Friday, March 4, 2011

Panas baran??????? Oh!No!

Idea nak tulis post ni muncul bila aku jumpa dgn kawan lama aku....
Aku tak terfikirpun yang dia ni seorang yang panas baran...
Tak sangka plak aku yang dia ni "cengih" tapi bila dia sendiri yang ngaku baru lah aku tau...
Manusia ni kan bermacam2 karenah...bermacam2 ragam...
Jadi, akupun terfikir untuk dapatkan tips untuk menghadapi atau berhadapan dengan orang yang panas baran...
Bukannya apa, sekadar persediaan...
Mana tahu ako dijodohkan dengan seseorang yang panas baran, camna?
Takkan nak lari atau minta cerai plak?!..
Semua tu bukannya dapat menyelesaikan masalah sebaliknya melarikan diri dari masalah...
Kan tak bagus gitu....
So, kalau dah dijodohkan kita dengan dia, nak tak nak, suka ato tak kita kena redha and terima anugerah Allah SWT untuk kita tu...
Kita kena bersyukur dan hargai kehadirannya dalam hidup kita sebab kehadirannya adalah untuk melindung, membimbing dan membahagiakan kita....
Jadi, kita kenalah menghargai dia....
Cuma sikap dia yang panas baran tu masih boleh diubah...
InsyaAllah...
Berikut adalah hasil pembacaan aku....
Jadi boleh dijadikan panduan untuk diri sendiri.....

Untuk kawan lama(siapa? hanya dia yang tahu) aku tu, jangan salah faham plak yer...
aku sekadar ingin berkongsi sesuatu yang pada aku amat berguna untuk diri kita masing2.... 


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Beri Masa
Ingat ALLAH, Istighfar, selawat...tenang kan diri 
– Selalunya orang tengah marah ni, dia suka membebel. jadi kepada kamu yang berhadapan dengan masalah sedemikian, sila bagi masa kepada pasangan atau rakan  yang dirasuk hantu tu untuk melepaskan kemarahannya. Memang diakui, pada masa tersebut kata-katanya amat pedih, dan kita pulak meluap-luap nak jawab. Eh… sabor.. kang ade pinggan mangkok tak pon kerusi meja yang terbang plak.


Jangan Melawan 
Ingat ALLAH,Istighfar,selawat...tenang kan diri 
- Kalau melawan, memang kita telah memburukkan keadaan. Sabar lah.. bagi la dia cakap apa yang dia nak cakap dulu. Kalau kita potong cakap dia… lagi la dia naik hangin. Karang… dah lenguh mulut tuh membebel.. senyap la dia tuh~

Jangan Memaling muka atau menjauhkan diri
Ingat ALLAH,Istighfar,selawat...tenang kan diri
- Sesetengah pasangan akan berasa takut bila pasangan dia naik angin. Mungkin risau dicedera atau di pukul. Pandang muka dia yang tengah marah tuh.. meskipun mukanya mencuka dan menyinga. Sentiasa lontarkan senyuman. Orang perempuan ni ibarat air penawar untuk jiwa lelaki yang sedang terbakar. Orang yang marah ni sebenarya berkehendakkan perhatian kita. Sila beri tumpuan apa yang dia bebelkan tuh. Mungkin ada kebenaran dan silap kita di situ.


Bersedia Bertindak 
Ingat ALLAH,Istighfar,selawat...tenang kan diri
– Orang tengah marah atau naik hantu ni mempunyai perangai yang tidak terjangka. Apa yang kita boleh buat ketika ini, cuba tanya sama ada dia haus atau lapar… mungkin itu salah satu faktor punca kemarahan. Jadi tunggu apa lagi? Pergi la buat air tuh…!!! hahaha…

*tak reti-reti la nkorang neh~*
Mengaku kesalahan 
Ingat ALLAH,Istighfar,selawat...tenang kan diri
– Kalau kita tak salah…. takkan la tiba-tiba jer pasangan kita tuh nak marah kan? Melainkan dia dah sewel. Mesti ada perkara yang buatkan dia marah atau meradang. Selalunya sebelum tercetus kemarahan… mesti dia bebel dulu kan? Jadi, mengaku saja apa yang dia bebelkan tuh… “Betul sayang.. saya mengaku salah… saya mintak maaf ye..” Hahh… kan senang.. dia pon terus surut marahnya…


Wujudkan Empati dalam Diri 
Ingat ALLAH, Istighfar, selawat...tenang kan diri 
- Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri kita dalam situasi dia. Empati yang wujud dalam diri kita sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya. Apabila berpeluang, tanyalah dia dengan soalan terbuka (open ended question). Namun, pada masa yang sama kita perlu ingat. Cara dan nada kita bertanya penting dalam mempengaruhi emosi dia. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada dia meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda.

Alihkan Perhatian 
Ingat ALLAH, Istighfar, selawat...tenang kan diri 
- Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran dia akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai pasangan, kita tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu menarik perhatian dia. Jadi, kita boleh memancingnya dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan kita melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang kemarahan yang sudah berputik tadi.


Usah Simbah Minyak ke Api 
Ingat ALLAH, Istighfar, selawat...tenang kan diri 
- Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu, usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka kita. Oleh itu, hadapilah dia dengan tenang. Apabila kita ingin bersuara, ucapkanlah dengan nada yang rendah dan perlahan. Tindakan ini boleh menjadikan dia lebih relaks sekaligus membuatkan dia tidak jadi untuk terus marah. Cara ini mungkin kurang efektif jika baran dia memuncak kerana pengaruh dadah ataupun alkohol. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan situasi daripada bertambah teruk.

Buatkan Dia Tersenyum 
Ingat ALLAH, Istighfar, selawat...tenang kan diri 
- Ketawa bukan sekadar pengubat duka. Namun, kalau kena pada gayanya ia mampu menjadi penawar kemarahan dia. Apatah lagi jika sememangnya dia  mempunyai unsur humor dalam dirinya. Apabila kita lihat ada riak wajah marah ataupun terdapat tanda-tanda dia akan baran, cubalah bergurau dan berbuat jenaka dengannya. Cara kita yang spontan sedikit sebanyak boleh memadamkan api kemarahannya. Namun jika dia seorang yang serius, cara ini mungkin tidak sesuai.


Bernafaslah dengan Relaks
Ingat ALLAH, Istighfar, selawat...tenang kan diri 
- Tidak dapat tidak, hati kita akan mula berdebar apabila melihat tingkah laku dia yang baran. Perasaan kita juga tentu bercampur baur. Sebaik-baiknya kita cuba relaks. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Selepas itu, lepaskan nafas dengan cara yang sama. Sedikit sebanyak cara ini mampu membuatkan kita lebih bertenang. Kandungan oksigen yang mencukupi di samping perjalanan darah yang lancar membolehkan 'cerebral cortex' kita dirangsang. Ini membolehkan kita berfikir lebih rasional selain memberikan kita keupayaan untuk menguruskan tekanan akibat baran si dia.


Kenal Pasti Punca 
Ingat ALLAH, Istighfar, selawat...tenang kan diri 
- Akur ataupun tidak, setiap kemarahan pasti ada puncanya. Lantaran itu, cubalah kita selami sebab baran si dia terutamanya jika selalu benar dia begitu. Mungkin kita boleh kenal pasti dengan cara berbual dan berbincang sewaktu dia berada dalam keadaan tenang. Kemudian, kita boleh cuba memperbaiki keadaan. Kejayaan kita menyelesaikan punca sebenar tentu boleh mengelakkan dia menjadi baran sebagai suatu tabiat.


Berjumpa Orang Ketiga 
Ingat ALLAH, Istighfar, selawat...tenang kan diri 
- Berhadapan dengan si dia  yang panas baran memang memeningkan kepala. Apatah lagi jika tabiat tersebut seolah-olah sudah sebati dengannya. Pelbagai cara telah diambil, namun dia masih begitu. Cubalah minta bantuan orang ketiga yang rapat dengannya sekaligus turut dihormati oleh dia. Mintalah orang tersebut menasihati dia. Jika tiada pilihan lain, kita dan dia juga boleh pergi bertemu dengan kaunselor bagi mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling.


Berdoa 
Ingat ALLAH, Istighfar, selawat...tenang kan diri 
- Bukan mudah mengubah sikap seseorang terutamanya kalau sudah sebati dengan dirinya. Oleh itu, berdoa dan berserahlah diri kepada Allah SWT. Minta petunjuk daripada-Nya agar si dia tergerak hati untuk berubah.

__________________________________________________________
psstt...ppsstt...adalah menjadi cabaran untuk diri aku jika ditakdirkan si dia dalam hidup aku seorang yang baran....
Sayang...tetap sayang...
Si dia merupakan anugerah yang bermakna dan sangat bernilai...
Jadi...hargailah si dia....  :-) 

No comments:

Post a Comment