Thursday, March 31, 2011

Aku dan Pengalaman Itu....

Entry kali ini adalah kesinambungan dari entry aku tidak lama dahulu, tentang program assessment yang perlu aku atend untuk Penguasa Kastam......
Entry yang mana ye?
Ha......Entry yang ni la....
http://ayonghanim.blogspot.com/2011/03/kekalutan-kegabraan-keseronokan.html

Maka, bila tiba masanya, aku pun berangkatlah ke Ayer Keroh, Melaka, bersama-sama dengan Abah aku yang sanggup datang dari kampung semata-mata nak temankan aku....

Kami bertolak dari Sg. Buloh dalam jam 5.00am melalui Lebuhraya Utara Selatan.....
Kami singgah di Hentian Rehat di Ayer Keroh untuk solat Subuh dan juga makan-minum....

Kami tiba di tempat yang dituju dalam jam 8.00am....
Setelah aku turun dengan barang2 yang aku bawa, abah pun p la lepak kat mana2....bukan taknak sewa tempat penginapan tapi, abah yang tak mau, boring sorang2 katanya...
Dia sanggup tdur dalam kete jer......

Pengalaman pertama aku bermula....
Tepat jam 8.30am, 28 Mac 2011, aku memulakan pendaftaran kemudian kami semua di beri BIP....kami disyaratkan supaya memakai BIP tersebut sepanjang masa kerana kami hanya akan dikenali dengan nombor yang terdapat pada BIP tersebut.
BIP aku bernombor 95.
Setelah melepasi kaunter pendaftaran di Kaunter SPA, kami seterusnya mengambil gambar (dengan muka sememeh, bergambar, memang sangat hodoh...huhuuh)
Kemudian, wat urine test.....
Kami di beri pilihan tajuk untuk Public Speaking yang dijadualkan diadakan pada esok pagi.
Setelah memilih tajuk yang dirasakan sesuai, aku diberi bilik untuk aku bermalam selama 1 malam ni.....
Malam ni, aku mandi, rehat dan tidur di Rumah 2, Bilik 3....
Roommate aku namanya Lia....dari Kelana Jaya....
Asal Gopeng, Perak....
Dalam sebuah rumah ada dalam 10 orang....
Yang aku kenal dan ingat nama depa ialah, Lia (tu pun sebab dia ni orang pertama yang tegur aku masa mula2 masuk ke tempat tu), kemudian Leen dan Madonna. Tu je yang aku ingat....

Lepas dah bawa barang2 semua masuk bilik, 
Kami dikehendaki ke Banglo 1 untuk Ujian Fizikal...
Apa Ujian Fizikal ni?
Depa nak cek apa?
Ha.....
Ujian Fizikal ni, mula2 depa check mata, rabun ke tak....buta warna ke tak....
Aku ni biasanya p keje guna contact lens tapi sepanjang sesi ni, aku guna spek mata je...Malas nak guna lens.
Pas check mata, depa check BMI(agak dah, mesti ada punya la dan dah sah2 aku terlebih syarat...hahahaha....xtau plak nak keje gomen ni kena body lawa2...slim2...huhuuh...diskriminasi sungguh!)
Tapi, kali ni lebih better dari yang aku p assessment untuk Penguasa Bomba kat Terengganu dulu. Awal2 dah kena reject sebab BMI ni la.
Time ni juga, depa duk check badan, samada ada tatoo atau tak.

Dah selesai sesi check badan, kami semua kena p dewan semula, untuk taklimat. Ikutkan tentatif, taklimat bermula pukul 12.00pm tapi masa tu baru kul 9.00 lebih, kiranya kami ni awallah....
Bayangkan, dari kul 9.30 tu, kami semua duk melangut kat dewan tu sampai nak tunggu kul 12.00...aduh...dah la mata mengantuk....
Selesai sesi taklimat....
kami diberi makan....
Makanan?okaylah, not bad...makan free...apa mau lagi kan....
Kena bersyukurlah dari tak diberi makan.

Bila perut dah kenyang, kami diberi masa untuk rehat sementara menanti aktiviti seterusnya pukul 2.00pm iaitu Ujian Kecergasan di Mini Stadium AKMAL Bukit Baru.
Tepat pukul 2.00pm, 
kami menaiki 3 biji bas KASTAM yang disediakan menuju ke Mini Stadium AKMAL Bukit Baru untuk Ujian Kecergasan.
Aktiviti pertama ialah, senamrobik, untuk regang2 kan tulang temulang dan urat2 yang dah keras ni...
Ingatkan wat Poco-Poco....
Hahaha....
Dah badanpun berpeluh, kami kena wat sit-up sebanyak 28 kali dalam masa yang telah ditetapkan. Aku tak ingat berapa minit masa yang depa bagi tapi Alhamdulilah, aku berjaya melakukannya dalam masa tersebut walaupun derita dan terseksa.
Habis sit-up, kami kena berlari 4x10m...Yang ni, aku terlajak masa...huhuhuhu...lepas berlari, kena melompat lah pulak melepasi jarak yang sepatutnya. Yang ni, aku tak lepas....even depa bagi 3 kali percubaan...Aduh!!!
Dan, selesai semua tu, adalah aktiviti yang paling azab sekali, iaitu berlari sejauh 2.4km bersamaan 7 kali pusingan padang tu dengan matahari terpacak di atas kepala.
Perit, memang perit tapi aku gagahkan juga.....
Nak kata aku gemuk, itu bukan alasan sebab ada yang lebih gemuk dari aku....
Takkan aku nak sia2kan peluang kan....
Round pertama je aku bersemangat lari, masuk round kedua dan seterusnya, aku melenggang mak limah je.....tak larat kot....
Masa penilai tu kata, "95, last round" aku semakin bersemangat namun, aku terasa bagai nak pitam, nak pengsan dan dah terbayang aku diusung dengan stretcher je....
Kihkihkih....
Jangan tak percaya, aku berjaya menamatkan lenggangan aku walaupun aku bagi masa bonus ....hahahah....
Memang panas terik masa tu, tapi bila turn bebudak lelaki, elok je mendung nak hujan....aduhai....
Aktiviti terakhir ialah aktiviti terakhir petang tu sebelum kami pulang ke sarang ialah aktiviti berkumpulan...dinamakan sebagai Acid River....
Sangat seronok tapi malangnya, kumpulan kami tak berjaya menghabiskannya dalam masa yang telah ditetapkan. 
Penilai tu kata, depa bukan nak tengok sapa yang boleh sampai ke garisan penamat dalam masa yang telah ditetapkan tetapi apa yang mereka nak ialah semangat kerjasama even kami saling tak kenal antara satu sama lain, kemudia depa nak tengok kejujuran/integriti kita sebab kalau kaki terkena lantai, kita semua kena undur semula dan depa nak tengok kesungguhan kita.
Whatever......


Malam tu, lepas Solat Isya, kami kena ke dewan semula untuk Ujian Penaksiran Personaliti selama 1 jam iaitu dari pukul 9.00pm hingga 10.00pm. Kena jawab 185 soalan di dalam OMR form.


Malam tu, aku sempat lagi tengok Trilogi Cinta walaupun lewat 1/2 jam, tapi aku tak kisah sebab aku dah download siri ni...hehehehe....


Pagi esoknya, aku ambil peluang untuk draf text untuk Public Speaking, memang kalut dan tiada idea.
Tajuk apa yang aku pilih?
Ha.....Aku pilih - "Website, Blog and FB".
Macam2 la aku duk tulis tapi ntahlah...kot lemah semangat plak masa tu.


Lepas breakfast, kami ke bilik/rumah yang telah ditetapkan bersama kumpulan masing2 yang telah depa bagi selepas menjawab test semalam.
Aku kumpulan 7 jadi duk kat Bilik 7 la...
 Dalam group aku ada 10 orang, hanya 3 je hero, yang lain semua heroin...
wah!!!
Mula-mula kami diminta untuk buat Kajian Kes, tajuk yang diberi ialah lebih kurang ginilah....
"Sebagai Orang awam, bagaimana anda nak ubah persepsi negatif orang awam mengenai KASTAM"
Uih!!!!!!!!!!
Macam2 idea la yang kuar...semua orang pakat nak bercakap sampai penilai tu duk tegur...hahaha...masing2 nak tunjuk skill....


 Settle tu, kami di beri minum kemudian diteruskan semula dengan Public Speaking....
Memang sangat gementar....
Dah la penilainya 2 orang pegawai wanita yang bermuka ketat....depa muka ketat, kami ni apatah lagi la...kecut perut kot....
Alih2 aku yang depa panggil dulu, Aduh!!!!!
Memang kantoi...
aku leh gagap plak...
kepala lutut menggigil...
Apapun, Alhamdulilah, aku berjaya menamatkan semua sesi ini dengan jayanya...
Kata penilai tu, tiada istilah betul dan salah, gagal dan berjaya cuma yang ada sesuai ataupun tidak...itu jer....
Tak kisahlah apapun...
Pada aku, andakata aku terpilih untuk ke sesi seterusnya - temuduga, ianya merupakan satu bonus dan anugerah yang tak ternilai untuk aku tetapi, andaikata aku dikatakan tidak sesuai, aku redha kerana banyak kelemahan aku, dan yang paling utama BMI aku, kemudian orang suh berlari, aku duk berjalan dan juga public speaking aku...Orang bagi masa 5 minit untuk bercakap, aku guna 3 minit lebih jer....namun, ianya merupakan pengalaman yang amat bermakna buat diri aku dan sekurang2nya aku menunjukkan kesungguhan aku dengan menghadiri program ini.


Aku dan abah bergerak balik ke Sungai Buloh dalam jam 12.30pm, singgah sekejap di R.R Ayer Keroh untuk beli cencalok yang kawan aku pesan dan kami tiba di Sg. Buloh dalam pukul 2.30pm. Lepak kat umah Uda sebab train abah ke Batu Gajah pukul 6.45pm.


pssttt...pppssttt....terasa amat rugi sebab tak de ambil gambar lgsg
sepanjang program ini. Sedihnya sebab takde langsung kenangan sepnajang 
program tersebut. 
So, xdapatla nak share dengan korang semua.



No comments:

Post a Comment