Wednesday, May 21, 2014

Alkisahnya setelah 9 bulan 15 hari

Assalammualaikum wbt...
Selamat petang...
Lama sungguh tak "kemas rumah" ni....
Nyaris tak bersawang...Nyaris tak berhabuk....Nyaris tak berdebu....
Congak punya congak...Kira punya kira...
Rupa-rupanya dah dekat setahun dah tak share apa-apa kat sini 
(walaupun aku tahu takde sapa nak jenguk pun)
Last entri aku tentang bulan Ramadhan yang nak masuk Syawal....
Dalam entri tu, aku ada minta tolong korang doakan:-
" Doakan aku, Syawal akan datang aku dah jadi isteri orang ye..ahaks!!!"
Alhamdulillah, doa aku, doa kalian telahpun Dia makbulkan. 
1 Syawal 1435 yang jatuh pada 28 Julai 2014 ni aku akan meraikannya dengan suami tercinta. Namun begitu, buat julung-julung kalinya, Syawal kali ini tanpa IBUNDA TERCINTA...
Dalam tempoh 9 bulan 15 hari aku tak berkongsi kisah hidup aku, terlalu banyak perkara yang telah terjadi, bukan sahaja terhadap aku sebaliknya turut memberikan kesan yang besar terhadap ahli keluargaku yang lain.

Bermula kisah perkenalanku dengan seorang lelaki yang pada awalnya aku hanya mahu mengenalkannya sebagai Mr. Dia melalui salah satu medium sosial - WeChat, pada Julai 2013 (kalau tak silap aku). Disusuli dengan kedatangan keluarganya 5 bulan kemudian menemui keluargaku untuk kami melangkah ke arah satu lagi fasa dalam sebuah perhubungan. Aku dan dia berkenalan dan berkawan hanya lebih kurang 8 bulan sebelum kami disatukan sebagai suami isteri. Satu tempoh yang agak singkat.

Dalam tempoh tersebut, pelbagai dugaan yang kami hadapi bermula dengan perginya abang ipar Mr. Dia yang dikenali sebagai Abang Yang pada 31 Disember 2013, seminggu selepas itu , ibunya pula dijemput Ilahi pada 9 January 2014. Dan, yang paling memberi impak terbesar dalam hidup aku dan keluarga apabila IBUNDA TERCINTA pula meninggalkan kami buat selama-lamanya, selang sebulan 15 hari selepas bonda Mr. Dia, iaitu pada 24 Februari 2014. Satu tarikh yang mana mungkin dapat aku lupakan.

Hari ini, sudah 87 hari emak meninggalkan kami semua. 
Emak pergi secara tiba-tiba.
Emak pergi tanpa pesan.
Emak pergi dengan senyuman menghiasi wajah emak.

Aidilfitri Terakhir dengan Emak

Alamak!!!! ED tetiba masuk plak....adui.....kena sambung lainlah plak ni...harap aku akan lebih rajin untuk share kisah aku kat sini selepas ini....
See Ya!!!!




No comments:

Post a Comment