Thursday, April 21, 2011

Cari Jodoh....

As Salam...
Hai Kawan-Kawan...
Apa khabar hari ini....
Dah Agak Lama tak post entry kan...
Agak2nya ada tak yang rindukan post2 aku ni. ::perasan tiba2::

Kali ini, aku nak cite/share apa yang berlaku bebaru ni...
Seperti biasa, pas habis keje kat Opis, aku terus p tolong makcik aku, Mak Uda niaga kat depan sekolah area umah aku ni....

Ntah nape tiba2 je makcik aku cakap sesuatu...
Berikut adalah perbualan kami...

Mak Uda - "Kak Yong, Kalau Mak Uda nak Cakap sket, Kak Yong jgn marah ye"
Aku - " Apa dia?"
Mak Uda - " Kalau Mak Uda carikan jodoh untuk Kak Yong, boleh ye?"
Aku - " Erm....ikutlah...tak kisah, kita tahu Mak Uda akan cari yang tebaik untuk kita"
Mak Uda - " Ha'ah...tentulah...tapi Kak Yong jangan malukan Mak Uda tau"
Aku - terdiam...speechless!!!
Perbualan itu betul2 mengganggu fikiran, hati dan perasaan aku...
Aku akui, niat dia baik...dia kata sebab kesian dan tak sampai hati bila tengok aku asyik diperli oleh makcik aku yang lagi sorang tu...
Tapi, kenapa mesti dia nak sibuk2?
Sedangkan mak, abah n adik2 aku tak kisah pun, aku pun tak kisah...
Bohongla kalau aku kata aku taknak KAHWIN...
Bohongla kalau aku kata aku taknak BERCINTA...
Bohongla kalau aku kata aku taknak ada SUAMI, ANAK dan KELUARGA sendiri...
Tapi,.....
Kalau nak suh aku cari...minta maafla...
aku takde masa untuk hal2 remeh ni...
Aku kena belajar semula cmna nak bercinta...
Aku kena belajar semula cmna nak percaya kat lelaki...
Aduh!!!

Aku pernah kata pada diri aku sendiri, aku redha andai jodoh aku tu seorang duda, 
TETAPI....
biarlah dia tu kematian isteri...
Tak sanggup aku kalau dia tu duda yang bercerai hidup...
Risiko Tinggi!!!

Tapikan.....
Kalau dengan Lelaki itu.....
Aku sanggup...Ahaks....
Eh! Dia tu duda ke?
Ops!!!
Kat bawah ni, aku nak share satu artikel tentang

::CARI JODOH MENURUT ISLAM::
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Urusan Jodoh itu ditangan Allah SWT, namun, bagaimana cara mengenali jodoh dalam Islam. Tips ini berguna bagi yang sedang mencari jodoh dari Ustaz cinta, Restu Sugiharto. Menurut beliau....

Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu?

"Siapa yang paling bisa Memaklumi, Memaafkan dan Memotivasi kita ke arah yang lebih baik Insya Allah itu jodoh kita"

Jadi kalau ingin mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M diatas supaya hubungan cinta dapat berkekalan dan tidak bercerai berai. Jadi jodoh itu jangan berdasarkan nafsu (rupa wajah, harta kekayaan, dsb) tapi haruslah berdasarkan Islam (kuat aqidahnya, rajin ibadah dan indah akhlaknya).

Menurut Ustaz yang juga dikenal sebagai pakar perjodohan dan pemilik pengajian Mujahadah Cinta Keluarga,  jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.
Ssshhhhhh! Jangan percaya sama  ramalan jodoh atau cinta monyet kerana itu bukan jodoh yang sesungguhnya.

Cukup ingat 3M diatas supaya kamu benar-benar mendapatkan Jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan dalam hidupmu kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam. Insya Allah akan membahagiakan hidupmu baik dunia maupun akhirat.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 Juga ada doa yang boleh dijadikan sebagai permohonan kepada Allah agar mendapatkan jodoh:
::DOA:: 

Antara lain doa Nabi Zakaria yang ertinya:

Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya 'ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik'. (QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, perbanyak membaca shalawat nabi Muhammad saw. 

Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad. 

(Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau). 

Dibaca sekurang-kurangnya 1000 kali dalam sehari semalam. 
Insya Allah doa Anda dikabulkan oleh Allah SWT. (11)

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


No comments:

Post a Comment