Friday, May 11, 2012

Falsafah Cinta Lima Jari

Aku dapat tahu Falsafah Cinta Lima Jari ni dari sebuat drama yang ditayangkan di slot Cerekarama di TV3 dalam 2 - 3 minggu lepas yang bertajuk "Mencintaimu" lakonan Si Manis Sharifah Amani dan Si Macho Eman Manan. Ada satu part tu yang mana Eman Manan menyatakan tentang Cinta Lima Jari kepada anak buahnya, Si Kacak Amar Baharin (kalau tak silap akulah).
So, malam tu aku ingat nak jadikan bahan untuk blog aku, tetapi aku terlupa....So pagi ni baru teringat...Aku cuba gak search, rupa-rupanya, dah ada blog yang post kan falsafah ini. Jadi, di sini aku kongsikan Falsafah Cinta Tiga Jari tu di blog aku untuk bacaan semua.

Kredit to DiariHati.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
Pasangan kita adalah anugerah yang tidak ternilai buat kita. Pernah dengarkah tentang falsafah lima jari? Tahukah mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?

Kini satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan di hujungnya.

1.   Ibu Jari
Cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.
2.   Jari Telunjuk
Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.
3.   Jari Kelingking
Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.
4.   Jari Manis
Dan sekarang, cuba buka jari manis, yang mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan pasangan anda, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargailah pasangan anda!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
Thumb represents parents.
Index finger represents siblings.
Center finger represents own self.
Fourth finger represents your partner.
Last finger represents your children.
- Chinese’s philosophy
Eh!!Lagi satu....kenapa ada ruangan diantara lima jari jemari kita? Sebabnya supaya ruangan tersebut akan diisi oleh jari jemari pasangan kita sebagai pengisi ruangan yang kosong itu...seterusnya melengkapi antara satu sama lain...
 
~~Soo....Sweet!!~~

No comments:

Post a Comment