Sunday, March 6, 2011

Cinta Kedua?Oh!!No!!

 Aku Cinta Padamu?
Adakah betul perasaan ini?
Cinta?Suka?Sayang?Atau Syok Sendiri?
Aduh!!!!!!
Adakah perasaan ini tidak pernah berbohong?
Adakah perasaan itu kembali semula setelah hampir 4 tahun ianya hilang?
Dulu, selepas putus tunang, aku rasa tak mungkin akan ada perasaan ini lagi....
Adakah aku silap?
Sejak aku berjumpa semula dengannya, perasaan yang sama telah datang semula....
Apakah benar ini cinta ataupun mainan perasaan sahaja....
Gatal sungguh!!!
Tapi, Unyah kata tak salah kalau aku gatal sebab dah patut pun aku gatal....
Adakah wajar aku mempunyai rasa ini sedangkan dia hanya seorang kawan......
Aku tak mahu kehilangan seorang kawan hanya kerana perasaan ini...
Di kala kawan2 seopis duk sakat aku, mulut aku menafikan namun hati aku berbunga...
Apakah semua ini?
Orang kata cemburu itu tandanya sayang....
Aku memang cemburu tapi masih boleh menyembunyikannya...
Aku menyedari kehadiran cemburu  ini di saat dia ingin mengenali kawanku...
Gila!!!Aku tak boleh cemburu....
Itu hak dia....
Tapi, Cemburu itu hak aku....
Kenapa perasaan ini datang kembali?
Ianya menjiwakacaukan aku......
Aku suka tapi menafikannya...
Aku mahu, tapi malu...
Ya Allah,
Apa yang patut aku lakukan?
Berterus terang?
Oh!No!
Tidak sama sekali....
Sebaiknya aku pendamkan saja rasa ini...
Perasaan ini tidak bersalah...
Ianya sesuatu yang tulus lagi suci....
Andai betul ini CINTA,
Aku ikhlas menyintainya...
Andai rasa ini adalah mainan perasaan,
Aku redha akan ketentuanNya...
Aku pinjam kata2 Has dari blognya;

YA ALLAH...
ANDAI TELAH KAU TAKDIRKAN DIA BUKAN UNTUKKU.. 
DAN AKU BUKAN WANITA TERBAIK UNTUKNYA....
KAU KUATKAN LA HATIKU.. 
KAU RASIONALKAN LAH PEMIKIRANKU.. 
KAU TETAPKAN LAH IMANKU... 
KAU HILANGKANLAH SAKITKU...


1 comment: