Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !


Aku tahu kewujudan blog Ben Ashaari ni melalui blog kawan aku, ***.::dgurlinred::.***
Aku berminat untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh beliau:

3. Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan .. 
--Jawapan aku: Kenangan yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Mak hampir - hampir dibuang kerja. Hanya kerana menemani aku yang pada ketika itu sungguh "berong" akibat putus tunang. Mak tak dapat cuti daripada majikannya namun hati seorang ibu, mana mampu dia meninggalkan anak gadisnya kesunyian ditemani kekecewaan. Mungkin mak takut aku melakukan perkara-perkara yang bodoh (walaupun pada hakikatnya aku tak terfikir langsung nak buat keje bodoh), maka mak sanggup bercuti tanpa mendapat keizinan dari majikannya. Kesian mak...tapi, apakan daya, aku sendiri tak mampu nak berfikir secara waras ketika itu. Akibat daripada putus tunang. Aku terasa dunia aku kelam, aku rasa seperti aku dah gila/sewel dan sebagainya. Namun, aku masih bernasib baik kerana aku mempunyai mak yang sanggup bersama-sama aku.
Mak, terima kasih mak...kalau mak tak berkorban, tak tahulah apa yang akan terjadi pada ayong....

4.  Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ? hehehe... 
--Jawapan aku: Abah....emak seorang yang bekerja kuat jadi masanya agak terhad untuk kami adik beradik...huhuhu

5. Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ? 
--Jawapan aku: Sudah tentu tak sanggup....Ya Allah, lindungi lah aku daripada melakukannya....

6. Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka .. 
--Jawapan aku: Anak-anak tersebut tidak mendapat pendidikan yang sempurna dari ibubapa, tetapi, pada anak-anak yang berfikiran matang, mereka tak sepatutnya berebut. Adakah lebih indah jika memiliki harta hasil dari titk peluh sendiri...Lebih manis rasanya

Inilah mak aku....Mak, Ayong SAYANG Mak sangat2



No comments:

Post a Comment