Friday, April 6, 2012

Aku kembali Setelah....

As Salam.....
Setelah sembilan bulan (9) bulan Hanim tidak menjenguk "umah" Hanim ni....Kini Hanim kembali...entah...tetiba je di pagi Jumaat yang hening sambil halwa telinga dihidangkan dengan alunan Azan, Qasidah Istighfar, Ayatul Qursi, Surah Yasin, Surah Al Wa'qiah, Surah As Sajaddah, Hasbi Rabbi dan Asma Ul Husna di pejabat ni Hanim boleh teringat akan "rumah" yang telah lama ditinggalkan. Bukan merajuk, bukan menyentap tapi ntahlah...tiada alasan yang pasti kenapa "rumah" ini ditinggalkan sepi.
Jangan tak tahu....sampaikan "alamat rumah"(password) pun Hanim dah tak ingat...Hahahahaha....terpaksalah trace semula...nyaris jumpa dan masih belum dilelong...heheheh....ye lah...dah milik Hanim kan....cuma bersawang dan berhabuk sahajalah...heheheh...jenuh nak kemas....
Sebenarnya, dalam tempoh 9 bulan tak jenguk "rumah" ni, macam-macam kejadian suka, duka, gembira, sedih dan sebagainya, telah berlaku dalam hidup Hanim.

Masih ingatkan pada Lelaki Itu? Hahaha...Kalau tak silap, tanggal 26 April 2012 ni, genaplah setahun Hanim bertemu dengannya secara face to face. Alhamdulillah...Hanim diberi peluang dan kesempatan bertemu dengannya walaupun sekejap kerana masing2 punya kekangan masa dan agenda sendiri. Setelah pertemuan tersebut, Hanim diberi beberapa peluang untuk ketemu dengannya lagi dan saat yang paling indah ketika kami menjayakan gathering untuk dia bertemu sahabat-sahabatnya. Tapi, ntah nape...hubungan kami sebagai sahabat dan juga antara sahabat-sahabat yang lain menjadi renggang. Pelbagai kejadian yang tidak diduga terjadi sehingga menyebabkan kami menjadi jauh dan semakin jauh. Pertemuan kami yang terakhir adalah ketika Hanim bersama beberapa orang sahabat pergi ke selatan tanahair untuk menyaksikan teater Sri Mersing. Itulah pertemuan terakhir bukan sahaja antara Hanim dengan Lelaki Itu malah dengan sahabat-sahabat Hanim lain lain juga. Sedih, memang sedih tapi apa boleh buat kan...redha sahajalah... Wallahualam....

Selepas tu, perjalanan hidup Hanim berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan(mungkinlah). Pergi kerja, balik kerja dan sebagainya...begitulah rutin harian Hanim.
Di pejabat pula....serang demi seorang telah pergi meninggalkan Hanim....pppsssttt...pppsssttt....kalau ikutkan Hanim juga nak blah, nak cari kerja lain tapi tu lah...nampak gayanya memang dah rezeki Hanim masih di sini, jadi, sehingga saat ini, detik ini, Hanim masih di sini. Ruang pejabat pun dah cantik dan selesa. Alhamdullilah... Tapi itulah, bila dikenang semula, rasa rugi dan terkilan pulak tak ambil gambar sebelum dan sesudah...heheheh...Hanim kan suka bergambar....ahaks!

Oh!Ya! Bulan Februari 2012 baru-baru ini...Adik Hanim yang nombor 3, Uyang, telah selamat ditunangkan dengan gadis pilihan hatinya, Siti Nur Akmaliza tapi kami panggil Atyn je... Alhamdulillah, kalau tiada aral, dalam tempoh 2 tahun lagi, Mak dan Abah akan terima menantu perempuan yang pertama dalam famili kami, Hanim pula? Akan dapat adik ipar perempuan selepas adik ipar lelaki, c Daud tu ha....heheheh...
Giliran Hanim pula bila? InsyaAllah...aturan Allah siapa yang tahu kan....moga Dia anugerahkan yang terbaik untuk hambaNya yang kerdil ini... Amin...

Okaylah...sebelum Hanim mengundurkan diri, Hanim nak jugak publish gambar Uyang dengan Atyn, walaupun depa ni bukan artis kan.....hehehehe 

      
So, untuk hari ini, cukuplah setakat ini sahaja, sekadar warming up dan untuk recall balik...itu je.....InsyaAllah....Hanim akan cuba mengemas "rumah" Hanim ni sekerap mungkin.

As Salam...

No comments:

Post a Comment