Monday, February 28, 2011

Sepotong SMS di pagi yang damai

Pagi tadi, ketika aku tengah drive sambil layan radio Hot FM untuk menuju ke opis aku...Tiba-tiba...
"tweet!tweet!tweet!tweet!SMS..."
Aku pun buka la SMS tu, dari Adik aku, Unyah rupanya...apahal plak dia duk SMS pepagi ni?
Hah!Biar betul?!Apa yang berlaku sbnrnya ni? Teruk ke dia? Ya Allah...selamatkanlah adik aku tu...walaupun selalu gaduh, tapi, aku sayang kat adik2 aku...depala nyawa n harta yang paling berharga yang aku ada. Tapi...kalau dia teruk, cedera ke, apa ke, takkan dia leh SMS aku?
Dengan perasaan gelabahnye, aku pun call dia...ala....nangis la plak dia ni.....aduh!!!jangan la nangis....
Dia takut rupanya...ada minah rempit ni duk sondol kete dia dari belakang. 
Yang aku nak minat rempit ni tahu →
Dah ko tahu Penang Bridge tu jem pepagi, yg p merempit pe hal? Kan dah tak pasal2 ko terbang cam superman....kalau nyawa ko yang terbang melayang camna? Sapa yang nak dipersalahkan? Dah sah2 la family ko duk kata adik aku yang salah. Punya la sengal adik aku p bagi duit kat ko! Marah sungguh aku kat ko tau x? Kalau kete yg ko sondol tu kete aku, jgn harap la aku nak bagi sesen pun kat ko...dah ko yang  cari penyakit...
Sampai je opis, terus aku post kat FB adik aku .........

Fuh!!!!!!!!!lega aku bila dia pun duk reply post aku....Dan thanks a lot kat andak aku(adik abah aku), bapa kepada sepupu aku, Atyn
Thanks a lot...

Bila dah jadi gini, baru aku teringat kata2 aku kat cousin aku, Amal masa dia dapat offer blaja kat Kolej Komuniti Sungai Siput.
Betapa perlunya kita sedara mara, adik beradik mak bapa kita....
Kenapa Allah SWT aturkan Unyah duk kat Kulim dan kerja di Penang? sebab Dia telah tempatkan Andak di sana bila masa kita perlukan pertolongan, Andak ada.
Kenapa Allah SWT letakkan Amal kat Sg. Siput? Sebab, kalau Amal mengalami sebarang kesukaran atau kesusahan, Alang (Abah aku) kan ada, dia boleh tolong Amal..
 Kenapa Allah tempatkan Ayong (akulah tu) kat sini? Sebab, dekat dengan Uda & Mak Uda, jadi, kalau ada sebarang masalah, mereka ada untuk membantu Ayong.
Sesungguhnya, Allah SWT telah mengaturkan semuanya dengan cantik sekali. Cuma kita je yang tak sedar. Kita sendiri ego, sombong tak mau berjumpa/menghubungi pak sedara ato mak sedara atopun sepupu2 kita...Tak semestinya masa susah je kita hubungi mereka, masa senangpun sama gak...kita kan keluarga.....
Apa2pun, Allah SWT la yang akan membantu kita.

Psst...psst....aku tak kisah siapa yang tak suka kat aku sebab yang aku kisahkan ialah sapa yang sayangkan aku sebab akupun sayang orang yang menyayangi aku...

No comments:

Post a Comment