Tuesday, November 4, 2014

Siapakah Beliau ..::Al Fatihah Muhammad Syazwi Nazri::..

Siapakah beliau?
Siapakah beliau si empunya nama Muhammad Syazwi Nazri.
Terus terang, aku pun tak begitu mengenalinya...
Aku hanya mengenalinya sebagai kawan se"gym" di IronGym Hardcore, Damansara Damai..
Aku masih ingat, mula-mula aku menjejakkan kaki kat gym tu, Mr. Dia (yang pada masa tu kami masih berkawan) memberitahu aku, bahawa Muhammad Syazwi Nazri ni merupakan seorang model dan beliau sanggup habis beribu untuk maintain kan kegagahan dan kecantikan tubuh badannya.
Kisah beliau tu berlalu macam tu je lah...
Sekali sekala kalau terserempak kat gym kami hanya akan bersedekah senyuman, langsung tak pernah bersembang dan lepak sama-sama selepas selesai workout seperti yang biasa aku lakukan dengan dua tiga orang kawan-kawan gym.
Tapi, siapa sangka, siapa menduga..
Pagi tadi, melalui WhatsApp Group - IronGym, salah seorang trainer memaklumkan bahawa beliau yang kami kenali telah dijemput Ilahi awal pagi tadi.
Muhammad Syazwi Nazri telah kembali ke Rahmatullah setelah menderita menghidapi leukemia selama 5 tahun. 
Tetapi, Allahyarham sangat kuat, sangat tabah melawan penyakitnya itu. 
Hanya segelintir dari kami yang mengetahui bahawa Allahyarham menghidapi penyakit itu.

Aku cuba meng"Google" nama Allahyarham, dan berikut antara yang aku dapat:-


Semoga Allahyarham ditempatkan di dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh serta Ahli Syurga. 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.



No comments:

Post a Comment