Monday, November 3, 2014

Hanya Selepas 81 Hari

Hanya selepas 81 hari, 
Aku berpeluang untuk mengemaskini "rumah" Aku ni...
Hanya selepas post terakhir Aku pada 13 Ogos 2014 Aku kembali
Aku manusia biasa, tiada apa yang menarik untuk Aku kongsikan..
Aku bukan sapa-sapa..
Aku cuma Ayong kepada Abah, Allahyarhamah Emak, Unyah, Uyang, Ucik, Adeq, Daud ngan Aten...
Aku cuma Mak Yong kepada Abang Danish, Awang Tenit ngan Cik Pea..
Aku cuma Sayang kepada Suamiku, Abang...
Aku cuma Mummy kepada anak-anak tiriku...
Aku cuma Hanim bagi kawan-kawanku...
Alhamdulillah,
Aku punya mereka dalam hidup Aku
=============================================================
Hari Ini, 03 November 2014,
Hari ini, telah berlalu 253 hari kami tanpa Allahyarhamah Emak...
9 hari lagi hari lahir Allahyarhamah Emak yang ke 52...
Allahyarhamah Emak lahir pada 12 November 1962...
Tapi Allahyarhamah Emak sudah takde untuk meraikannya...
Allahyarhamah Emak telah pergi meninggalkan kami..
Tahun lepas merupakan tahun terakhir Allahyarhamah Emak menyambut hari jadinya...
Tapi...masa tu hanya ada Abah, Ucik ngan Adeq je...Ayong, Unyah n Uyang takde...
Kalaulah kami tahu itu merupakan sambutan yang terakhir Allahyarhamah Emak...
Sudah pasti kami akan meluangkan masa untuk meraikannya...
Apakan daya, kami tak tahu...
Itu semua Allah dah aturkan
 
 
 
 
 
=============================================================
Selepas Allahyarhamah Emak pergi, 
Tahun 2014 seolah-olah bukan tahun yang baik bagi kami...
Macam-macam yang tak berapa elok berlaku...dan yang terkini, Abah ngan Adeq eksiden motor depan rumah masa nak masuk simpang selepas balik dari kubur Allahyarhamah Emak...
Alhamdulillah..mereka tak apa-apa, cuma luka-luka. 
Tapi, Abah mengalami sakit dada sampai sekarang, nak batuk sakit, nak bernafas sakit, nak bersin lagilah sakit katanya..rasa macam nak pecah dada kata Abah.

Aku? herm....Alhamdulillah Aku mempunyai Suami yang memahami. 
Beliau tak pernah menghalang untuk Aku balik kampung, jenguk Abah ngan Adek, teman Abah ngan Adek...
Cuma, prestasi kerja Aku agak "kureng" menarik untuk tahun ini. 
Aku sendiri dapat rasakan Aku mempunyai masalah kedatangan, tapi Aku nak buat camne, Aku taknak menyesal lagi...Abah ngan Adeq adalah aset yang paling bernilai yang Aku ada, merekalah nyawa Aku, selain dari Unyah, Uyang, Ucik, Daud, Abang Danish, Awang Tenit Mak Y0ng, Aten, Cik Pea Mak Yong ngan Suami Aku.

Ya Allah...
Kau peliharalah Kami sekeluarga,
Kau lindungilah Kami sekeluarga,
Kau rahmati dan berkatikanlah Kami sekeluarga,
Kau sihatkanlah Abah Kami..


Keluarga Aku pada Aidilfitri 2013
Keluarga Aku pada Aidilfitri 2014


No comments:

Post a Comment