Thursday, May 29, 2014

Sembah takziah atas kemangkatan Sultan Perak yang ke-34 [Tribute To DYMM Sultan Azlan Shah]

Tanggal 28 Mei 2014, hari Rabu, pada jam 1.30 petang, negara digemparkan dengan berita kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin ShahAlmarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah merupakan Sultan Perak yang ke-34 dan mangkat pada usia 86 tahun. Baginda Sultan dilahirkan pada 19 April 1928 di Batu Gajah. 
Kemangkatan Almarhum telah diumumkan oleh YB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir secara langsung di RTM.
Baginda Sultan telah memerintah negeri Perak Darul Ridzuan selama 30 tahun dan sepanjang naungan Baginda, kami rakyat Perak hidup aman dan damai.
Selain memegang portfolio sebagai Sultan Perak baginda juga merupakan "Father Of Malaysian Hockey" yang mana baginda bukan sahaja merupakan seorang pentadbir malahan turut menyumbangkan bakti sebagai pemain hoki. Baginda Sultan mula bermain hoki semenjak zaman persekolahan baginda dan turut mewakili Perak dalam sukan ini sebelum dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Hoki Malaysia pada tahun 1973. 
Perak merupakan salah sebuah dari 7 buah negeri di Malaysia yang mempunyai Sultan sebagai Ketua Negeri, yang mana selain Perak adalah Johor, Kedah,Kelantan, Pahang, Selangor dan Terengganu.
Aku, salah seorang rakyat Perak Darul Ridzuan, secara peribadi amat terkesan dengan pemergian Baginda. Sedih dan sebak. 
Aku pernah bertemu dengan Baginda Sultan sekali iaitu semasa aku bersekolah di SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, masa tu aku dan kawan-kawan yang lain mengadakan persembahan koir bersempena Hari Majlis Perhargaan dan Anugerah Kecemerlangan (tak berapa ingat sebenarnya nama majlis tersebut). Baginda Sultan merupakan tetamu Kehormat yang menghadiri majlis tersebut dan kami yang terlibat kena raptai berkali-kali untuk menyembah duli.
Persoalannya sekarang ni, siapakah yang bakal menggantikan tempat Almarhum sebagai Sultan Perak ke 35? Menurut Setiausaha Dewan Negari Perak, Datuk Ayob Hashim, Istiadat perlantikan dan pengisyhtiharan Sultan Perak yang baharu akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengebumian jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah yang dijadualkan selepas Asar hari ini (29 Mei 2014). Sultan Perak ke 35 akan ditentukan melalui satu mesyuarat khas Dewan Negara Perak yang dipengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin di Istana Iskandariah. Mesyuarat khas itu diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negara hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah.
Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu itu akan berlangsung selepas orang ramai dan orang kenamaan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah. Jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar.

Al Fatihah



No comments:

Post a Comment