Monday, January 31, 2011

Company Event @ Impiana Resort Cherating_28-30 January 2011

Part I
Haa......ni photo resort tempat aku mandi, tidor, makan, main dan sebagainya selama 3 hari 2 malam bebaru ni. Actually tak banyak photo kawasan persekitaran yang diambil..kami bergerak ke Cherating tepat jam 10 pagi dan sampai di Impiana Resort Cherating lebih kurang jan 2.00 petang. Masa tu hanya kete Faisal (aku, Lenny dan Liza) dan Syukor sefamily je yang sampai. Bos gerak lewat, Hairi pun sama, masing-masing ada hal...Untuk 1st day nothing happen, just check in dan beristirehat di bilik masing-masing. Tapi, yang kurengnya ialah, kete bos plak wat hal....maka, hero2 yang ada (Faisal & Syukor) la yang p tengok dan tolong.
Ada ke patut staf kat Impiana tu bagi bilik aku kat hujung dunia nun.....dah la kami ni anak2 dara pingitan semuanya.....bilik aku, Lenny dan Liza 205, pastu si bujang teruna Faisal dan Faiz 208, Syukor, isteri dan anak dia, Si Comel Rania duk bilik 214, selang beberapa bilik, 222 & 223 Kak Jah sekeluarga termasuk Ayu dan berjiran dengan depa si Hairi sekeluarga kat 225.
So far memang best la percutian ni....al maklumlah....FOC....Cuma share duit tol dan minyak je......

Part II
Lepas solat Subuh tak tidur dah....terus p pantai nak realisasikan impian roommate/officemate aku yang sorang ni, Liza untuk melihat matahari terbit. Almaklumlah...Cik Abang Sayang dia (Abang Syafri) yang btau kalau nak tgk matahari terbit, eloklah sebab kami dah kat Pantai Timur dah pun.....Tunggu punyala lama, sampai lebih kurang 2 jam baru la muncul mataharinya.....sangat indah.....cantik sungguh ciptaan yang Esa ini....terasa syahdu pun ada...alangkah indahnya jika dapat melihatnya bersama-sama kekasih halah....hehehe....berangan.....
Liza tak mau berendam kat pool....dia nak berendam dalam tab je....malas katanya....walhal dia fobia dengan pool....hahaha...macam-macamla...
Pas je breakfast dengan depa ni, aku dgn Lenny ingat nak lepak je dalam bilik manakala Liza duk berendan dalam pool...alih-alih Lenny bersuara....
"Kesian Kak Hanim duk terperuk dalam bilik je...taknak p mandi kolam ke..."...aku jawabla "akak tak kisah, kalau Lenny nak p, jomla...". Rupa-rupanya dia yang nak main kolam, bukan aku......memang enjoy gila la cuma aku takut sket nak p ke tempat yang agak dalam tu....Kak Jah dan Lenny pun sama geng dengan aku, tak reti berenang....huhuhu....syok gila berendam tiba2 kaki aku "krem"....nyaris tak mati lemas aku.....huhuhu....
Kami semua dengan memakai T-Shirt Family Day yang di Sponsor oleh pihak Syarikat. Liza dan Lenny takde dalam gambar sebab depa dah masuk bilik awal.

Petang, lepas lunch, dalam pukul 4.30...kami turun untuk tele-match yang disediakan oleh pihak resort. Aku kumpulan B bersama dengan Liza, Kak Jah, Boss, Hairi dan Suzie(Wife Hairi) serta Fiqi dan Anak sulung Hairi...Nama Kumpulan kami Gula-Gula Kapas...hehehe...kumpulan lawan, A pula dianggotai oleh Faisal, Faiz, Syukor, Tini (Wie Syukor), Lenny, Ayu dan Syiqah...Nama kumpulan depa Jagung.....hahahaha...
Malang sungguh nasib kami sebab Boss tak turun la plak....aduh!!!payah la nak tarik tali kalau gini, harapkan tenaga lelaki Hairi dan Rafiqi je....huhuhu.....memang seperti dijangka, game pertama(Three Legged) group kami yang menang, game kedua sampai game kelima (Carzy Tennis, Coconut Bowling, Tug Of War dan Catch the Water Bomb) kami kalah....tapi game terakhir iaitu Ocean Treasure Hunt, kami menang....tapi...4 balas dua, sah2 kami kalah.....huhuhuhu....yang game terakhir tu, kami terpaksa menyelam di dalam kolam untuk cari dan kumpul seberapa banyak guli yang depa dah balik....grup aku yang turun ialah aku sendiri, Hairi dan Suzi...Yang bestnya, ketiga-tigak kami ni tak reti nak berenang....hahahah....aku plak, ntah datang kuasa dari mana, kawasan yang dalam yang pagi tadi aku tak berani p, tapi tanpa ak sedar, masa game ni, aku dah p pun ke kawasan tersebut, gila siut.....kesimpulannya, dalam keadaan terdesak/terpaksa, macam2 kita mampu buat walaupun sebelumnya kita tak daya....
Lepas game, balik bilik, bersihkan diri terus solat dan sebagainya. Agak kalut la sebab nak kena turun awal untuk event malam ni, Gala Nite(BBQ).....terpaksa la aku kerahkan tenaga rommate aku, Lenny dan Liza untuk menolong aku....kumpul dan labelkan hadiah untuk upacara pertukaran hadiah dan sebagainya...
SAINC Gala Nite 2011.....
Boss dan keluarga serta Syukor sekeluarga dah pun sampai dewan (terpaksa buat kat dewan sebab hujan, kalau tak boleh kami ber BBQ di tepi kolam)...tapi Si Hairi sekeluarga tak sampai2 lagi....hangin tul dibuatnya....mengalahkan VVIP plak....boss plak yang kena tunggu dia....geram aku dibuatnya.....
Aktiviti sepanjang dinner malam ni ialah Lucky Draw, potong kek birthday Kak Jah dan Boss dann juga pertukaran hadiah sesama peserta.
Untuk Lucky draw, penerimanya ialah:
1) Microwave Sumbangan Dari TransNiaga Sdn. Bhd dapat kat Lenny
2) Baucar Tunai RM300 Sumbangan dari ECS Pericomp aku yang dapat....(dah plan nak beli external harddisk 500GB beb....)
3) Wall Mirror Sumbangan Dari SK Tech dapat kat Liza
4) DVD Player Sumbangan Dari ECS Astar dapat kat Hairy
5) Three in One Oil Paint Sumbangan dari Elegant Biz Sdn. Bhd. dapat kat Ayu (actually aku ngidam kan hadiah yang ni tapi dapat kat orang lain, takpelah, dapat duit pun dah okay dah.....huhuhu....)
6) Toaster Sumbangan Izafan Trading & Services Kak Jah yang dapat
7) Iron Sumbanagn Izafan Trading & Services dapat kat Syukor
8) Kettle Pensonic Sumbangan Izafan Trading & Services dapat kat Encik Shamsul (boss merangkap suami Kak Jah)
9) Kettle Noudi Sumbangan AEM dapat kat Faisal.....

Tu untuk Lucky Draw...Untuk pertukaran hadiah plak
1) Aku dapat set tupperware dari Tini
2) Faisal dapat set gelas IKEA dari Kak Jah
3) Syukor dapat set periuk IKEA dari Boss
4) Tini dapat pasu bunga dari Faisal
5) Kak Jah dapat pasu bunga yang aku beli(nyah camna lah hadiah aku dan Faisal boleh sama? pasu bunga....aduhai)
6) Boss dapat set mangkuk dari Liza
7) Liza dapat set tupperware 3 tingkat dari Syukor
8) Lenny dapat lampu meja dari Hairi
9) Ayu dapat lampu meja dari Suzi
10) Suzi dapat set gelas dari Ayu
11) Hairi dapat sepasang bear dari Lenny...


Kami lepak kat bilik Kak Jah untuk upacara membuka hadiah. Selesai buka hadiah, masing-masing balik ke bilik...aku ngantuk sangat2...penat pun ada...sakit bahu la, sakit badan la...macam2.....dah lama tak bersukan...

Part III
Pas Solat Suboh, sambung tidur semula...p breakfast pun dah kul 9.00 lebih, Lenny tak mau p...jadi aku p dengan Liza je...lepas breakfast....terus mengemas untuk check out.....kejap sungguh masa berlalu.....Kami bergerak selepas lunch terakhir kami di Impiana Resort Cherating ni....Kami gerak balik dalam pukul 3.00 petang
Destinasi kami seterusnya ialah mencari dan membeli keropok lekor, keropok dan sebagainya...Pastu Tini ajak p cari T-Shirt plak...Kami pun bergerak ke Cherating Beach...macam2 ada...aku duk pulun beli keychain untuk budak2 praktikal kat opis ni, adik2, mak dan abah. Untuk hero aku yang 2 orang tu, aku belikan T-Shirt je....nyaris la aku tak bawa banyak duit, kalau tak, habis suma aku pulun....rambang mata dibuatnya....masa ni tinggal 3 buah kete je sebab boss dan gerak dulu....Volvo kot....
Setelah settle perabihkan duit, kami pun bergerak balik ke destinasi masing2.....
Kami tiba di rumah Kak Jah (sebab kete aku park kat depan rumah dia) dalam pukul 7.00 malam. Liza di jemput oleh Cik Abang dia la...tinggal Faisal, aku dan Lenny....Kak Jah jemput kami masuk rumah dia dulu, sembang2, gossip2...dalam kul 8.00, kami gerak balik ke rumah masing2...aku kena antaq Lenny dulu....

Penat tak usah dikatalah....tapi best......

Psst...psstt....Faisal dalam entri kat atas ni lah mamat sengal yang aku duk cite tu....Pasni, nanti2 aku nak story pasal dia dan kisah yang berlaku semasa di sana.....tunggu.....

No comments:

Post a Comment