Monday, February 28, 2011

Nilai sekeping note RM5

Nilainya amat besar bagi mereka yang kurang mampu. Dengan RM5, kita boleh mendapatkan sebungkus nasi lemak ayam + teh O, kita boleh beli roti Gardenia + Kaya @ air kotak dan kita juga boleh makan tengahari hanya dengan RM5.
Tetapi, masih bernilaikan RM5 ini jika ianya terkoyak seperti gampai di atas? Malang sungguh kepada sesiapa yang mempunyai RM5 tetapi koyak...Menyakitkan hati sungguh.
Situasi ini berlaku semasa aku nak bayar duit Sardin di kaunter Speed Mart 99 di Bandar Baru Sungai Buloh. Apakah perasaan aku ketika itu? Sungguh sakit hati + marah + bengang!
Bayangkan kalau situasi ini terjadi kepada seseorang yang hanya mempunyai sekeping note RM5 di dalam poket atau dompetnya? Sungguh menyayat hati.
Kalaulah aku merupakan seorang yang berkepentingan atau pihak yang bertanggungjawab....aku akan tarik balik duit ni. Dah takde nilai...nak tukar kat bank pun depa tak mo....habis tu, camna? Nak simpan je buat kenangan? Oh!Tak mungkin!
Aku ambil inisiatif di mana aku cantumkan semula duit tu. Hasilnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 Agak-agaknya, laku lagi tak duit ni kalau p beli pe2 barang kat kedai....
Erm....bukan aku je yang bersungut, ramai lagi yang bersungut tahap kualiti duit RM5 versi baru ni..Banyak forum yang membincangkan isu ini tapi masih tiada tindakan susulan yang diambil...Apa orang - orang besar ni takde surf internet ke? Tak baca paper atau apa sahaja medium yang menghubungkan pengguna dengan mereka? Harap agar isu ini tidak berlanjutan. Bukan sedikit yang menggunakan RM5 ni....ramai......
Cakap lebih2 pun takde guna...bukan ada orang yang jenguk blog aku ni pun....sekadar luahan hati aku je....
Adios!!!!!!!

No comments:

Post a Comment