Thursday, May 17, 2012

Ketidaksempurnaan Yang Begitu Indah

As Salam dan Selamat Pagi...
Terpanggil aku pagi ini untuk menulis entri ini setelah mendengar topik hangat slot #hotchat di HOT FM semasa memandu ke pejabat sebentar tadi bersama team #amkrew.
Terdapat seorang pemanggil yang merupakan seoran suami yang menceritakan tentang satu video yang menceritakan tentang ucapan seorang isteri semasa majlis pengebumian suaminya yang mana si isteri tidak memuji suaminya sebaliknya menceritakan kekurangan si suami yang menjadi kerinduannya.
Kat sini aku bawakan video tersebut kerana akupun pernah menonton video yang amat mengusik kalbu ini. 
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Aku tak pasti apa yang kalian rasa apabila menonton video ini, tapi, pada aku, aku amat terharu. Dan, aku pun amta berharap agar andai satu hari nanti aku ditakdirkan bersuami, aku mampu untuk menerima dia seadanya dan diapun mampu menerima aku seadanya.
Insya Allah.....

No comments:

Post a Comment