Thursday, April 14, 2011

I'm back....

AsSalam....
Hai kawan-kawan....
Rasa macam dah lama tak post entry kat rumah kelima aku ni....
Rumah kelima?
Kenapa rumah kelima?
Sebab....
Sebabnya ialah....
- Rumah Pertama kat Batu Gajah, Perak nun, rumah yang menghimpunkan aku dengan Mak, Abah, Unyah, Uyang, Ucik, Adeq, Daud (adik Ipar aku), Danish dan Zafran (anak buah aku)..
- Rumah Kedua plak rumah yang aku duduk di Bukit Rahman Putra, aku tinggal, mandi, makan, tidur, salin/tukar baju, simpan barang2 peribadi, lepak dengan hsmate dan macam2 lagi aktiviti..yang paling penting, tiap2 bulan kena bayar...hehehe
- Rumah ketiga aku ialah umah Uda dan Mak Uda aku, kalau nak blk umah kedua aku, mmg tak lepas kalu tak lalu depan umah depa ni, memang takkan lengkap kalau tak singgah n lepak kat umah depa ni...
- Rumah keempat aku plak kat Subang Bestari ni la....best sebab ada kawan-kawan....dan yang paling best, tiap-tiap bulan dapat duit...kuikuikui....opis aku la...tempat aku cari rezeki..
Jadi, blog ni Rumah Kelima aku la....tempat aku menyuarakan apa yang aku rasa - rasa tak puas hati ke, rasa sedih ke, rasa gembira ke, rasa marah ke, rasa syok sendiri ke dan macam-macam rasa lagi lah... 
Kali ni aku nak share tentang....
||||
||||
||||
||||
 |||| 
Novel yang aku nanti-nanti kan.....
Kalau korang nak tahu, aku ni memang hantu novel, memang minat sangat-sangat baca novel...
Kalu tak kerana novel, takkan aku jatuh SAYANG dengan drama Trilogi Cinta dan 
kalau tak kerana novel jugalah, aku takkan angau jatuh CINTA dengan Lelaki Itu...
Ops!!!Sungguh S.S....hehehe....

Kalau korang nak tahu,
ada dua novel yang sangat aku nanti-nantikan....
Novel yang pertama dan yang sudah pastinya akan muncul di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pada April ini iaitu Sutera Bidadari....
Hasil Nukilan Ramlee Awang Murshid.....
Aku memang minat gila dengan hasil nukilan beliau,
sangat mencabar minda dan sangat saspen...
Selain itu, unsur-unsur thrill dia tu...pergh!!!!!!thumbs up!!!mantap!!
Ha....kat sini aku berbesar hati nak share dgn korang promo novel ini....
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Novel kedua yang sangat aku nanti2kan ialah novel keempat rentetan daripada 3 novel yang menghasilkan satu fenomena di TV1 bebaru ini - Trilogi Cinta.
Novel pertama bertajuk - Tak Seindah Mimpi
Novel Kedua bertajuk - Tak Semanis Impian
dan
Novel Ketiga bertajuk Tiada Lagi Mimpi
Jadi, untuk novel keempat ni aku tak pasti apa tajuknya dan juga aku tak pasti bila akan "lahir"...
Aku tahu akan adanya novel ini disebabkan aku ada la berYM dengan Lelaki Itu dan dia ada inform aku tentang hal ini....
Statement dia ni diperkukuhkan lagi masa aku menonton 
Sehati Sejiwa - 2 cinta di TV1 bebaru ini(10 April 2011, 9.00pm-10.00pm sempena episod akhit Trilogi Cinta) ...
Kata si Rosyam Nor (Penerbit Trilogi Cinta), ada perancangan untuk menyambung sekuel Trilogi Cinta ini dan dilancarkan serentak dengan novel keempat hasil nukilan Sharifah Abu Salem ni
 Agak-agaknya....
Bilalah Siri Keempat ni akan lahir yer....
Untuk siri pertama sampai ketiga, aku dah simpan dah dan ulang baca pun....

Jadi, untuk minggu depan, aku akan ajak housemate aku (takpun Uda aku) teman p PWTC untuk Pesta Buku ni....nak pulun beli novel terbaru Ramlee Awang Mursyid - Sutera Bidadari (inipun sekuel juga....ada 3 siri sebelum ini iaitu Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta) dan apa sahaja hasil nukilan beliau yang aku takde...
ada diskaun kot...hehehehe...
Ada sapa2 nak ikut tak?
Berikut adalah promo Pesta Buku tersebut......

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥




♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
pssttt...pppssstttt....
ada ke tak ye novel keempat tu....
Sapa nak teman aku p KLIBF 2011 ni?
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

No comments:

Post a Comment