Tuesday, March 15, 2011

Aku dan Yahoo Messenger

Aku mula belajar berkenalan dengan orang melalui YM ni kalau tak silap masa aku menjejakkan kaki ke menara gading...Universiti Utara Malaysia....
Pada aku, YM ni tempat kita cari kawan/kenalan....
Walaupun peratusannya amat rendah...
  Namun ada yang bertemu jodoh melalui YM ni....
Kenapa aku bangkitkan isu YM ni....?
Mula2 dulu memang kemaruk dengan YM...
Pantang boleh on9...terus sign-in YM...
Tapi, tu dulu....
La ni....memang aku masih on9 YM walaupun jarang-jarang....
Dah rasa tak best....
Sebab apa?
Mungkin faktor umur....
Ataupun faktor-faktor lain....

Secara jujurnya, aku on9 YM sebab nak cari kawan.....
Kawan yang ikhlas dan jujur...
Tapi itulah kan.....
Dalam dunia maya ni...
Macam2 boleh jadi....
Even kita jujur dan ikhlas....
Tak semua ada sikap yang begitu...
Mereka menyalahgunakan YM ni untuk tujuan yang tak bagus....

Bukan sekali ataupun 2 kali....
Banyak kali dah....
Mula2...sembang molek je...
Alih2....duk tanya yang bukan2...
Pe hal nya ni....
Takdak akal dah ke?
Tak professional langsung....
Kenapa aku tak boleh buat macam depa tu?
Duk tipu sana sini...
Mencanangkan bahawa aku ni cantik la...lawa la....
Walhal aku ni...cute + comel je....hehehe....

Itu bukan sifat sebenar aku...
Kalau aku tak cantik...
Mana mungkin aku katakan bahawa aku ni cantik kan...
Pada aku, kalau orang tu benar2 ikhlas dan jujur untuk berkawan...
Dia takkan kisah semua itu kan...
Bukankan Allah SWT telah menciptakan makhluknya seelok-elok kejadian...
So, I'm should proud of myself....

Cuma...
Aku geram sangat2....
Apsal la ada mamat ni yang YM and tanya soalan yang tak sepatutnya dia tanya?
Tak malukah mereka?
Rendahnya martabat mereka kerana menyoal sesuatu yang bukan hak mereka...
Murahnya maruah mereka kerana menyoal sesuatu yang tak patut mereka tahu...
Betapa kurangnya nilai murni yang mereka ada kerana membicarakan perkara yang tidak patut dibicarakan...
Apa yang ada di dalam fikiran mereka sebenarnya?
Apa yang mereka mahukan sebenarnya?

Apa akan jadi akan datang jika otak2 manusia sebegini tidak dicuci?
Apa akan jadi kepada nasib anak bangsa jika masih wujud manusia yang macam ni?
Tepuk dada...
Tanyalah hati....

1 comment:

  1. been stuck wit YM for quit a while... siap2 dapt member lepak2 lagik... join YM ni join group best.. bila dah ada geng sure x der sapa berani kacau!! he he he he :)

    ReplyDelete