Friday, July 25, 2014

Dua Hari Lagi...Selamat Tinggal Ramadhan 1435

 Hari ini, 25 Julai 2014, hari Jumaat, Jumaat terakhir untuk Ramadhan 1435/2014.
Cepat benar masa berlalu...Pejam celik...pejam celik...tinggal dua hari je lagi Syawal menjengah tiba...
(nyaris celik semula, kalau pejam tak celik-celik...???)
Keadaan trafik jangan dikatalah, sesak, ada yang dah bergerak balik  ke kampung halaman...
Aku? 
Seperti tahun - tahun yang lepas, aku pasti takkan melepaskan peluang untuk balik ke kampung halaman.
Cuma yang beza tahun ini, aku tak balik kampung bersendirian sebaliknya ditemani suami dan anak-anak tiri aku. 
Tapi, apabila dah bertukar status ni, sudah pasti akan ada sedikit perubahan yang aku kena hadapi dan kena aku biasakan...
Kalau dulu, selama mana aku bercuti, aku tetap bersama Emak, Abah, Unyah, Uyang, Ucik, Adeq, Daud, Aten, Abang Danish dan Awang Tenit Mak Yong tu...
Tapi kali ini, aku terpaksa membiasakan diri untuk membahagikan masa untuk beraya di kampung suami aku yang nyaris tak jauh dari kampung aku.
Kata Unyah, walaupun Yop dia tu yatim piatu tapi aku kena ingat,...aku kena adil...bahawasanya suami aku masih ada kakak-kakaknya.
Herm....satu benda baru dalam hidup aku.
Kata Abah, Abah faham yang anak-anak Abah dah jadi milik orang...
Dah berkeluarga... 
Dah ada komitmen dan tanggungjawab...
Abah tak kisah asalkan anak-anak Abah bahagia dan tak bergaduh hanya kerana HARI RAYA.
Ayong bangga ada Abah macam Abah.
Ha....asal nak raya je banyak lagu raya yang berkumandang di radio. 
Syahdu, sebak dan sedih sebab kali pertama beraya tanpa EMAK.
Antara banyak lagu raya, ada satu lagu yang memberi kesan kat aku. 
Lagu ni aku dah pernah post tahun lepas
Tapi aku nak jugak post lagi tahun ni sebab lagu ni sedikit sebanyak ada kena dengan kisah aku, Unyah dengan Uyang membuat persiapan beraya masa kami kecil-kecil dulu. 
Masa kami masih di bawah tanggungan Emak dan Abah.
Tentu korang pernah dengar lagu ni kan...

Baiklah...Mood nak kerja dah ke laut...Mood nak balik kampung sudah mari...
Sebelum aku stop membebel, aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan:
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.


Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

 

No comments:

Post a Comment