Thursday, November 6, 2014

Welc0me To The Family, Cik Pea..::~NewBie~::..

 
Alhamdulillah....
Hari ini, 06 November 2014, sudah 24 hari ahli baru keluarga kami menghirup udara segar di bumi bertuah ini...
24 hari yang lalu, aku dan Abah serta adik-adik yang lain, kami sekeluarga begitu teruja dan gembira menyambut kelahiran seorang lagi ahli baru keluarga kami sampaikan tak lena nak tidur malam 13hb tu. Siang 13hb dah tak senang duduk gara-gara Mak Bo0oo0o dah masuk wad.
So, ahli keluarga kami telah bertambah menjadi 13 orang (termasuk Allahyarhamah Emak). Syukur kehadratMu Ilahi..
Pada 14 Oktober 2014 ataupun 14.10.14 (cantik tak? cantik tak?), adik ipar aku, Aten telah selamat melahirkan seorang puteri yang beratnya pada masa itu hanya 2.4kg...
Tapi sekarang?? Dah masuk 3kg lebih hokey! Syabas!!!
Selepas pada itu, Aku selaku Mak Yong nya, Atoknya, Aciknya apa lagi...Terus hapdet Facebook...ngeh~ngeh~ngeh~...hebat tak kami....
 
 
Sebelum hadirnya Cik Pea kami ni...kami dah ada dua orang hero...

Muhammad Danish Arfan ataupun aku timangkan dia "Pau Di Muka" sebab pipinya semakin gebu macam pau...hahaha

Yang seorang lagi adiknya, Muhammad Daniel Zafran tapi aku timang dengan panggilan "Awang Tenit Mak Y0ng tu" sebab dia ni ketot je aku tengok...haha
 
 So, sekarang kami dah dapat seorang heroin...
Memang kami sekeluarga duk impikan ada heroin tecik yang hadir dalam hidup kami dan Alhamdulillah..kelahiran Cik Pea telah menunaikan impian kami.
Terima Kasih Allah SWT.
Hanya selepas 2 hari barulah Mama ngan Papa Cik Pea ni mengumumkan nama penuh Cik Pea melalui media sosial Facebook mereka suami isteri...
Dan feeling-feeling retis plak kan....ambik masa nak umumkan nama baby...ahaks!!!
Uyang n Aten jangan marah ar...xmo!xmo!xmo!xmo marah-marah..
Tu dia...namanya...
SITI NURSAFFIEYA AMNI BINTI MOHD SHUKERY...
Nasib lah bakal suami Cik Pea ni...
Tetapi kenapa Cik Pea?
Aku pada mula dapat tahu nama baby ni, aku dah set nak panggil Cik Pea...sebab nampak macam comel dan cute je...macam Mak Y0ng dia...hehehehe...
Rupa-rupanya Atok dengan Mak Sunya pun panggil Cik Pea sebab katanya macam muka salah seorang peserta realiti TV yang namanya pun Cik Pea. Cuma Mak Nyah dengan heroes je panggil Baby Fieya...
Whatever it is...Kami sayang Cik Pea...Kami sayang semua-semuanya...
Welcome to our family, Cik Pea, Baby Fieya....
Allah ambil seorang perempuan dari hidup kami dan Allah telah gantikan dengan seorang perempuan walaupun semuanya berbeza dan takkan sama.
Gambar? Gambar Cik Pea? 
Maaf, tak boleh nak publish tanpa keizinan Mama ngan Papa Cik Pea, nanti Mak Yong Cik Pea kena saman...Takuttttt....
So, surprise!!!!!!
Tunggu sampai Mama ngan Papa Cik Pea sendiri yang dedahkan....retis katanya...ahahaha...
==============================================
Untuk Pau Di Muka,
Untuk Awang Tenit Mak Yong,
Untuk Cik Pea,
Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah..
Semoga menjadi anak yang taat terhadap Mama, Daddy dan Papa..
Semoga menjadi anak yang hormat terhadap orang tua...
Semoga menjadi anak yang patuh atas ajaran Rasulullah SAW dan agama Islam..
Semoga menjadi anak yang cerdik pandai..
Semoga menjadi anak yang petah berkata-kata untuk membela keluarga, agama, bangsa dan negara..
Semoga menjadi insan yang berguna dan berbakti..

Untuk Pau Di Muka,
Untuk Awang Tenit Mak Yong,
Untuk Cik Pea,
Semoga Allah merahmati kehidupanmu..
Semoga Allah memberkati setiap detik nafasmu..
Semoga Allah melindungi setiap langkahmu..
==============================================





No comments:

Post a Comment