Wednesday, February 16, 2011

Suka Duka Seorang Budak Pompuan, Anak Gadis, Anak Dara, Wanita, Ibu

Syok aku dengar Ustaz Kazim ni berceloteh tentang kehidupan orang perempuan...Dialog yang menyakitkan hati ...tapi aku nak share kat sini.....
Masa tengah single mingle - " Bila nak ada boyfren ni...?"
Bila dah ada boyfriend - " Bila nak kawen..?"
Bila dah kawen - " Bila nak ada anak..?"
Bila dah ada anak - " Bila nak terima menantu...?"
Bila dah bermenantu -" Bila nak ada cucu...?"
Bila dah ada cucu - "Bila nak bercicit plak ni..?"
Aduh!!penat gak la nak menjawabnya....
Susah ke senang jadi pompuan ni? Ada yang x suka jd pompuan sebab pada mereka, orang pompuan banyak bebanan tp tdk bg aku....Aku suka,aku bangga menjadi seorang WANITA,PEREMPUAN,ANAK DARA...sebab apa....sebab, aku adalah aku...aku tak perlu jadi sapa2...
Agak2nya la...sampai bila dialog itu akan berterusan?
Aku juga pernah mengalami nasib yang sama...dialog yg slalu aku kena ialah dialog yang pertama tu....aduh!!!penat n lenguh aku nak menjawabnya...
"Makcik, kalau nak beli ikan kat pasar pun, kena pilih ikan yang segar, elok dan tak busukkan...ni kan pulak nak pilih orang yang jadi teman hidup kita...payah woooo!!!kalau la senang, semudah A,B,C malam ni juga saya akan kawen makcik oi....nak nak plak dah pernah terbeli ikan busuk dan beracun sebelum ni, sudah pastilah saya serik dan perlu berhati supaya tak keracunan lagi"
Tapi tu lah kan, dah jadi lumrah kehidupan, soalan/pertanyaan yang sama pasti akan berulang sampai aku lah kawen dan aku harus akui hakikat ini walaupun pahit untuk aku telan....aku redha...
Aku pernah terbaca bahawa setiap insan dimuka bumi ini telah ditetapkan jodoh masing2, cuma cepat atau lambat sahaja...walaubagaimanapun, jika jodohnya itu telah "pergi" dulu, maka ianya akan ketemu jua "disana"...dia akan menanti kita "di sana"..
Bukan senang jadi perempuan dan bukan susah jadi perempuan...


 Psstt...psstt...doakanlah agar aku bertemu jodoh yang menyayangi aku dan keluarga aku, menghormati aku dan keluargaku, menyintai aku dan keluargaku, menerima aku dan keluargaku seadanya, boleh membimbing dan memimpin aku ke jalan yang benar...Amin...

1 comment:

  1. jodoh ni susah nak jangka!! kdang kita ras itu jodoh kita tapi sebenarnya bukan,,, kadang2 yang tak terjangka itu merupkan insan yang tkan tertulis utk kita..

    apapun kita kena yakin.. HAwa dicipta dari tulang rusuk adam!!! unutk jadi pendamping!!! dicipta dari tulang rusuknya dan bukan dari kakinya unutk dipijak dan bukan dari kepalanya unutk disanjung!!

    dicipta dari tulang rusuknya.. kerana dekat dengan hati.. sebagai penyejuk dan pendamping dan utk dilindungi!!!!

    jadi... siapakah empunya tulang rusuk itu???? hanya Allah yang maha mengetahui!! :)...

    ReplyDelete