Monday, May 26, 2014

92 Hari Tanpamu Emak [Tribute Untuk Emak Tersayang]


Hari ini, 26 May 2014, dah 92 hari rupanya Emak pergi meninggalkan kami. Selama lebih kurang 32 tahun aku hidup dan membesar dengan Emak, macam-macam pahit manis susah senang kami lalui dan harungi bersama.
Tarikh 24 Februari 2014 benar-benar merenggut kebahagiaan dan keceriaan kami sekeluarga. Tarikh yang benar-benar tidak dapat aku, abah dan adik-adik lupakan.
=======================================================
Imbas kembali....
Sepanjang 2 minggu terakhir bulan Januari 2014 Emak dah tak sihat, Emak sakit...Emak selalu mengadu sakit perut...Tapi Emak tak nak pergi klinik sebab kalau pergi klinik, Emak takut kena tahan kat wad. Emak memang sakit...tapi Emak bukan sakit terlantar...Emak bukan tak boleh berjalan, Emak masih boleh bergerak sana sini, ke hulu ke hilir, malah Emak masih boleh berkerja. Emak cuma sakit perut, cirit birit je..
31 Januari 2014, Jumaat, cuti Tahun Baru Cina tapi Emak tetap bekerja, overtime...Aku dan Unyah plan nak p makan besar kat Lumut (sempena kami dapat bonus dan aku pulak dapat bonus setelah 4 tahun bekerja dan tak pernah dapat bonus di syarikat sebelum ni). Nak makan ikan bakar...tapi sebelum tu, pas Abah dan Adeq ambik aku kat Stesen Keretapi Batu Gajah (aku balik kampung dengan ETS pagi Jumaat tu) dalam kul 2 lebih kami terus p ambik Emak dari tempat kerja. Kami bawa mak lunch terus, tapi Emak tak nak makan. Takde selera katanya. Bila aku tanya nak makan apa, Emak taknak. Akhirnya kami lunch di Mee Rebus Ramli kat area Pengkalan. Rupa-rupanya, hari tu, hari terakhir Emak berkhidmat di kilang yang telah 20 tahun lebih Emak berbakti. Rupa-rupanya, hari itu, overtime terakhir emak.
Petang tu, selepas Asar, kami dengan menaiki 2 buah kereta (Kereta Abah dan Kereta Unyah), kami bergerak menuju ke Lumut. Emak hanya order char kuey tiow, itupun satu pinggan boleh round the table. Emak takde selera. Kemudian, kami ronda-ronda Pekan Lumut, Emak pun sama, larat plak, macam-macam makanan laut Emak beli, masa tu, Abah pulak yang tak ikut kami ronda-ronda, Abah tak larat, Abah tunggu dalam kereta sahaja. Mana tahu, rupa-rupanya, itulah makan besar terakhir kami sekeluarga dengan Emak. Dan, mana tahu, rupa-rupanya, malam itu, malam terakhir kami ronda-ronda dengan emak, sekeluarga. 
Makan Besar terakhir kami sekeluarga dengan Emak
 Ahad, 2 Februari 2014, seperti biasa, kamipun pulang ke rumah masing-masing. Pagi Isnin dapat berita dari Abah yang Emak kena tahan kat Wad Hospital Batu Gajah sebab cirit birit. Makanya, 6 Februari 2014, aku masuk lambat ke pejabat sebab pergi beli tiket ETS untuk pulang ke kampung pada malam 7 Februari 2014. Bermula detik itulah, kami, adik beradik, meluangkan masa kami, pulang ke kampung setiap minggu. Duit bukan masalah dah pada kami. Kami luangkan masa dengan Emak, temankan Emak...sepanjang Emak berada di Hospital Batu Gajah. 
Emak di Wad Hospital Besar Batu Gajah
Emak di Wad Hospital Besar Batu Gajah
Emak di Wad Hospital Besar Batu Gajah
Kemudian, kalau tak silap aku, Emak minta keluar dari wad pada Jumaat, hari yang aku bergerak balik ke kampung (7 Februari 2014), nak berehat kat rumah kata Emak. Doktor membenarkan dan meminta Emak membuat rawatan susulan pada minggu berikutnya. Test itu ini. Sehinggalah pada 12 Februari kalau tak silap aku, tarikh untuk rawatan susulan Emak, entah apa puncanya, atas sebab - sebab tertentu, Emak kena dirujuk ke pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Bertitik tolak dari tarikh itulah, Emak seolah-olah dijadikan bahan ujikaji oleh mereka, pakar-pakar di sana. Hasrat Emak untuk menghadiri majlis pertunangan sepupu aku di Sungai Buloh pada 15 Februari 2014 pun tak tercapai sedangkan Emak dah prepare bag pakaian dan sebagainya. Aku nekad untuk menemani emak di Wad pada malam 15hb tu. Kebetulan pada tarikh tu, Emak dijadualkan menjalani minor operation untuk meletakkan tiub yang kununnya untuk membuang segala kotoran yang dikatakan berada di dalam buah pinggang emak gara-gara buah pinggang emak tersumbat, kata mereka.
Pembedahan bermula dalam pukul 6.00 petang pada tarikh yang dijadualkan. Kami semua berkumpul dan berkampung di wad. Perasaan kami masa tu, hanya Allah SWT yang tahu, walaupun ianya hanya minor operation. Kata mereka, saluran buah pinggang emak tersumbat, jadi mereka cuba untuk memasukkan tiub melalui saluran kencing untuk mengubah kedudukan "benda" yang menyumbatkan saluran buah pinggang Emak tu bagi membolehkan air kotor mengalir keluar secara normal. Namun, hampa, pembedahan gagal walaupun mereka telah mencuba 2 cara:-
Cara pertama - Memasukkan tiub melalui saluran kencing untuk mengubah kedudukan "benda"/batu yang dikatakan menghalang saluran tersebut dan menyebabkan air kotor-kotor dan segala kekotoran terkumpul di dalam buah pinggang dan menyebabkan buah pinggang Emak mengalami masalah.
Cara Kedua - Setelah cara pertama tidak berhasil makanya mereka cuba pula menggunakan tiub yang lebih kecil untuk dimasukkan dicelah-celah "benda"/batu tersebut dengan harapan segala kotoran dan air boleh disalirkan sedikit demi sedikit melalui tiub tersebut. Namun, GAGAL!
Emak sebelum ke Operation Theatre Hospital Raja Permaisuri Bainun
Emak sebelum ke Operation Theatre Hospital Raja Permaisuri Bainun
Emak dengan aku sebelum ke Operation Theatre Hospital Raja Permaisuri Bainun
Emak dengan Unyah sebelum ke Operation Theatre Hospital Raja Permaisuri Bainun
Kami, semasa Emak di dalam Operation Theatre Hospital Raja Permaisuri Bainun
Kami, semasa Emak di dalam Operation Theatre Hospital Raja Permaisuri Bainun
Emak setelah selesai menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun
Emak setelah selesai menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun
Emak setelah selesai menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun
Kami, berkampung semasa Emak di Hospital Raja Permaisuri Bainun
Bila aku tanya, apa option/solution lain, mereka kata, kena tunggu pakar dari Hospital Selayang turun untuk tindakan seterusnya, sama ada kena tebuk untuk letak kantung atau kena ke Hospital Selayang. Setiap hari di wad, Emak dicucuk sana sini, ambil sample sana sini. Naik lunyai badan Emak, mereka kerjakan. Finally, mereka kata, akan buat another minor operation pada 21 Februari 2014, Jumaat, untuk tebuk belakang Emak untuk diletakkan kantung supaya kekotoran tu dapat disalur keluar melaluinya. Kali ini, Unyah pulak menawarkan diri untuk menemani Emak. 
Tiba tarikh yang ditetapkan, alih-alih tak jadi operate sebab "benda"/batu tu dah takde. Jadi, Emak merayu, minta izin untuk balik rumah sebab nak berehat di rumah katanya. Doktor bagi kebenaran dengan syarat Emak kena datang semula pada 5 Mac 2014 untuk CT Scan.
Makanya, aku bergerak balik dari Sungai Buloh malam tu, terus balik ke rumah di Batu Gajah.
Terus terang, sepanjang 2 hari aku berada di kampung (22 - 23 Februari 2014), aku seolah-olah menyampah dan meluat sangat-sangat dengan sikap Emak. Pada aku, Emak mengada-ngada dan manja tak kena tempat, Aku bersikap biadap dan kurang ajar terhadap Emak, tanpa aku sedari, Emak sebenarnya buang tebiat. Kebetulan masa tu, emak mertua Unyah ada bersama, meluangkan masa dengan Emak. Emak nak tomyam, Unyah masakkan pada hari Ahad tu, berselera sungguh Emak makan. 
Tapi, entah kenapa, pada kali ini aku balik ke Sungai Buloh awal, selama ni aku balik dengan ETS pukul 9.10 malam tapi kali ini, aku balik dengan ETS tiket 3.00 petang. Unyah pun sama, biasa gerak balik selepas Maghrib, tapi kali ini, sebelum Maghrib dah gerak balik. Dan yang paling aku kesalkan, aku balik tanpa peluk cium Emak sedangkan selama ni kalau aku balik, sah-sah aku akan peluk cium Emak tapi kali ni, aku hanya salam cium tangan sahaja. 
Kalaulah aku tahu....
Kalaulah aku tahu Emak akan tinggalkan aku...
Kalaulah aku tahu itulah kali terakhir aku salam cium tangan Emak..
Kalaulah aku tahu,.....
Pasti aku akan peluk cium Emak kuat-kuat, salam cium tangan Emak lama-lama....
Namun, pada masa tu aku fikir aku akan pasti jumpa Emak semula...
Tetapi, semua itu musnah...hancur berderai apabila Emak meninggalkan kami semua keesokkan harinya. Walhal masa kami semua balik, Emak dah sihat...Emak dah segar...Emak dah tak sakit...
Petang tu, 24 Februari 2014, kebetulan aku berada di gerai Mak Uda, kami berbual seperti biasa, dia tanya khabar Emak dan Abah di kampung, aku jawab semuanya OKAY.
Tetiba dapat panggilan kecemasan dari Unyah, Emak masuk kecemasan katanya. Emak jatuh bilik air. Ya Allah!! Tapi Abah kata Emak okay, Emak tak apa-apa..doktor sedang merawat Emak. Aku tetap tak lega. Aku bergegas balik ke rumah (walhal ada kelas tuisyen malam tu). Kelam kabut bila Uyang and Ucik kata Emak kritikal, Emak nazak...Bagai nak pecah dada..Aku rasa melayang bila Abah call, Abah kata jangan rushing-rushing. Abah tak cakap apa-apa tentang Emak, sehinggalah aku tanya keadaan Emak, baru Abah bagitahu, Emak dah takde. Masa tu, aku rasa bumi berputar laju, badan dan fikiran dah melayang ntah kemana...
Emak dah takde...
Emak dah takde...
Mana mungkin!!!! Semalam kami baru berjumpa!!!
=======================================================
Masih terfikir-fikir, kemana perginya "benda"/batu yang membuatkan saluran buah pinggang Emak tersumbat sehingga kononnya menjadi punca buah pinggang Emak rosak. Adakah dah pecah masa kena jolok dek tiub masa minor operation yang pertama tu? Sebab, kata Abah (dan aku nampak sendiri), ada air hitam yang mengalir keluar dari hidung dan mulut Emak. 
Adakah itu punca Emak pergi?
Hati aku kuat mengatakan bahawa,  "benda"/batu pecah masa mereka jolok-jolok tu...
Tapi, aku bukan sapa-sapa...kami bukan sapa-sapa....kami tak tahu dunia perubatan...kami Redha dan Pasrah dengan ketentuanNya...
Emak nak berehat...
Emak dah penat....
Cuma, Emak kata Emak nak rehat selepas majlis perkahwinan Aku...
Tapi, Emak pergi berehat awal....
=======================================================
Emak pergi tinggalkan kami....
Emak tersenyum....
Manis senyuman Emak...
Al Fatihah untuk Emak...
Ayong, Abah, Unyah, Uyang, Ucik, Adek dan lain-lain....kami sangat rindukan Emak....
Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Roh Emak
Semoga Emak berehat dengan Aman dan Damai di sana...
Aku kongsikan beberapa gambar yang sempat aku ambik....gambar bagi setiap 
"KALI TERAKHIR EMAK"
Baju sedondon kami sekeluarga yang terakhir bersama Emak pada Syawal 2014
Kenduri terakhir kami bersama Emak - Majlis Merisik aku (08 Disember 2014)
Kenduri terakhir kami bersama Emak - Majlis Merisik aku (08 Disember 2014)
Kenduri terakhir kami bersama Emak - Majlis Merisik aku (08 Disember 2014)
 Suapan Kek Hari Jadi  terakhir Emak kepada Abah - semasa Ulangtahun Kelahiran Abah yang ke 55 (08 Disember 2014)
Percutian keluarga kami yang terakhir bersama Emak - Melaka (14 - 16 Disember 2014)
Percutian keluarga kami yang terakhir bersama Emak - Melaka (14 - 16 Disember 2014)
Percutian keluarga kami yang terakhir bersama Emak - Melaka (14 - 16 Disember 2014)
Percutian keluarga kami yang terakhir bersama Emak - Melaka (14 - 16 Disember 2014)
Percutian keluarga kami yang terakhir bersama Emak - Melaka (14 - 16 Disember 2014)
Rumah Terakhir Emak
Rumah Terakhir Emak
Rumah Terakhir Emak
Rumah Terakhir Emak




No comments:

Post a Comment