ni lah yang aku duk citer....
 Apa pendapat korang? Pernah tak korang jumpa mamat ni...

Psst....psst...Harap2 la dia tak tahu yang aku karut pasai dia ye...kalau dia taupun tak pe la, lagi bagus...moga dia sedar...dan, harap juga lah dia bkn jodoh aku....huhuhuhu....selisih malaikat 44.





No comments:

Post a Comment