Thursday, April 12, 2012

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Vs. Air Asia

As Salam...
Hai semua....
Apa kena mengena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dengan Air Asia?
Ha....ini yang Hanim nak cerita ni...


Seperti yang semua atau satu Malaysia sedia maklum, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 telah diadakan secara langsung di TV3 pada 08 April 2012 jam 9.00 malam. Kiranya malam tu ABPBH 2011 telah menyambut ulangtahun ke 25 la...Jubli Perak gitu....
 Kaitannya dengan Air Asia?
Pada tarikh tersebut juga, Adik Hanim, Unyah, telah diarahkan untuk ke Kuala Lumpur dari Kedah untuk menghadiri "monthly meeting" di Bangunan RHB Jalan Tun Abdul Razak. 
Jadi, sebagai MisZ Supir...Hanim kenalah menjemput dia dari LCCT dan terus lepak kat Ancasa Hotel (hotel yang pihak RHB sediakan untuk dia). 
So, sebelum dia book tiket flight, dia tanya Hanim nak book tiket pukul berapa? 
Jadinya, sah-sah Hanim suruh dia book awal/siang punya sebab taknak miss siaran langsung ABPBH ni lah....
Makanya, diapun book tiket AirAsia(tiada pilihan lain sebab ini memang RHB punya aturan) penerbangan pukul 5.00pm, jadi cantik sangatlah masa tu, sampai LCCT dalam kul 6.00pm....
Tunggu punya tunggu, punya tunggu, pukul 6.00pm tak jugak sampai-sampai....
Melalui FB, Hanim dapat tahu bahawa flight dia terpaksa "park" sebentar di Lapangan Terbang Subang sebab cuaca tidak mengizinkan untuk flight tersebut landing di LCCT, memang keadaan masa tu hujan lebat dengan angin kuatnya. 
Sudahnya, flight tersebut selamat mendarat di LCCT lebih kurang pukul 9.30 malam. 
Cuba bayangkan berapa jam Hanim duk buang masa menunggu dalam kereta? 
(Nyaris masa tu, "cuti-cuti Malaysia", kalau tak, jenuh jugalah)
Sempatlah "memberikan" duit kepada Mac'Donald dengan mendapatkan Double Cheese Burger untuk mengisi perut yang sudah berdangdut, nak-nak plak masa hujan. 
Unyah pulak???Melayanglah RM11 hanya untuk 1 Maggi Hot Cup dan 1 kotak Milo ais.... Pergh!!!!!
Menjelma je wajah adik kesayangan Hanim ni, terus pecut nak kejar ABPBH....
Namun.....
Walaupun dah beberapa kali Hanim duk jemput dia dari LCCT dan menghantarnya ke Ancasa Hotel, tetapi kami masih lagi sesat, setiap kali pasti akan ikut jalan yang berlainan...hahahah.... 
Setelah sesat larat maka dalam pukul 10.00 lebih tu kami selamat sampai ke hotel penginapan kami. Kelam kabut buka TV3 dan apa yang sempat kami lihat hanyalah pengumuman Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2011.

Betapa frustnya kerana buat julung-julung kalinya Hanim terlepas mengikuti siaran langsung ABPBH....huhuhuhuhuh....
So, setakat ni, Hanim masih mencari link untuk men"download" siaran ulangannya (jika ada)..
Itulah....benarlah....
Kita hanya mampu merancang...
Hanya Allah SWT penentu segalanya....
Siapalah kita untuk menidakkan kuasaNYA....
Tapi...memang FB lah yang menjadi medan untuk Hanim dan Unyah meluahkan rasa tidak puas hati kami terhadap Air Asia...
Buktinya???
   ♥    
          ♥          
        ♥        


 
 Sadis kan????
Huhuhuhu.....
 

1 comment:

  1. dah masalah cuaca buruk katanya.... plane tu bukan beca :-)

    ReplyDelete